Wednesday, July 7, 2021

KITAB-KITAB TULISAN YANG MULIA TUAN GURU HAJI ABDUL RAHIM AL-HASSANIYYAH

 Bagi mereka yang mencintai jalan kebenaran dan bagi mereka yang mencari kebenaran, kitab-kitab ini akan memberi jawapan ke hati pembaca untuk memahami kebenaran abad ke 15 yang dirintis oleh Yang Mulia Tuan Guru Hj Ghulam Hasan AlKhatamul Muhamadiyyah Al-Bikangi RA (YMTGRA).

Kitab-kitab ini ditulis dengan Bahasa yang mudah difahami oleh Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah, pewaris YMTGRA menyingkap segala persoalan-persoalan yang sedang berlaku mutakhir ini.

Dapatkan kitab-kitab ini dengan menghubungi wakil-wakil kami dibawah ini :-

 

Semenanjung:


Dr Dalhadi Hj Hasan  +60 13 855 1521 

En Basseri Hj Ismail  +60 19 252 1396 

Pn Nooraini Hj Abu Samah  +60 12 317 5493

Hjh Noor Sham Hj Abdullah +60 19 288 1466

Pn Nor Rasyidah Hj Mustapha +60 19 240 1425


Sabah:

En Mohd Akramin Hj Jalaluddin

+60 12 225 8994 (Kota Kinabalu)

Hjh Hidayah Hj Darwish

+60 14 650 1056 (Semporna)

Pn Junaidah Hj Boss

+60 10 383 7012 (Lahad Datu)


















Sunday, July 4, 2021

COVID-19: SIAPAKAH PENAMATNYA

COVID-19: SIAPAKAH PENAMATNYA

Dalam menangani masalah Covid-19, sebahagian ulama bersandarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 43: 

‎وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالٗا نُّوحِيٓ إِلَيۡهِمۡۖ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

"Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."

Bagi mereka AHLAL ZIKRI dalam masalah Covid-19 ini ialah para saintis dan pakar perubatan khusus dalam bidang vaksin. Mereka merujuk kepada WHO dalam menangani Covid-19 ini.

Memang tidak dinafikan bahawa AHLAL ZIKRI dalam ayat tersebut di atas bermaksud secara umum orang-orang yang pakar dalam bidang ilmu mereka masing-masing. Contohnya, kalau ingin bertani hendaklah kita merujuk kepada pakar pertanian untuk mendapatkan hasil yang lumayan, begitu juga dalam bidang perikanan dan lain-lain.

Siapakah sebenarnya AHLAL ZIKRI dalam masalah vaksin Covid-19? Ini kerana yang pakar ini ialah orang yang PASTI dan YAKIN dalam membuat keputusan terhadap masalah yang dihadapi. Dalam masalah vaksin ini telah diketahui umum bahawa orang-orang yang pakar dalam bidang vaksin ini berbeda pendapat tentang keberkesanan vaksin tersebut kerana ianya masih  dalam peringkat percubaan dan ujian. Bahkan ada diantara mereka berpendapat jenis-jenis vaksin yang digunakan ini tidak 100% selamat kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan yang kadang-kadang boleh menyebabkan kematian sebagaimana yang telah disahkan di beberapa buah negara.

Ini bererti keberkesanan vaksin Covid-19 masih diragui. Bermaksud tiada seorang pun daripada pakar dalam bidang vaksin ini yang layak dikatakan sebagai AHLAL ZIKRI kerana mereka belum pasti mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 ini. 

Dalam ayat tersebut di atas, kita dikehendaki bertanya kepada AHLAL ZIKRI tentang sesuatu perkara yang tidak kita ketahui. Persoalannya, kalau tiada AHLAL ZIKRI dalam penggunaan vaksin Covid-19 ini, siapakah AHLAL ZIKRI dalam bidang vaksin Covid-19 yang patut ulama ikuti dalam mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan vaksin adalah selamat dan berkesan dalam menangani Covid-19 sehingga orang ramai dianjurkan mengambilnya?

Ini bererti para ulama telah membuat fatwa atas perkara yang samar-samar atau Syubhah yang mana ia jelas tidak dibenarkan dalam Islam kerana Nabi SAW telah bersabda supaya kita menjauhi perkara Syubhah sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Nukman bin Basyir RA katanya:  "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, (sambil Nukman memegang kedua belah telinganya): “Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya daripada perkara syubhat, maka dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram.”

Kalaulah mengambil vaksin Covid-19 dikira sebagai usaha ikhtiar dalam menangani Covid-19, ini adalah salah kerana usaha ikhtiar itu ialah pada perkara yang mendatangkan MANFAAT atau KEBAIKAN seperti ubat, bukan pada perkara yang mungkin boleh mendatangkan MUDHARAT atau BAHAYA seperti mengambil vaksin Covid-19. Ini membunuh diri namanya. Oleh yang demikian, kalau ada orang yang cacat atau yang mati disebabkan vaksin Covid-19 ini, maka para ulama dan pemimpin akan bertanggungjawab dihadapan Allah SWT pada hari kiamat. 

MAKA Siapakah sebenarnya AHLAL ZIKRI yang dimaksudkan dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan juga Surah Al-Anbiya ayat 7? Berbagai tafsiran telah diberi oleh para ulama mengenai siapakah AHLAL ZIKRI dalam kedua-dua surah ini. Mengikut Ibnu Abbas RA, AHLAL ZIKRI ini ialah Ahlul Al Quran, iaitu yang mempunyai ilmu mendalam tentang isi kandungan Al Quran. Ada yang mengatakan bahawa AHLAL ZIKRI itu adalah para WALI ALLAH dan para ulama yang di dalam hatinya terdapat rasa TAKUT kepada Allah SWT. Tidak hanya wali dan ulama, manusia manapun yang mempunyai KETAATAN dan rasa TAKUT kepada Allah juga termasuk AHLAL ZIKRI - Habib Muhammad Luthfi bin Yahya. Ini bererti jika kita ingin bertanya sesuatu maka bertanyalah kepada orang yang berpengetahuan dan juga memiliki ketaatan dan rasa takut kepada Allah, bukan hanya yang pintar sahaja. Jikalau yang dimaksudkan di sini adalah orang-orang yang ahli dalam ilmu pengetahuan selain ulama maka mereka mungkin hanya tahu hal-hal yang nyata sahaja dan hanya mengerti hal-hal yang dalam terjangkau oleh ilmu mereka sahaja.

Dalam hal ini para ulama hendaklah mengikuti jejak langkah Nabi Musa AS yang dinukilkan di dalam surah ke 18, Al Khafi adalah contoh terbaik. Pertemuan ini adalah rentetan pengakuan Nabi Musa AS bahawa bagindalah yang paling berilmu ketika itu, lalu ALLAH SWT menegur dan menyuruhnya untuk bertemu dengan hambaNya yang lebih berilmu iaitu Nabi Khidir AS.

Kisah perjalanan Nabi Musa AS mengikuti Nabi Khidir AS dalam rangka untuk menuntut dan memahami ilmu, dia telah menempuh 3 jenis senario yang memaparkan perbezaan 3 tingkatan ilmu pengetahuan iaitu:

SENARIO PERTAMA: Di negeri itu ada seorang raja yang akan mengambil perahu rakyatnya yang elok sempurna. Maka bagi mengelakkan perahu si miskin yang mereka naiki diambil, Nabi Khidir AS pun merosakkan perahu tersebut dengan tujuan agar perahu yang jadi punca pendapatan si miskin tidak diambil oleh sang raja. Maka selamatlah si miskin dengan perahunya. Pengetahuan peringkat ini adalah peringkat zahir atau syariat iaitu nyata melalui pandangan mata.

SENARIO KEDUA: Nabi Khidir AS telah membunuh anak muda yang belum baligh kerana khawatir anak itu kelak akan memaksa ibubapanya yang beriman menjadi kafir dan Nabi Khidir AS menghendaki agar Allah SWT menggantikannya dengan anak yang lebih baik dan soleh. Membunuh anak itu ada 2 kebaikan iaitu kedua ibu bapa anak muda itu selamat dr menjadi kafir dan kedua dia sendiri mati sebelum baligh tidak berdosa. PENGETAHUAN peringkat ini adalah pengetahuan HAKIKAT yang dimiliki oleh orang-orang tarekat kerana mempunyai penglihatan mata hati yang pengetahuan apa akan berlaku kelak. 

SENARIO KETIGA: Nabi Khidir AS telah memperbaiki dinding rumah milik 2 orang anak yatim agar harta peninggalan ayah mereka terpelihara dan selamat. Ini dia dilakukan kerana ALLAH SWT MENGHENDAKI agar anak yatim itu membesar dan kelak mereka akan mengeluarkan harta tersebut sebagai anugerah dan rahmat dari ALLAH TAALA. PENGETAHUAN peringkat ini adalah peringkat tinggi. Inilah peringkat Hakikat. Mereka yang mempunyai pengetahuan ini adalah orang-orang yang telah sampai kepada ALLAH SWT iaitu telah mencapai PENGETAHUAN peringkat MARIFATULLAH. Mereka diperingkat ini melakukan sesuatu bukan atas dasar kehendaknya tetapi atas kehendak ALLAH SWT semata-mata.

Dalam peristiwa ini jelaslah bahawa para ulama yang mahir dalam bidang syariat, dalam perkara-perkara tertentu hendaklah merujuk kepada AHLULLAH iaitu orang-orang yang dekat kepada Allah kerana mereka bukan sahaja mengetahui  bidang syariat tetapi juga mengetahui perkara-perkara ghaib yang telah dianugerahkan kepada mereka. Sebagaimana Allah memerintahkan Nabi Musa AS untuk bertanya dan berguru kepada Nabi Khidir AS kerana Nabi Khidir AS telah dikurniakan ilmu Laduni.

Dalam menangani masalah Covid-19 ini sepatutnya para ulama yang mahir dalam bidang syariat hendaklah mengikuti jejak langkah Nabi Musa AS iaitu bertanya kepada AHLAL ZIKRI iaitu AHLULLAH. Ini kerana dalam hal Covid-19 sekarang ianya hanya dari segi syariat tiada AHLAL ZIKRI. Kenapa para ulama tidak mengambil langkah ini,  Sebagaimana Allah menganjurkannya kepada Nabi Musa AS?

BAGI kami inilah masanya AHLAL ZIKRI peringkat MAKRIFATULLAH akan ALLAH TAALA munculkan untuk menaikkan KEBENARAN ISLAM dengan bantuan tenteraNya, COVID19. Ini bagi menyelamatkan semua makhluk dari segala masalah dan ketakutan di dunia dan akhirat. SAMA- SAMALAH KITA NANTIKAN KEMUNCULAN PENYELAMAT DAN PENAMAT COVID19 LANTIKAN TUHAN INI.

Slogan kami adalah slogan YMTG RA sebagaimana Firman ALLAH SWT dalam surah Az Zumar ayat 54 :

‎وَأَنِيبُوٓاْ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَأَسۡلِمُواْ لَهُۥ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلۡعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong."

#covid19updatemalaysia 
#PejabatPerdanaMenteri 
#pejabatagama 
#DatukDrAlZamani
#kkmmalaysia 
#MajlisKeselamatanNegara 
#menterikesihatan #menteriagama

Perkenalkan Yang Mulia Tuan GURU Haji Ghulam Hasan AlHaj Al-Khatamul Muhammadiyyah Al-Bikangi pembawa Kebenaran Abad ke 15

Kami letakkan gambar Yang Mulia Tuan GURU Haji Ghulam Hasan AlHaj Al-Khatamul Muhammadiyyah Al-Bikangi  (YMTG RA) kami adalah kerana ingin memaklumkan bahawa YMTG RA telah diwakilkan oleh Baginda SAW membawa semua manusia tidak kira Islam atau bukan, kembali kpd ALLAH TAALA.

Pelantikan ini telah berlaku pada musim haji tahun 1950 dimana RASULULLAH SAW telah berjumpa YMTG RA secara yaqazah di madinah munawwarah. BAGINDA SAW telah mengamanahkan YMTG RA agar membawa manusia seluruhnya kembali kpd ALLAH TAALA dengan menggunakan ALQURAN dan BAGINDA SAW telah mendoakan permintaan YMTG RA agar semua manusia selamat dunia akhirat.  Maka kami sangat yakin pada kurun ini YMTG RA telah dipilih dan  diwakilkan oleh BAGINDA SAW utk tugas ini. 

Oleh kerana itu pastinya masalah yang akan menimpa umat manusia terutama umat Islam selepas itu ialah jauh dan dijauhkan dari ALLAH TAALA, jauh dari jalan yg benar sebagaimana yang menimpa umat Islam sekarang. Dan sangat pasti masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan kaedah yang telah dikemukakan oleh YMTG RA kerana itulah cara penyelesaian dari yang diperkenankan oleh BAGINDA SAW. 

Ini bermaksud AHLAL ZIKRI zaman ini ialah YMTG RA. Samada org percaya atau tidak, mereka kena percaya terutama umat Islam. Ini kerana tidak mungkin sia-sia pelantikan BAGINDA SAW dan takkan doa BAGINDA SAW tidak dimakbulkan oleh ALLAH TAALA. Kalaulah hadirnya BAGINDA SAW ke dunia ini secara yaqazah ALLAH TAALA izinkan maka pastilah apa yang BAGINDA SAW lakukan ketika itu semuanya ALLAH TAALA izinkan dan perkenankan. Hanya persoalannya KITA PERCAYA ATAU TIDAK.

Friday, July 2, 2021

Perkenalkan Yang Mulia Tuan GURU Haji Ghulam Hasan AlHaj Al-Khatamul Muhammadiyyah Al-Bikangi pembawa Kebenaran Abad ke 15

Kami letakkan gambar YMTG RA kami adalah kerana ingin memaklumkan bahawa YMTG RA telah diwakilkan oleh Baginda SAW membawa semua manusia tidak kira Islam atau bukan, kembali kpd ALLAH TAALA.

Pelantikan ini telah berlaku pada musim haji tahun 1950 dimana RASULULLAH SAW telah berjumpa YMTG RA secara yaqazah di madinah munawwarah. BAGINDA SAW telah mengamanahkan YMTG RA agar membawa manusia seluruhnya kembali kpd ALLAH TAALA dengan menggunakan ALQURAN dan BAGINDA SAW telah mendoakan permintaan YMTG RA agar semua manusia selamat dunia akhirat.  Maka kami sangat yakin pada kurun ini YMTG RA telah dipilih dan  diwakilkan oleh BAGINDA SAW utk tugas ini. 

Oleh kerana itu pastinya masalah yang akan menimpa umat manusia terutama umat Islam selepas itu ialah jauh dan dijauhkan dari ALLAH TAALA, jauh dari jalan yg benar sebagaimana yang menimpa umat Islam sekarang. Dan sangat pasti masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan kaedah yang telah dikemukakan oleh YMTG RA kerana itulah cara penyelesaian dari yang diperkenankan oleh BAGINDA SAW. 

Ini bermaksud AHLAL ZIKRI zaman ini ialah YMTG RA. Samada org percaya atau tidak, mereka kena percaya terutama umat Islam. Ini kerana tidak mungkin sia-sia pelantikan BAGINDA SAW dan takkan doa BAGINDA SAW tidak dimakbulkan oleh ALLAH TAALA. Kalaulah hadirnya BAGINDA SAW ke dunia ini secara yaqazah ALLAH TAALA izinkan maka pastilah apa yang BAGINDA SAW lakukan ketika itu semuanya ALLAH TAALA izinkan dan perkenankan. Hanya persoalannya KITA PERCAYA ATAU TIDAK.

portrait of our Honorable Grand Sheikh, May Allah be pleased with him, Tuan Haji Ghulam Hassan Al-Khatamul Muhammadiyyah Al-Bikangi RA

We enclose herein the portrait of our Honorable Grand Sheikh, May Allah be pleased with him, Tuan Haji Ghulam Hassan Al-Khatamul Muhammadiyyah Al-Bikangi RA (YMTG RA) to inform all that YMTG RA has been appointed as the representative of the Holy Prophet Rasulullah, Peace Be Upon Him, to bring all mankind, Muslims and non -Muslims alike, back to Allah SWT. 

This appointment happened during the Hajj pilgrimage of 1950 in Madinatul Munawarah where the Holy Prophet PBUH had met YMTG RA in ‘yaqazah’ or conscious state.  The Holy Prophet had entrusted him to bring mankind back to Allah SWT by using the Holy Quran and the Holy Prophet PBUH prayed to Allah SWT for YMTG’s wish so that all mankind will be safe in this world and hereafter.  Hence we are confident in this Century Hijra, YMTG RA has been chosen and appointed by the Holy Prophet PBUH to carry out this duty.

In this sense, after the appointment, surely the issue that will be faced by mankind particularly the Muslims is we would stray and drift away from Allah SWT, away from the true path as what has happened to the Muslims presently.  Apparently this issue can only be resolved using YMTG RA’s method for it is the solution approved by the Holy Prophet PBUH.  

This means the AHLAL ZIKRI for this Century Hijra is YMTG RA.  Whether they believe it or not, mankind must and have to believe this especially the Muslims.  This is because the appointment can’t possibly be in vain and it is impossible that Allah SWT has not answered the Holy Prophet's PBUH prayers. If Allah the Almighty had allowed the appearance of the Holy Prophet PBUH before YMTG RA in ‘yaqazah’ state, surely what the Holy Prophet PBUH requested or prayed for at that point in time Allah SWT would allow and grant them. The question is DO WE BELIEVE IT OR NOT.