Monday, July 12, 2010

ESQ - mandat dari YMTuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah

Assalamualaikum wbt,
Bismillahirrahmanirrahim.

Kepada kawan-kawan yang dikasihi yang dirahmati ALLAH SWT

Segala pujian bagi Allah SWT, yang menciptakan jin & manusia hanya untuk menyembahNya. Salawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi junjungan, Rasulullah SAW, manusia teragung, kekasihNya,ahli keluarganya serta sahabat2nya . Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT.

Ini pengalaman peribadi saya mengenai isu ESQ. Saya tidak pernah mengikuti kursus ini tapi saya mendapat sedikit pengetahuan daripada kawan-kawan saya yang pernah menghadiri kursus ini sedikit masa dulu. Seperti biasa, umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, saya lupakan terus isu ini. Tak tau kenapa, saya rasa seperti kursus ini adalah seperti kursus motivasi yang sentiasa ada di luar sana.

Tiba-tiba saya terbaca di berita tentang Mufti WP mengeluarkan fatwa bahawa ESQ diharamkan. Saya ignore lagi. Fikiran saya, kalau dah haram, maka haramlah ESQ tu. Terkejut pula tak lama selepas itu, ada bangkangan dari pihak2 Mufti tentang fatwa itu. Saya bingung & keliru! Anda bagaimana? Saya tanya kawan-kawan saya, mereka pun tak tahu juga tapi kami nampak dengan jelas mufti-mufti ni tidak sepakat! Why? I have no idea. Dentum sana, dentum sini.. saya semakin stress. Jadi saya & kawan-kawan saya sepakat membawa berita fatwa ini kepada orang yang ahli agama. Better be sure. Tak puas hati. Bagi sesiapa yang mengenali Tuan Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah, beliau pernah mengajar kelas-kelas Tasawwuf di KLCC. Ramai yang mengikuti kelas beliau ketika itu.

Hasil daripada penjelasan Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah ialah kesimpulannya konsep ESQ yang dibawa ke dalam training ini jelas adalah sesat. Berdasarkan fatwa yang dikeluarkan, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Y.Bhg. S.S Dato' Haji Wan Zahidi Bin Haji Wan Teh adalah betul dan bertepatan dengan akidah dari I’tikad ahli sunnah waljamaah.

Konsep-konsep ESQ ini bercanggah dan ternyata terkeluar dari konsep agama Islam. Salah satu contoh ialah konsep “God Spot” dan “Zero Mind Process” (ZMP) serta konsep “suara hati “ seperti yang terkandung di dalam fatwa itu. ESQ mengambil konsep agama Hindu dan Kristian dan mewarnai pula dengan konsep agama islam. Mereka campur aduk pelbagai konsep sehingga mengelirukan orang-orang islam. Tanpa perserta kursus sedar bahawa mereka telah mengikuti proses “kesedaran diri” yang telah dibawa oleh panganut agama hindu dan kristian.

Disini saya membawa pengalaman, seorang kawan saya berbangsa Cina yang telah meninggal dunia. Ketika sakit, dia sentiasa mencari-cari ketenangan – (alhamdulillah, sebelum meninggal dunia beliau sempat mengucap kalimah shadadat dan berkongsi pengalaman sebagai seorang islam). Dia mencuba pelbagai kepercayaan sehingga membawa kepada agama Hindu. Dia memberitahu Tuan Haji Abdul Rahim, semasa dia mendekati Hinduism ini, antara perkara yang dilakukan ialah masuk ke tempat gelap, kemudian menyesali salah diri sendiri, menangis agar dpt rasa dekat dengan tuhan etc. Sama seperti ESQ? Ya, sama. Persoalannya kenapa kita harus mengambil konsep “god spot” dan ZMP yang merupakan kepercayaan agama hindu dan kristian? Adakah tidak wujud konsep mengenal Tuhan yang telah ditunjuk oleh alim ulama terdahulu? Sampai terpaksa mencari sendiri melalui latihan-latihan motivasi lain seperti latihan ESQ ini?

Saya ingin menyampaikan pesanan Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim bahawa ESQ ini sangat bahaya. Isu ini membabitkan I’tikad dan aqidah. Berhati-hatilah kita. Kembali lah kepada jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, para Sahabat, Tabiin dan Ittabiin serta Wali-wali Allah. Inilah jalan yang paling selamat. Jalan yang telah dirojakkan dengan konsep dari agama Hindu & Kristian bukanlah jalan selamat tapi jalan yang bahaya lagi memudaratkan.

Semasa berada di dalam kursus ESQ ini mereka tidak terang-terangan memberitahu perserta, ini konsep Hindu dan sebagainya. Mereka menyembunyikan fakta-fakta ini, ini adalah kemungkinan mereka juga tidak tahu konsep yang dibawa ke dalam kursus tersebut kerana meraka bukanlah ahlinya (kerana ahli agama terdiri dari alim ulama) akhirnya orang Islam yang rosak aqidah. Saya pun baru tahu rupanya mereka yang menghadiri kursus ESQ ini terdiri dari berbagai-bagai agama rupanya, bukan setakat orang Islam. Mungkin anda juga baru tahu hal ini?

Berbalik kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Bila sesuatu fatwa dikeluarkan bersangkut paut dengan AKIDAH, fatwa ini tidak terhad kepada Wilayah Persekutuan. Perkara lain seperti urusan mas kawin dan sebagainya dibolehkan dipecah2kan fatwa & undang2 mengikut negeri. Namun, Aqidah umat Islam di Wilayah tetap sama dengan umat Islam di Perak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah, malah diseluruh dunia.

Kawan-kawan yang dirahmati ALLAH sekalian,

Jika kita ingin mendekati diri kepada ALLAH SWT, cara dan modulnya tidak pernah berubah dari zaman kebangkitan islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW kemudian diwarisi kepada sahabat2 kemudian kepada Tabiin dan Ittabiin kemudian kepada Wali-wali Allah dan orang-orang soleh (pewaris nabi). Kaedah dan approachnya ialah dengan mengikut ajaran dan amalan Nabi, namun Nabi sudah tiada lagi – yang ada ialah pewaris nabi. Oleh itu ikutlah pewaris Nabi yang sebenar yang terdiri daripada ulama yang takut kepada ALLAH SWT. Ikutlah dia walaupun merangkak di atas salji –hadis. Al-Ihsan yang dinyatakan di dalam kursus ESQ adalah dari ilmu Tassawuf, namun mereka tidak menyatakan secara terperinci kaedah penyucian hati yang digariskan Rasulullah SAW. Oleh itu, kawan2 marilah kita buka semula kitab Tasawwuf – bagi yang pernah belajar dengaan Tuan Haji Abdul Rahim- Kitab tersebut sudahpun anda miliki. Kita ulangkaji ya. Itulah approach yang sebenarnya! Baca, amalkan dan hayatinya. InsyaALLAH sebagaimana saya & kawan-kawan saya pernah amalkan dan berasa bahagia pasti anda akan merasakan perkara yang sama. Kita terasa disayangi ALLAH SWT dimana jua kita berada dan apa jua keadaan (ujian) yang dihadapi. Ilmu Tasawwuflah method yang benar.

Saya cuma menyampaikan apa yang patut disampaikan. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa melindungi kita serta keluarga kita dari gangguan dan tipu daya Iblis dan kuncu-kuncunya yang sentiasa cuba menyesatkan anak cucu Nabi Adam as.

Wassalam.

Rashidah @ An Nisa team