Saturday, June 19, 2010

Mengenali Thariqat AlHassaniyah ...


Assalamualaikum wbt.


kepada peminat jalan kebenaran, jalan kesufian, ilmu tasawuf dan thariqat mudah-mudahan semua di dalam rahmat ALLAH SWT, sentiasa dipelihara dan didalam keberkatan ALLAH SWT.Keindahan dan keseronokan jalan yang ditempuhi ini tidak lengkap jika tidak dikongsi dengan orang ramai, saudara-saudara kami yang dikasihi dimana jua saudara berada.

Dengan ini, saya perkenalkan saudara2 dengan Thariqat Al-Hassaniyah – pengasas dan perintis jalan thariqat ini ialah Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Bikangi RA. Beliaulah yang mendapatkan zikir thariqat dan amalan thariqat ini terus dari Rasulullah SAW. Seterusnya disambung salasilahnya kepada pewarisnya, Yang Mulia Guru Haji Abdul Rahim Al Hasaniyah – merupakan Guru Murshid, pembimbing kerohanian, penyambung amalan dan ajaran Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Bikangi RA.

Pada pandangan saya thariqat ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur umat akhir zaman yang ketika ini sangat komited dengan kesibukan urusan harian kerana Zikir thariqat Alhassaniyah kecil bilangan dan masa untuk diluangkan berzikir itu juga sangat singkat. Justeru itu saya rekomen thariqat Al-Hassaniyah bagi semua yg berminat iaini yang masih belum berthariqat lagi.

Seterusnya untuk mengetahui tentang Thariqat Alhasaniyah – zikir dan amalan Thariqat, semuanya ada dijelaskan dengan terperinci di dalam kitab At-Thariq Ilallah. Boleh didapati di kedai2 buku kebanyakan di Kuala Lumpur atau hubungi nama2 sebagaimana tertera. Harga kitab ini merupakan harga perjuangan saudara-saudara untuk mendapatkan ilmu. Tiada perjuangan tiada kemanisan.

Bagi yang berminat untuk menempuh jalan yang mulia ini dan bagi mereka yang ingin mengkaji dan memahami kehalusan ilmu tasawwuf dan thariqat, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kitab yang bernilai ini iaitu AT-THARIQ ILALLAH hasil tulisan Tuan Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyah.

Segala rahsia thariqat yang ditulis di dalam kitab ini diperjelaskan dengan sangat mudah dan senang difahami. Jika saudara2 ada keraguan jangan teragak2 utk bertanya terus kepada Guru Murshid melalui web kami www.theoriginalpath.com atau email terus ke lightoftruth@theoriginalpath.com

Mudah2an kita dan ahli keluarga kita selamat dunia dan akhirat. Bahkan yang kita harapkan orang-orang bukan islam juga berminat dan masuk agama islam..Aminnn.

Jika ada sesiapa yg berminat untuk memiliki kitab ini harganya RM25.00, boleh dapatkan di kedai-kedai buku atau hubungi nombor-nombor berikut, kami boleh uruskan penghantaran :

Dr Dalhadi 6013-8551521
Ustaz Hamid Salleh 6017-3685493
Pn Nooraini 6012-3175493
Pn Nor Rasyidah 6019-2401425
Pn Hjh Noor Sham 60192881466

Wassalam.

SINOPSIS KITAB
Akibat fahaman anti-tasawuf dan thariqat menyebabkan jalan menuju kepada Allah SWT TELAH DIABAIKAN BAHKAN DILUPAKAN oleh majoriti umat Islam hari ini termasuk para alim ulama. Ini menyebabkan berkurangnya penunjuk jalan ke sana.

Bagi orang yang ingin menempuh jalan ini akan menghadapi dua masalah; pertama kurangnya penunjuk jalan tesebut dan kedua terdapat banyak tohmahan kononnya jalan ini adalah jalan yang merbahaya. Walapun demikian ia tidak seharunysa melemahkan semangat seseorang mendampingkan diri kepada Allah SWT. Hanya timbul persoalan:

Adakah lagi diantara umat manusia yang ingin menempuh jalan kepada Allah, Penciptanya?

Adakah masih lagi orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, Pencipta Alam semesta ini.

Adakah ada diantara kita yang ingin menjadi pencinta Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang itu?

Kitab ini menghapuskan kesalafahaman serta kekeliruan terhdap ilmu tasawwuf dan thariqat. Yang Mulia Tuan Guru RA telah merintis jalannya sendiri kepada Allah SWT. Jalan ini diterangkan dengan terperinci dalam kitab ini dengan harapan agar menjadi panduan dan pedoman bagi siapa yang mempunyai keinginan tersebut di atas serta ingin mengetahui jalan ini. Miliki dan bacalah kandungannya moga2 akan menimbulkan minat terhadap jalan menuju kepada Allah jalan yang terbentang luas dihadapan