Friday, June 10, 2016

Sekitar majlis Haul YMTGURU RA

Majlis haul YMTGURU RA yang ke 25 telah diadakan dikediaman beliau di Kg Bikang, Lahad Datu Semporna  pada 24 April 2016.

Orang ramai telah dijemput ke majlis ini. Banner/sepanduk jemputan telah dipasang sekitar daerah Semporna, Lahad Datu dan beberapa kawasan daerah di negeri Sabah.  Melalui media social telah diwar-warkan jemputan ini. Alhamdulillah majlis telah dihadiri lebih kurang 3000 orang sekitar daerah Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

2 sesi ucapan oleh YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyah, pewaris YMTG RA telah diadakan di sebelah pagi dan berhenti berehat waktu zohor dan bersambung ke sebelah petang. Alhamdulillah orang ramai tidak berganjak untuk sama-sama mendengar nasihat dari YMTG.

Majlis gilang gemilang ini telah di usahakan oleh ahli keluarga YMTGURU Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA yang diketuali anak-anaknya sendiri iaitu Haji Abdul Hakim Bin YMTG Haji Ghulam Hassan ALBIKANGI  RA dan Haji Abdul Halim AsSidek Bin YMTG Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA. Kami melihat kesungguhan dan kebaikan semua ahli keluarga YMTGURU RA ini dari anak yg kecil sehingga yang besar sama-sama membantu meraikan tetamu. Amat terharu mereka bersusah payah menghidangkan makanan dari pagi sehingga ke petang seolah-olah  kami ini berada di kursus  yg biasa diadakan syarikat luar. Pendek kata suasana sangat indah harmoni. Disinii tua muda lelaki perempuan duduk asyik mendengar nasihat kemudian solat zohor dan asar berjemaah. Makanan pula enak2 belaka :) Tidak ketinggalan juga kami menziarahi MAKAM YMTGURU RA  yang berdekatan dengan kediaman sebelah Masjid Bikang.

Di majlis tersebut juga diadakan khemah jualan kitab-kitab YMTG RA dan pada hari tersebut secretariat kitab telah membuka jualan istimewa potongan 50% kepada pembeli.  Flyers dan pamphlet berkenaan YMTGURU RA telah diedarkan secara percuma kepada hadirin.

Syukur Alhamdulillah tiada kata yang dpt diukirkan betapa sedapnya menguruskan dan menghadirikan diri ke majlis yang sangat berkat ini.

Harapan kami dari team Annisa tidak rugi nya kita terjun membantu kerja2 kebajikan demi utk Agama Allah terutamanya menolong membangunkan AgamaNya di bawah bimbingan Guru Mursyid.

Mudah-mudahan cita-cita murni guru kami agar islam naik dan manusia selamat dunia akhirat menjadi realiti sedikit masa lagi. Agama Allah hak mutlak Allah Taala. Tentunya kebenaran islam pasti akan naik tepat pada masanya sebagaimana yang Allah janjikan didalam hadis Rasulullah SAW segalanya atas kehendakNya jua kami hanya dapat bersyukur kerana berada di tengah-tengah misi kebenaran ini. Alhamdulillah aminnn












Menziarahi Makam YMTG RA sebelah petang selepas asar

YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah di pentas utama bersama jemaah 
Di booth jualan kitab-kitab dan flyers untuk diberi percuma

Hadirin tekun mendengar ceramah oleh YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah