Monday, November 21, 2022

𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐄𝐈𝐆𝐍 𝐎𝐅 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐎𝐍 𝐓𝐇𝐈𝐒 𝐄𝐀𝐑𝐓𝐇

 IN THE NAME OF ALLAH SWT THE MOST MERCIFUL AND THE MOST COMPASSIONATE, PEACE AND BLESSINGS UPON THE HOLY PROPHET MUHAMMAD SAW, TO HIS AHLUL BAYT AND HIS COMPANIONS RA

 

𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐄𝐈𝐆𝐍 𝐎𝐅 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐎𝐍 𝐓𝐇𝐈𝐒 𝐄𝐀𝐑𝐓𝐇

 

No country in the whole world is more fortunate than this beloved country. We have witnessed the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 beginning with:

 

1.

Tunku Abdul Rahman

AR

2.

Tun Abdul Razak

RA

3.

Tun Hussein Onn

H

4.

Tun Mahathir

M

5.

Tun Abdullah Badawi

A

6.

Dato’ Sri Najib Abd Razak

N

 

Clearly the combination of the above letters forms the word 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 which is the Name and Attributes of Allah The Almighty. ‘Wazan’ 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 according to Arabic grammar has the meaning of temporary nature.

 

𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 is an attribute of general application covering all human beings, be them Muslims or non-Muslims and other Allah’s creatures and happens only in this World.  Hence the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 would not continue and ended with the era of Dato' Sri Najib Abd Razak.

 

After the fall of Dato’ Sri Najib Abd Razak's government in the 14th General Election, not a single political party obtained the required 2/3 majority unless  they form a coalition with other parties to be eligible to govern. In the end, this coalition party also could not rule after one of its components withdrew i.e Parti Bersatu withdrew from Pakatan Harapan.  Then there was a coup, going against the rules of democracy simply because those who governed were not elected by the people. Likewise in 15th General Election, not a single political party obtained the required 2/3 majority so it is necessary to form a coalition with other political parties. There is no guarantee the coalition party can rule for 5 years for it is possible the 14th General Election incident will repeat.

 

Why is this happening?

 

As mentioned, the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 has ended after the government of Dato’ Sri Najib Abd Razak. Each government resulted from the 14th and 15th General Election is actually a transitional government for the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌.

 

In Arabic grammar, ‘wazan’ 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 is a long-lasting attribute that covers the faithful Muslims in this world and the hereafter. So the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 shall   continue until the reign of Imam Al Mahdi RA. The reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 only consists of faithful Muslims, that is PARTY of Allah SWT.

 

Allah SWT Said in the Holy Quran, Chapter Al Maidah, verse 56:

 

وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ

 

 

“And whoever is an ally of Allah and His Messenger and those who have believed - indeed, the party of Allah - they will be the predominant”.

 

When will this reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 begin?

 

The conditions of Islam and all mankind especially the Muslims in Malaysia can only be saved by implementing the laws and regulations of Allah SWT based on the way of Ahlul Sunnah Wal-Jamaah, not by man-made laws such as democracy.  This is because it is proven democracy causes destruction all over the world, especially in morality. This is a sign that the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 will soon begin.

 

Is the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 just an assumption or will it definitely happen?

 

We can observe the sequence from Tunku Abd Rahman's name to Dato’ Sri Najib Abd Razak’s has formed the word 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍. It is not a coincidence but a sequence deliberately arranged in such a way by Allah SWT.  We understand now and believe that Allah SWT will continue the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 with the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌. This is His plan for this blessed country. Rightfully we Muslims should be hopeful with full confidence that His plan will soon be realized.

 

This is a Divine special gift for us all especially the Muslims here in Malaysia, not to any other Muslims elsewhere.  We Muslims should be delighted and grateful to ALLAH SWT for HE has chosen our beloved country to receive such a special gift from Him. Anyone who feels unhappy or rejects this possibility or refuse to see it happens, then indeed he will be missing out on Allah SWT’s blessing.

 

So let us pray the reign of 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 will be established by ALLAH SWT in the near future so that we will be safe in this world and the hereafter.


آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

 









 

Saturday, November 19, 2022

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR  BAGINDA SAW SERTA AHLUL BAIT DAN PARA SAHABAT RA

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐈

Tiada satu negara di seluruh dunia yang bertuah selain daripada negara yang tercinta ini. Kita telah menyaksikan pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍  yang dimulai oleh :

1. Tunku Abdul Rahman.            𝐀𝐑, 
2. Tun Abdul Razak.                    𝐑𝐀, 
3. Tun Hussein Onn.                    𝐇 , 
4. Tun Mahathir.                           𝐌, 
5. Tun Abdullah Badawi              𝐀,
6. Dato Seri Najib Abd Razak.    𝐍

Nyata daripada gabungan huruf-huruf nama di atas membentuk perkataan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 iaitu Nama serta Sifat Allah Taala. Wazan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 mengikut tata bahasa arab mempunyai pengertian sifat sementara.

Sifat 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 meliputi semua manusia samada orang Islam atau bukan orang Islam serta makhluk lain yang hanya berlaku di dunia sahaja iaitu hanya sementara sahaja sebab itulah pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 tidak berterusan tetapi berakhir dengan berakhirnya pemerintahan Dato’ Seri Najib Abd Razak.

Selepas jatuhnya pemerintahan Dato Seri Najib Abd Razak pada PRU ke 14, tidak ada satu parti yang memperolehi majoriti 2/3 melainkan terpaksa bergabung beberapa parti untuk layak memerintah. Akhirnya gabungan parti ini juga tidak memerintah setelah satu komponen parti menarik diri seperti parti bersatu menarik diri dari pakatan harapan dahulu. Akhirnya berlakulah rampasan kuasa dengan tidak mengikut aturan demokrasi. Ini kerana yang memerintah bukanlah yang dipilih oleh rakyat. Dan begitu juga pada PRU 15, tiada satu parti yang memperolehi 2/3 majoriti sehingga perlu bergabungan dengan parti lain. Gabungan parti ini juga tidak terjamin pemerintahannya selama 5 tahun. Ini kerana ada kemungkinan akan berlaku peristiwa seperti yang berlaku pada PRU ke 14 dahulu. 

Kenapa ini berlaku? 

Seperti dinyatakan di atas, pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 telah berakhir pada pemerintahan Dato Seri Najib Abd Razak. Manakala pemerintahan pada PRU ke 14 dan 15 ini adalah merupakan pemerintahan peralihan untuk fasa pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌.

Dalam tata bahasa ARAB, wazan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 adalah sifat berpanjangan yang meliputi hanya orang Islam yang beriman di dunia dan akhirat. Maka pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 adalah pemerintahan berterusan hinggalah pemerintahan Imam Al Mahdi RA. Pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini hanya terdiri daripada orang-orang Islam yang beriman sahaja. Yang merupakan PARTI ALLAH. 

Firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat  56: 

وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَٰلِبُونَ

"Dan barangsiapa menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sungguh, pengikut (agama) Allah itulah yang menang".

Bilakah pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini akan bermula? 

Keadaan agama Islam serta umat manusia terutama umat Islam di Malaysia ini hanya boleh diselamatkan dengan melaksanakan undang-undang dan peraturan Allah SWT yang berlandaskan fahaman Ahlul Sunnah Wal-Jamaah bukan undang-undang ciptaan manusia seperti demokrasi. Ini kerana demokrasi telah terbukti membawa kehancuran di merata dunia terutama dari segi moral. Ini petanda bahawa tidak lama lagi akan  bermulanya kerajaan pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌.

Adakah pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini sebagai andaian atau ianya pasti akan terjadi? 

Kita lihat urutan dari nama Tunku Abd Rahman hinggalah  Dato Seri Najib Abd Razak  ianya telah membentuk perkataan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍. Ini bukan kebetulan tetapi ini merupakan urutan yang sengaja diatur oleh Allah SWT sedemikian rupa. Daripada ini kita faham dan yakin  bahawa pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 akan ALLAH teruskan dengan pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌. Ini adalah rancangan Allah SWT bagi bumi bertuah ini. Seharusnya kita umat Islam mengharapkan dengan penuh keyakinan agar rancangan ALLAH TAALA ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Ini adalah merupakan anugerah teristimewa yang tidak diberikan kepada umat-umat Islam yang lain, hanya untuk kita terutama umat Islam di Malaysia ini. Kita umat Islam seharusnya amat bergembira dan bersyukur kepada ALLAH SWT kerana DIA telah memilih Negara kita yang tercinta ini menerima anugerah yang teristimewa ini daripadaNya. Sesiapa yang tidak senang hati atau menolak kemungkinan ini atau tidak ingin melihatnya terjadi, maka sesungguhnya dia akan terlepas dari Rahmat ALLAH TAALA. 


Mari kita berdoa agar pemerintahan 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 ini akan ALLAH TAALA wujudkan dalam masa terdekat agar kita selamat dunia akhirat.





Friday, November 18, 2022

BALDATUN TOIYYBAH KERAJAAN SAMAWI

BALDATUN TOIYYBAH KERAJAAN SAMAWI

Telah tiba masanya kerajaan samawi akan tertegak di permukaan bumi  ini bermula dari negara tercinta ini hinggalah ke seluruh dunia. Dari timur ke barat sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :

 "Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagi ku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai iaitu semua tempat bumi yang dilipatkan bagi ku". 

Thoifah alhassaniyyah sebagai perintis bagi kerajaan samawiya iaitu kerajaan Imam al Mahdi ra bertanggung jawab menjayakan misi ini hingga menjadikan apa yang disabdakan oleh Baginda SAW itu menjadi kenyataan di kurun ini.












Monday, November 14, 2022

Menjelang PRU15 _ Budaya & Tabiat BERPOLITIK oleh Yg Bhg Dr Hadi Hasan

Inilah realiti yang diakui oleh semua orang di serata dunia. Semua orang maklum ianya sudah semacam menjadi budaya dan tabiat bagi mereka yang bergelar ahli politik. Dan bagi rakyat pula ianya sudah menjadi semacam kebiasaan dan bukan perkara pelik atau nista kalau ada ahli politik berkelakuan dan melakukan demikian. Buktinya rakyat masih menyokong, mengempen hatta mengundi untuk menaikkan pemimpin sedemikian. Kenapa ini terjadi? Adakah budaya ini sudah boleh diterima pakai sebagai sebahagian dari budaya bangsa dan agama ?

Budaya ini nampaknya sudah susah dipisahkan dari politik. Ianya sudah semacam budaya dan tabiat bagi setiap ahli politik dan kuncu-kuncu hatta menjangkiti kepada orang bawahan, rakyat biasa. Apa tidaknya kalau menang habuan pasti ada. Paling tidak pun akan dapat projek yang boleh membawa keuntungan. Kepentingan rakyat hanya bermain di mulut sahaja namun hakikatnya dikemudiankan. Kepentingan diri sendiri , keluarga dan kroni-kroni didahulukan. Ada orang sanggup mengadai bangsa dan agama serta maruah diri sendiri demi mengejar habuan duniawi yang sementara. Rata-rata ahli politik seperti sudah lupa akan tanggung jawab yang akan ditanyakan oleh ALLAH Taala kepadanya di akhirat kelak.
Selagi tiada pengenalan sebenar kepada ALLAH TAALA dalam diri maka perkara sebegini akan boleh terjadi. Hakikatnya Ilmu dan amal belum cukup menjadi perisai kepada godaan dunia apatah lagi kalau sudah termasuk di dalamnya. Baginda SAW sudah bagi perumpamaan orang yang masuk ke dalam dapur yang menggunakan unggun api. Bagaimanapun cermatnya pasti akan tercalit dengan hitamnya arang. Ini kerana takut sebenar itu bukan terhasil dari ilmu atau amalan tetapi takut itu berkait rapat dengan YAKIN sebenar dalam hati.
Pernah tak kita dengar para sahabat ra menggunakan kuasa dan pangkat untuk mengejar dan mengaut keuntungan dunia. Saidina Umar ra ketika beliau dicari oleh orang luar madinah yang datang untuk menemui, Saidina Umar ra ditemui sedang duduk dibawah naungan sepohon pokok. Itulah tempat rakyatnya menemui beliau untuk membuat aduan dan mengadu masalah mereka selain di masjid. Berapa banyak pula tampalan pada jubah beliau ra? Tapi adakah Saidina Umar ra tidak berjaya memimpin umat Islam ketika itu? TIDAK , sememangnya Saidina Umar ra berjaya. Ini kerana kejayaan pemimpin Islam bukan diukur dalam kejayaan duniawi tetapi diukur dari kejayaan ukhrawi iaitu akhiratnya. Bukti kejayaan Saidina Umar ra masih kita dapat kecapi sehingga hari ini. Buktinya kita dan keturunan kita telah berada dalam ISLAM. Inilah hasil usaha kepimpinan mereka iaitu kepimpinan Baginda SAW dan para Khulafaur Rasyidin.
Jadi sebagai Islam, keinginan kita untuk memikul tanggung jawab sebagai pemimpin adalah untuk menyambung tugas dan pernan mereka iaitu menyelamatkan seramai mungkin manusia dari kesesatan dan bahaya dunia dan akhirnya selamat di akhirat kelak iaitu membawa manusia kepada ISLAM, iaitu menjadi pengamal dan pengikut setia AGAMA ALLAH SWT. Kalau tiada cita-cita dan kesungguhan ke arah ini, pastinya kita akan hanyut dalam gelombang dunia. Apatah lagi cabaran hebat hari ini ditambah lagi dengan sangat-sangat kurangnya guru-guru mursyid sebagai pembimbing terutama kepada para pemimpin.
Kita ingatlah kata-kata Saidina Umar ra :
” Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, Sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya maka Allah menghinakan kita.”
Saya berdoa semoga ALLAH SWT menaikkan seorang pemimpin yang benar-benar menjaga, membimbing dan memakmurkan negara tercinta ini dan rakyatnya agar semua rakyat selamat di dunia dan akhirat. Semoga inilah masanya era FASA KHILAFAH ALA MINHAJIN NUBUWWA yang dijanjikan Nabi SAW.
Dr Hadi Hasan

Friday, November 11, 2022

gambar-gambar program Rawatan Jarak Jauh 3 lokasi (Pulau Penang, Rawang dan Kuala Nerus, Terengganu)

 Rawatan di Pulau Pinang pada 22hb Oktober 2022










Rawatan di BAitul Al Quran, Country Homes, Rawang pada 24hb Oktober 2022










Rawatan di Kuala Nerus, Terengganu pada 29hb Oktoebr 2022











Thursday, November 10, 2022

sempena PRU15 pada 19 Nov 2022 _Perkara-perkara pelik yang berlaku di MALAYSIA

 *Perkara-perkara pelik yang berlaku di MALAYSIA:*


👽Malaysia ialah satu-satunya negara di dunia dimana pemerintah negara, pihak pembangkang dan ulama-ulama bersepakat *bersumpah setia mengikut saranan WHO* untuk *mempromosi kempen vaksinasi c19* buat rakyat. Setiap wakil rakyat diberi sejumlah wang?  Kini, berapa ramai rakyat yang sudah 'tumpas', menderita akibat kesan sampingannya. Tiada pampasan?


👽Negara kita disana sini banyak patung,  banyak gereja & kuil, buat diatas tanah org melayu. Orang kita diam saja.  Apa yg terjadi?


👽org kita berkongsi merayakan perayaan bukan islam. Pemimpin islam dan Raja2 bahkan meraikan bersama-sama. Masyarakat kita rosak dari pemimpin dan ulama. Kita hina di negara kita sendiri. Raja² melayu pun diam saja. Apa nak jadi?


👽Diluar negara org yg korup sudah jatuh tapi disini org yg sudah korup kita naikkan?


👽Asalnya Tanah Melayu kaya raya hasil buminya tapi kini yang kaya raya bukan orang kita. Kita berkongsi hak dgn bangsa² pendatang. Siapa punya kerja?


*Agaknya bagaimana generasi kita akan datang?*


Dimana letaknya *iman* kita kalau kita memilih mereka yang kita sudah tahu masalahnya.?


*Siapa yg kita pangkah, kita akan  dipertanggungjawapkan dihadapan Tuhan kelak*


Marilah kita sama-sama tepuk dada,*tanya iman.*


Atas alasan-alasan yg telah disebutkan, maka yakinlah sudah tiba masanya *satu barisan kepimpinan kebenaran pemerintahan berkhalifah yang lurus menurut undang-undang & peraturan ALLAH SWT* mengambil tempatnya. Kita hanya menunggu masa ketentuan Allah SWT pada bila-bila masa sekarang. 


Justeru marilah semua kita menadah tangan kehadrat Allah SWT Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui agar Islam naik tinggi dari ufuk timur kerana sudah tiba masa yg dijanjiNya - fasa MINHAJUN NUBUWWAH bangkit agar tertegaklah AgamaNya. 


Doa kita  merupakan senjata paling tajam dan jihad besar di zaman ini dimana kita dalam keadaan tersekat dgn pelbagai keadaan kezaliman dari pihak dalam dan luar dan paling sedih kita hina di negara kita sendiri.


*Doalah dengan bersungguh-sungguh & sebanyak mungkin agar agama Allah SWT menguasai Putrajaya tanpa memerlukan method pilihanraya yang tidak pernah disarankan oleh Rasulullah SAW.*


Inilah masanya kita *wajib bangun* wahai orang melayu Islam!



Saturday, November 5, 2022

Sempena PRU15_ tulisan Dr Hadi (PENYELAMAT NEGARA TERCINTA)

 

Apakah sebenarnya yang cuba ditegakkan dan ingin dicapai kalau kita masih mengharapkan sokongan dan dokongan individu dan puak yang zalim lagi sesat jalannya ?
Adakah oleh kerana kita sangat inginkan kuasa maka kita tidak mengambil kira atau peduli puak mana atau pengemudi bagaimana sehingga tetap juga kita ikuti?
Berapa ramai mereka yang telah tidak berjaya hatta lemas dalam lautan arena kebatilan dan kezaliman ini sebelumnya? Mana orang-orang gagal terdahulu yang mempunyai cita-cita tinggi mengubah puak atau senario penguasaan?
Memang semua takdir Allah Taala tapi amaran Allah Taala ada... Kalau tahu kemungkinan disambar api neraka maka baik jangan sesekali terjun ke dalamnya.
Apa pun kami tetap yakin Allah Taala lah yang menaikkan dan menurunkan seseorang dan mudah2an tidak lama lagi DIA mengangkat seseorang jadi PEMIMPIN, PENYELAMAT dan PENJAGA bagi rakyat dan negara tercinta.