DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG
Segaja puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi SAW yang telah diutus sebagai rahmat untuk sekalian alam. Begitu juga ke atas ahlul bait dan para sahabat Baginda SAW.
Sebelum munculnya Imam Al Mahdi RA di akhir zaman perlu munculnya terlebih dahulu perintis bagi kerajaan Imam Al Mahdi RA agar ia mudah menyempurnkan misinya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Akan keluar orang-orang dari timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya”. (Ibnu Majjah)
Kerajaan atau khilafah Imam Mahdi RA adalah kerajaan langit iaitu kerajaan seluruh dunia. Sabda Nabi SAW :
“Sesungguhnya Allah melipatkan bumi untukku bahagian barat dan bahagian timurnya. Dan kelak kekuasaan umatku akan mencapai semua bahagian yang dilipatkan bagiku darinya.” (Al Hadits)
Tentang Imam Al Mahdi RA, Nabi SAW telah menerangkan secara jelas siapakah Imam Mahdi RA itu dan apakah misinya tetapi Nabi SAW tidak menerangkan secara jelas siapakah perintis bagi kerajaan Imam Al Mahdi RA selain mereka itu muncul dari timur.
Walaupun Nabi SAW tidak menerangkan secara jelas siapakah perintis bagi Imam Al Mahdi RA ini namun secara logik dan benar bahawa ia mempunyai ciri dan misi seperti berikut :
1. Ia mestilah dari keturunan ahlul bait iaitu daripada Saidina Hasan atau Saidina Husin RA. Ini kerana tugas yang besar seperti ini mestilah dipikul oleh ahlul bait.
2. Bukan sahaja dia ahlul bait tetapi dia adalah orang yang dekat kepada Allah SWT iaitu wali Allah.
3. Kerana tugas seorang perintis ini mengasaskan kerajaan langit bagi Imam Al Mahdi RA mestilah dipilih oleh Allah SWT dan RasulNya SAW bukan oleh manusia.
4. sepertimana halnya dengan Nabi SAW dimana Allah SWT telah mewariskan bumi Madinatul Munawwarah secara khusus kepada Baginda SAW agar ia menjadikannya tapak dan pusat penyebaran Agama Islam ke seluruh dunia maka hal yang sama akan berlaku kepada perintis imam Al Mahdi RA ini dimana Allah SWT mewariskannya sebuah negara sebagai pusat penyebaran Agama Islam ke seluruh dunia dimulai dari timur ke barat.
5. Perintis ini diberi tugas dan misi oleh Nabi SAW seperti tugas dan misi Nabi SAW itu sendiri iaitu mengajak manusia kepada Allah SWT bukan sahaja dengan lidah tetapi dengan hati dengan berpandukan wahyu atau AlQuran seperti firman Allah SWT di dalam surah Yusuf ayat 108 :
Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan basirah (yakin) iaitu dengan hati. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.”
6. Tugas dan misi perintis ini adalah mengajak seluruh umat manusia kembali kepada Allah Taala dengan berdakwah bukan berjihad kerana zaman ini adalah zaman Nabi Musa AS.
7. Allah SWT memerintah Nabi Musa AS membebaskan kaumnya bani israil dari belenggu penghambaan, kezaliman dan penindasan firaun yang kejam. Dan membawanya kembali ke bumi yang selamat Baitul maqdis, Jerusalem dengan cara berdakwah bukan berjihad menentang firaun. Firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 42-44 :
" Pergilah engkau beserta saudaramu dengan membawa tanda-tanda (kekuasaan)-Ku, dan janganlah kamu berdua lalai mengingat-Ku; Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, karena dia benar-benar telah melampaui batas; Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir'aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut.”
8. ciri-ciri zaman ini menepati ciri-ciri zaman Nabi Musa AS. Justeru itu tugas perintis ini adalah sama dengan tugas Nabi Musa AS iaitu berdakwah membebaskan umat manusia dari kegelapan kufur syirik dan kesesatan serta belengu kezaliman, penindasan dan penghinaan dan membawa mereka kembali kepada tempat yang paling selamat bukan kepada Baitul maqdis atau bumi berkat Mekahtul mukarammah atau Madinatul munawwarah tetapi kepada Allah SWT.
9. Dengan cara berdakwah sahaja mustahil pada logik untuk membebaskan kaumnya bani israil dari genggaman firaun yang gagah perkasa yang mengaku dirinya sebagai tuhan tanpa melalui jihad peperangan, menggunakan senjata yang lahir yang mengatasi kekuatan tentera dan senjata firaun.
10. Namun demikian sebagaimana tersebut dalam AS Nabi Musa as berjaya dalam tugasnya dengan menewaskan firaun dan Haman serta bala tentera mereka di laut merah dengan hanya ia seorang diri bersenjatakan sebatang tongkat yang merupakan mukjizat yang Allah SWT kurniakan kepadanya.
11. Perkara yang sama akan berlaku kepada perintis Imam Al Mahdi RA dimana hanya bersenjatakan AlQuran yang merupakan mukjizat yang dikurniakan Allah SWT kepada Nabi SAW akan berjaya dalam tugas dan misinya membawa seluruh umat manusia kembali kepada Allah SWT dengan menewaskan "firaun" dan "Haman" akhir zaman. Ini tidak lagi mustahil pada logik kerana ia telah berlaku kepada Nabi Musa AS sebagai contoh Kebesaran, Keagungan, Kekuatan dan Gagah Perkasa Allah SWT. Sekali lagi Allah Taala memperlihatkan kepada umat manusia siapakah DIA sebenarnya melalui perintis Imam Al Mahdi RA ini.
12. Kerana tugas dan misi Nabi Musa AS hanya membebaskan kaumnya bani israil dari kekejaman firaun maka ia hanya perlu sebatang tongkat yang merupakan mukjizat yang dikurniakan Allah Taala kepadanya dalam menjayakan tugas dan misinya itu. Tambahan pula Nabi Musa AS hanya diutus kepada kaumnya, bani israil. Oleh kerana tugas dan misi perintis imam Al Mahdi RA di akhir zaman adalah merupakan tugas dan misi Nabi SAW itu sendiri yang mana Nabi SAW bukan hanya diutus kepada kaumnya bangsa arab tetapi kepada seluruh umat manusia. Maka senjata yang digunakan oleh perintis imam Al Mahdi RA ini mesti lebih hebat dari tongkat Nabi Musa AS. Maka senjata itu ialah merupakan wahyu Allah SWT iaitu AlQuran yang mulia yang merupakan mukjizat yang dikurniakan Allah SWT kepada Nabi SAW. Dengan berpandukan dan bersenjatakan AlQuran perintis imam Al Mahdi RA ini akan berjaya dalam tugas dan misinya sepertimana Nabi Musa AS berjaya dalam tugas dan misinya. Firman Allah SWT dalam surah Ra'd ayat 31 :
"Dan sekiranya ada suatu bacaan (Kitab Suci) yang dengan itu gunung-gunung dapat digoncangkan, atau bumi jadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, (itulah Al-Qur`ān). Sebenarnya segala urusan itu milik Allah. "
Keterangan dan penjelasan yang terkandung di dalam risalah kami ini adalah merupakan kebenaran yang datangnya dari Allah SWT. Kita berlindung dengan Allah SWT daripada sifat dan perasaan hasad dengki.
Renungilah dan terimalah dengan baik dan sama-samalah kita menjayakannya kerana suatu masa nanti apa yang terkandung di dalam risalah ini akan menjadi kenyataan. Tiada keraguan padanya. Firman Allah SWT :
" Mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang DIA kehendaki." Ayatul kursi.
Kami akhiri risalah ini dengan janji Allah SWT kepada umat Islam sepertimana firmanNya dalam surah Al Anbiya ayat 105 :
" Dan sungguh, telah Kami tulis di dalam Zabur setelah (tertulis) di dalam Aż-Żikr (Lauḥ Maḥfūẓ), bahwa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh."
Semoga bumi nusantara dan seluruh dunia diberkahi Allah SWT.
Aamin Ya Rabbal Alamin