Tuesday, June 14, 2016

Sedutan video dan ucapan anakanda YMTG RA- Yang Mulia Haji Hakim bin Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA

Dini adalah sedutan video dan ucapan pembuka tirai majlis hari Haul YMTG RA oleh anakanda YMTG RA - Yang Mulia Haji Hakim bin Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA pada 24 April 2016/16 Rejab 1437. Kami sudah mendengar scara live di Kg Bikang, tersebak robak hati mendengar ucapan beliau. Ketika kami download Video ini sekali lagi  air mata menitis terlalu shahdu ucapan beliau. YM Haji Hakim YMTG RA dan semua ahli keluarganya adalah ahlulbait YMTG. Mereka adalah keturunan pertama YMTG RA, pastinya disayangi ALLAH SWT.  Keluarga YMTG RA adalah pilihan ALLAH SWT yang akan diangkat tuhan dengan kemulian, kepujian, kebaikan dan dirahmati ALLAH SWT di kurun ke 15. Generasi anak cucu YMTG RA sangat istimewa dan hendaknya kita kita muliakan mereka. Sayangilah mereka kerana mereka ahlulbait YMTG RA

Jutaan terima kasih kepada Anakanda Ammar Bin Haji Benjamin dan teamnya yang mengambil video sepanjang hari haul YMTG yang ke 25 di kediaman YMTG RA di Kg Bikang, Lahad Datu Sabah.

Mari kita lihat, dengar dan hayati rakaman video ini mudah-mudahan kita semua mendapat Rahmat ALLAH SWT yang maha tinggi dipilih sebagai orang-orang yang beruntung di kurun ke 15 ini. Aminn ya rabbal Alamin.