Wednesday, June 22, 2016

Daun bawang ditanam semula ikut kaedah hidroponic

Inilah kaedah menanam keratan daun bawang untuk kegunaan sederhana di rumah. Tidak perlu disiram. Hanya menggunakan Baja A & B, dan alat-alat yang senang diperolehi. 


Span yang dibeli dikedai hardware harga RM2.50 saya potong memanjang
botol recycle saya potong tengah 
span dan botol yang siap dipotong 
dimasukkan span ke dalam botol dan terbalikkan muncung kebawah
saya masukkan baja A & B (iaitu baja hidroponik) dan serkam yang dibeli secara online

keratan daun bawang yang telah saya guna untuk masakan saya sebelum ini,  saya cucukkan semula kedalam botol tesebut dan letakkan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari. Tidak lagi perlu disiram. Apabila mahu digunakan hanya guntingkan sahaja bahagian yang diperlukan.