Sunday, June 12, 2016

KEBANGKITAN ISLAM DARI UFUK TIMUR DI AKHIR ZAMAN - Sharif 7 Filipina

Menurut catatan sejarah beberapa kumpulan pendakwah Islam yang kebanyakkannya dipelopori oleh bangsa arab, telah datang ke nusantara bagi menyebarkan Agama Islam kepada penduduk di kepulauan ini. Di antara mereka yang dapat kita cungkil di antaranya ialah :

1360  -  Sharif Makhdum (sharif Tujuh)  di Filipina
1392  - Maulana Malik Ibrahim  (Wali Song ) di Indonesia.
1495  - Sheikh Ismail di Pulau Besar, Melaka
1819  - Habib Noh di Singapura
1938 – Yang Mulia Tuan Sheikh Haji Ghulam Hassan di Borneo


Daripada senarai ini, kumpulan sharif 7 telah berdakwah ke kepulauan Selatan Filipina. Mereka dikenali sebagai sharif 7 kerana mereka terdiri daripada tujuh orang yang semuanya datang secara langsung dari Kota Suci Mekah, mereka ialah :

SYEIKH AULIAALLAH @ SYARIF DAUD AL MAKKI AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF AHMAD HABIBULLAH AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF KHALIL MAKHDUM AL-QURAISY 
SYEIKH SYARIF MAKHDUM AL-QURAISY 
SYEIKH SYARIF ALWI BALFAKKI AL-QURAISY 
SYEIKH SYARIF FUQUH (ABU BAKAR AL-QURAISY)  
SYEIKH SYARIF SULAIMAN AL-QURAISY


Namun peranan mereka berdakwah dan mengIslamkan orang tempatan di kepulauan tersebut  terutama di kawasan Tawi-Tawi tidak tercatit dalam sejarah perkembangan Islam di Nusantara. Mungkin penduduk tempatan tidak mempunyai keupayaan berbanding dengan  orang tempatan di tanah jawa untuk menulis perjuangan mereka, sharif 7.

Tentu sekali ada hikmah disebaliknya. Namun yang pasti Allah Taala tidak sekali-kali mengsia-siakan perjuangan mereka. Boleh jadi dari keturunan merekalah akan muncul seorang pembawa “KEBENARAN” mulai di kurun ke 15 hijrah ini.