Wednesday, October 4, 2023

NUSANTARA PENGASAS KHILAFAH TERAKHIR

NUSANTARA PENGASAS KHILAFAH TERAKHIR

Segala puji bagi Allah SWT yang  telah mengutus Rasulullah SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam, salawat dan salam atas Baginda Nabi SAW petunjuk bagi sekalian alam dan begitu juga atas Ahlul Bait dan para Sahabat Baginda SAW.

Nusantara adalah merupakan gugusan kepulauan melayu.

Ketika tanah menyatu dengan air, maka jadilah nusantara tanah air melayu. Ketika ilmu syariat menyatu dengan ilmu hakikat, maka bangunlah nusantara TANAH AIR MELAYU sebagai PENGASAS KHILAFAH terakhir. Apabila warna hitam menyatu dengan warna biru, maka jadilah seluruh dunia sebagai TANAH AIR  ISLAM.

Majoriti pendakwah yang datang ke Nusantara adalah dari Ahlul Bait.  Mereka adalah merupakan Ahlul Sufi dan Wali Allah. Mereka bertugas menyatukan ilmu syariat dengan ilmu hakikat sebagai foundisi yang kuat dan kukuh untuk kebangkitan umat Islam di akhir zaman yang akan muncul daripada nusantara. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Haris yang bermaksud: "Akan muncul orang-orang dari Timur lalu mereka mempersiapkan atau merintis untuk imam Mahdi RA iaitu pemerintahannya" (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Pemerintahan Al Mahdi adalah Khilafah terakhir iaitu pemerintahan Kerajaan Langit, pemerintahan seluruh dunia (Kingdom Of Heaven).

Warna hitam adalah merupakan warna simbolik bagi tanah, manakala warna biru adalah merupakan simbolik bagi laut. Apabila warna hitam menyatu dengan warna biru iaitu ketika pemerintahan tanah beralih kepada pemerintahan laut yakni apabila orang laut memerintah nusantara maka ketika itulah bangunlah nusantara sebagai pengasas Khilafah yang terakhir yang sekaligus menjadikan seluruh dunia sebagai tanah air Islam.

Inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Sauban RA yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagi ku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu  aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya pemerintahan umat ku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagi ku iaitu seluruh dunia".  (Hadis riwayat Muslim).

Ketika tentera darat bersatu dengan tentera laut barulah ketika itu Sultan Muhammad Al Fathi dapat menawan Constantinople sebagaimana yang diisyaratkan oleh Baginda Nabi SAW dalam hadisnya. Maka penentu kemenangan Sultan Muhammad Al Fathi itu datangnya dari tentera laut. 

Islam akan menjadi agama dunia mengatasi seluruh agama. Sebagaimana dijanjikan Allah Taala dalam surah Al Fath ayat 28: 

 هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِيدٗا 

"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi."

Ini pasti akan terjadi di kurun ke 15 Hijrah ini. Sama-samalah kita menantikannya dengan sepenuh semangat keimanan.