Sunday, September 16, 2012

Program Qurban 1433H di kawasan pendalaman Sabah, Anjuran Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Kuala Lumpur


 FADHILAT IBADAH QURBAN 

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

 Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih Qurban). Bahawa Qurban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah Qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat Qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

Hukum Qurban ialah sunat muakad (Sunnat yang dituntut).
Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina mengikut beberapa syarat yang telah ditentukan seperti sihat, tidak cacat dan sebagainya.
Tarikh Tutup
 Ibadah Qurban 1433H : 20 Oktober 2012
  • Program ini memberi kemudahan umat islam di Malaysia melaksanakan ibadat Qurban.
  • Harga adalah mengikut harga pasaran lembu di Sabah. Harga satu bahagian lembu adalah RM400- RM430.00 atau RM2,800.00 – RM3,000.00 untuk 1 ekor lembu.
  • Harga yang telah ditetapkan termasuk dengan beberapa kos pengangkutan serta kenduri dan tahlil.
  • Qurban  dilaksanakan dikawasan pendalaman Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kudat yang ramai terdiri dari umat Islam tegar miskin.  
Untuk melancarkan urusan Qurban – sila buat tempahan awal sebelum tarikh tutup pada 20hb Oktober 2012 bagi membolehkan pihak secretariat membuat pesanan binatang ternakan yang sesuai untuk diqurbankan.

Nama Akaun: Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Nama Bank: CIMB Cawangan Menara Dayabum
No. Akaun: 1419 0000 2441 08 


gambar korban 1431 di Kg Babusalam, Semporna, sabah