Saturday, June 11, 2016

Sinopsis Kitab Agama Allah Rahmat dan Penyelamat Bagi Seluruh Alam

"..Fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belas kasihan...


Ia  inginkn kedamaian, ketenteraman dan kebahagian yg berpanjangan...

Ia inginkn keselamatan dan kesejahteraan...
Ia ingin mengetahui dan mengenal PenciptaNya demi mncapai kehampiran dgnNya dgn harapan akn memperolehi kasih sayangNya..
Ia inginkn kejayaan dan kemenangan...
Ia inginkn keadilan, kesaksamaan dan keharmonian...
Ia inginkn kemajuan dan kemakmuran...


Utk mncapai keinginan ini umat manusia telah mengambil berbagai2 langkah. Langkah yg difikirkn paling berkesan ialah dgn menubuhkn PBB. Beberapa agensi telah ditubuhkn dibwh payung PBB sperti UNICEF, Majlis Keselamatan, UNEf, WFC yg berperanan utk mencapai tujuan tersebut. Agensi2 ini pula dibantu oleh organisasi2, para sukarelawan dan individu.

Persoalannya mengapa umat manusia masih menemui kegagalan utk mencapai tujuan tersebut sedangkn segala kepakaran, kecanggihan teknologi moden serta usaha2 dlm menubuhkn badan yang lebih sistematik dlm mencapai tujuan tersebut telah digunapakai?

Yang berlaku adalah disebaliknya iaitu penindasan, kekacauan, rusuhan, peperangan dan pertumpahan darah yg berterusan yg mbawa kerosakan dan kemusnahan bukan shja terhdp jiwa umat manusia, harta benda bahkan kpd alam ini kerana wujudnya perasaan dengki, dendam kesumat, benci membenci, musuh memusuhi dan sifat tamak haloba dikalangan umat manusia yg menyebabkn hilangnya kasih sayang bukan shja diantara manusia dgn manusia bahkn juga dgn makhluk2 lain. Ini juga mbawa kpd timbulnya berbagai bencana alam sperti banjir, kemarau, letupan gunung berapi dan penyakit ganjil lg luar biasa.

Apa yg diharap oleh umat manusia selalu tidak menjadi kenyataan. Ini sekaligus menunjukkn kelemahan manusia itu sendiri.

Kitab ini lahir utk merealisasikn keinginan tersebut. Baca dan renungknlah isi kandungn kitab ini keseluruhannya!!!...."

Terdpt dlm 2 versi..B.Melayu & English...