Sunday, June 12, 2016

mawar merah lambang perjuangan


Saya ingin memperkatakan tentang mawar merah atau bunga Ros yang kelihatan dikebanyakan jemaah  thariqat tidak kira di dalam negara atau luar negara.

Ini adalah kerana bunga mawar dikatakan lambang perjuangan seseorang untuk menuju ke tuhan. Tangkai berduri adalah lambang ujian. Seseorang ahli salik terpaksa melalui halangan-halangan untuk mencapai keharuman kelopak mawar merah. Pendek kata untuk mencapai makrifatullah ahli salik perlu menempuhi ujian ujian serta halangan. Kerana ujian dan halangan inilah menentukan darjat atau pangkat ahli menuju tuhan dibawah bimbingan Guru Mursyid




“ Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi Mawar Merah
 yang berkilauan ( QS. Ar-Rahman: 37)

Bunga Mawar juga adalah lambang ketinggian kerohanian yang sempurna bagi  perjalan untuk mencapai nilai-nilai kerohanian yang dalam bagi diri seseorang. Bunga Mawar adalah gambaran ketinggian suatu kerendahan. Sebagaimana tertulis dalam syair nadzom  Ar-Rifâiyyah :

Lâ tahtun bilâ fauqin walâ fauqin bilâ tahtin
Wa baina humâ bilâ qaibi
Hu Allâh Allâh Allâh.

Tiada bawah tanpa atas, tiada atas tanpa bawah
Dan diantara keduanya tanpa qaib.
Dialah Allâh Allâh Allâh

Mawar  telah menjadi puncak perlambangan kerohanian bagi hampir semua sufi dan para wali Allâh, khususnya Shâhibul Mawar, Syeikh Abdul Qâdir Al-Jailâni RA. Dalam sebuah kisahnya, pada saat Syeikh Abdul Qâdir Al-Jailâni RA. hendak masuk ke kota Bagdad di masa perpindahannya, setibanya beliau di perbatasan kota Bagdad, beliau didatangi oleh utusan para wali dari kota bagdad (yang juga seorang wali besar pada saat itu).  Setelah berjumpa , utusan wali berkata : “ Wahai Abdul Qâdir Al-Jailani, engkau tidak mempunyai tempat di kota Bagdad, karena kota Bagdad telah di penuhi oleh para Wali-wali Allâh“. Maka Syeikh Abdul Qâdir Al-Jailâni RA. berkata seraya menunjukkan gelas yang telah berisi penuh air bening; “Seperti inilah kota Bagdad itu, gelas adalah kota Bagdad dan airnya adalah para wali Allâh"  lalu Syeikh Abdul Qâdir Al-Jailâni RA. mengambil sekuntum Mawar Merah dari langit (dengan Ijin Allâh SWT) kemudian beliau letakkan di tengah air dalam gelas itu, sambil berkata  “ Aku adalah Mawar di antara para wali-waliNya”. Pada saat itu juga wali  utusan tersebut tersungkur  lalu bersujud meminta ampunan kepada Allâh SWT atas kesombongannya dan mempersilahkan tuan Syeikh Abdul Qâdir Al-Jailâni RA. Memasuki kota Bagdad dengan sambutan yang meriah dari para wali di kota Bagdad.


Bunga Mawar adalah raja dari seluruh bunga, kalau saja di antara para bunga ada walinya maka pastilah Allâh SWT menjadikan bunga Mawar sebagai qutubnya seluruh bunga. Bunga Mawar telah menjadi perlambangan suatu manifestasi pencapaian ketinggian kerohanian seseorang sebagai insân kâmil.

Di negeri sebelah timur, bunga Mawar  telah menjadi inspirasi yang tiada habisnya bagi para penyair di Persia, arab bahkan sampai ke belahan dunia barat. Syair mereka banyak membicarakan tentang kemuliaan dan ketinggian perlambangan bunga Mawar, seperti syairnya Jalâluddin rumi, Ibnu ‘Arabi  dan khususnya Syeikh Abdul Qâdir Al-Jailâni RA. Bahkan Allâh SWT telah memperlambangkannya dalam Al-Qur’an surah Ar-Rahmân : 37.

Setiap kali melihat bunga Mawar hendaklah bersalawat. Begitu juga bila mencium dan tercium wangian bunga Mawar - kerana mengingatkan kita kepada Baginda Rasulullah .صلى الله عليه وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Dipetik dari kitab 'Kashf al-Ghaibiyyat' oleh Shaykh Zain al-Abidin al-Fatani.