Saturday, March 2, 2019

Siapakah Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah?



Beliau merupakan pewaris Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali-Akbar Al Haj Al-Khatamul Muhammadiyyah Al-Bikangi RA (YMTG RA) untuk meneruskan perjuangan YMTG RA untuk membawa manusia kembali kepada ALLAH SWT berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah agar semua umat manusia di akhir zaman ini terutama di abad ke 15 Hijriah ini selamat dunia dan akhirat. Beliau adalah satu-satunya penggerak utama ajaran & amalan YMTG RA untuk membawa manusia mengenal ALLAH SWT melalui thariqat YMTG RA iaitu Thariqat AlHassaniyyah, bersempena nama YMTG RA sendiri. Beliau juga adalah penulis kitab-kitab Agama Allah Rahmat & Penyelamat Bagi Umat Manusia, Allah’s Religion the Blessings and Saviour for entire Worlds, At-Thariqilallah, Ajaran & Amalan YMTG RA, Tasawwuf, Munaqib Riwayat YMTG RA dan juga Munaqib Keramat YMTG RA.

Beliau berasal dari Semporna, Sabah. Semasa beliau masih kecil pernah dibawa oleh datuknya mengunjungi YMTG RA. Setelah dewasa dan menamatkan pengajian di dalam bidang undang-undang di ITM Shah Alam, beliau bertugas di beberapa daerah di negeri kelahiran beliau di Sabah termasuklah di Kota Kinabalu. Namun keinginan untuk mendalami agama ALLAH SWT serta mendekatkan diri kepadaNya, mendorong beliau untuk mendampingi dan seterusnya mendapat bimbingan langsung daripada YMTG RA. Beliau telah nekad meninggalkan dan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai seorang peguam ketika itu untuk menumpukan sepenuh perhatian berguru dengan YMTG RA dalam menyebarkan dakwah di dalam Negeri Sabah dan keluar Negara.