Friday, June 17, 2016

Mari Kita Mengenal Ciri-Ciri Pewaris Nabi SAW

a) Mencontohi Nabi SAW pada perbuatan, kelakuan dan adab budi pekerti Baganda SAW sehingga mewarnai hidup mereka. Berjumpa dengan mereka seolah-olah berjumpa dengan Nabi SAW;

b) Penyantun, pemurah, penyayang dan belas kassian kepada semua makhluk Allah SWT. Mereka selalu mendoakan umat manusia agar mendapat petunjuk daripada Allah SWT supaya mereka akan selamat dunia dan akhirat;

c) Pembimbing umat manusia kepada jalan Allah SWT. Mereka bukan sahaja mengajar ilmu tetapi juga mendidik umat manusia agar dapat mengenal Allah SWT;

d) Menyebarkan agama Islam tampa takut kepada sesiapa sahaja kerana niat mereka hanya ingin menyelamatkan manusia dari bahaya dunia dan akhirat bukan untuk berperang;

e) Mengajak ke jalan Allah SWT dengan penuh hikmah dan kasih sayang semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT;

f) Berani mengatakan hak stau yang benar walaupun di hatapan pemerintah yang zalim;

g) Mereka mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya termasuklah diri mereka sendiri. Mereka korbankan harta kekayaan, jiwa dan raga semata-mata kerana cintakan Allah dan RasulNya. Apabila disebut nama Allah, gementarlah hatinya...

Ciri-ciri khas pada diri mereka itu sebagaimana dinyatakan oleh Nabi SAW ialah:

i)   Apabila melihat wajah mereka, maka akan teringat Allah SWT.
ii)  Apabila mendengar perkataan atau nasihat mereka akan bertambahlah ilmu seseorang.
iii)  Apabila melihat perbuatan mereka maka akan teringatlah negeri Akhirat.

Kalau sudah berjumpa dengan orang yang mempunyai ciri-ciri di atas, cepat-cepat datang kepadanya, ...