THOIFATUL HASSANIYYAH
- Home
- AlQuran & AsSunnah
- Allah's Religion
- Agama Allah
- Ajaran & Amalan
- Riwayat YMTGRA
- Keramat YMTG RA
- Tasawwuf
- Program
- kebenaran abad ke 15
- Zikir dan Doa
- YM Tuan Guru's Crystal Quotes
- Books Published
- Talks & DVDs
- FB Members' Postings
- good quotes
- memories captured
- flyers
- Sufi Talks
- Kisah Wali
- Hobby-Plant
- Recipe-food for faith
- Isu Semasa
- Others
Monday, June 6, 2022
Slogan YMTG RA Oleh Dr Hadi Hasan
Tuesday, November 15, 2016
KEBANGKITAN ISLAM DARI UFUK TIMUR DI AKHIR ZAMAN.
1392 - Maulana Malik Ibrahim ( Wali Songo ) di Indonesia.
1495 - Sheikh Ismail di Pulau Besar, Melaka
1819 - Habib Noh di Singapura
1938 – Yang Mulia Tuan Sheikh Haji Ghulam Hassan di Borneo
SYEIKH SYARIF AHMAD HABIBULLAH AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF KHALIL MAKHDUM AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF MAKHDUM AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF ALWI BALFAKKI AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF FUQUH ( ABU BAKAR AL-QURAISY)
SYEIKH SYARIF SULAIMAN AL-QURAISY
Wednesday, September 28, 2016
Kenapa kurun ke 15 Hijrah paling indah mengatasi era Imam Mahadi AS?
Ini adalah kerana Agama Islam belum menjadi agama dunia, sekaligus bermakna Undang-undang & Peraturan Islam yang didasarkan atas belas kasihan dan kasih sayang belum dilaksanakan diseluruh dunia. Penduduk Islam Cuma terdapat 1/6 daripada penduduk dunia. Sebab itulah manusia belum menerima apa yang dikatakan Nabi SAW itu sebagai Rahmat bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam.
Hanya apabila Islam menjadi Agama dunia dan undang-undang & peraturanNya terlaksana secara menyeluruh baharulah keamanan, keadilan, kasih sayang, kesejahteraan dan persaudaraan terjalin didunia ini. Akan berhentilah segala bencana dan malapetaka, penyakit-penyakit ganjil akan terhapus maka akan terjadi perdamaian dan genjatan senjata sehingga dunia ini menjadi rumah atau syurga bagi umat manusia. Itulah baru dikatakan Nabi SAW yakni Agama Islam itu menjadi Rahmat bagi semua alam. Bilakah terjadi keadaan sedemikian? Ianya akan berlaku dikurun ke15 hijrah.
Daripada Abdullah Haris b Jaz-uz Zabidi RA ia berkata: akan keluar manusia dari Timur lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahadi (yakni tapak pemerintahannya) HR Ibnu Majah
Jelas asas pemerintahan Imam Mahdi itu diera Kebenaran dan digerakkan oleh manusia dari Timur.
Oleh itu, inilah masa dan ketikanya era Kebenaran abad ke 15 kerana telah berlaku kerosakan disana sini, bencana alam, penyakit ganjil, Islam ditindas walaupun di negara sendiri, perang saudara, penindasan, kezaliman, penipuan kapitalis dan lain-lain tetapi semua ini akan berakhir kerana Kebenaran telah ada di ambang pintu.
Monday, June 20, 2016
Apabila Allah SWT mengangkat seseorang menjadi pemimpin. ...
Fasa ke 5 Period pemerintahan Khalifah
Panji-panji hitam dari ufuk timur
Janji Allah benar!
dari fb Hadi Hasan
Sunday, June 19, 2016
AT taubah ayat 55
Kebenaran dari timur
Saturday, June 18, 2016
PENYERAHAN TUGAS
Pantai Si lawa
Disini kisah perjuangan dimeterai ...
Disiniku abadikan kenangan indah...
Si-Lawa kepulauan nun jauh dimata dekat dihati..
Jauh dari kebendaan, menyingkir kesesakan jiwa. .
Ombak mengalunkan zikir munajat..
Lidah & hati turut mengikut rentak alunan derusan ...
Pohon niyur melirikkan keasyikannya. .
Pengalaman mengusik jiwa siraman air mengubat sakit pahit getir ...
Budak mulia yang menangis serta berlari kencang dipesisiran pantai si-lawa
Ditanya angai menangis kau to'? Jawapnya "rindu aku tuhan bah"
Pasti watikah pelantikannya menjadi realiti..
Penantian yg penuh debaran!
Hasil nukilan : pencinta si-lawa
With_ Persatuan Kebajikan An Nisa
Ayahanda YMTG Hj Ghulam adalah mujadid kurun ke 15
عن أبي الدرداء رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "لَقَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْمَحَجَّةِ الْبَيْضَآءِ لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا لَا يَزِيْغُ عَنْهَا بَعْدِي إِلَّا هَالِكٌ" ( رواه أحمد)
KEBANGKITAN ISLAM DARI UFUK TIMUR DI AKHIR ZAMAN.
Menurut catatan sejarah beberapa kumpulan pendakwah Islam yang kebanyakkannya dipelopori oleh bangsa arab, telah datang ke nusantara bagi menyebarkan Agama Islam kepada penduduk di kepulauan ini. Di antara mereka yang dapat kita cungkil di antaranya ialah :
1360 - Sharif Makhdum ( sharif Tujuh ) di Filipina
1392 - Maulana Malik Ibrahim ( Wali Songo ) di Indonesia.
1495 - Sheikh Ismail di Pulau Besar, Melaka
1819 - Habib Noh di Singapura
1938 – Yang Mulia Tuan Sheikh Haji Ghulam Hassan di Borneo
Daripada senarai ini, kumpulan sharif 7 telah berdakwah ke kepulauan Selatan Filipina. Mereka dikenali sebagai sharif 7 kerana mereka terdiri daripada tujuh orang yang semuanya datang secara langsung dari Kota Suci Mekah, mereka ialah :
SYEIKH AULIAALLAH @ SYARIF DAUD AL MAKKI AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF AHMAD HABIBULLAH AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF KHALIL MAKHDUM AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF MAKHDUM AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF ALWI BALFAKKI AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF FUQUH ( ABU BAKAR AL-QURAISY)
SYEIKH SYARIF SULAIMAN AL-QURAISY
Namun peranan mereka berdakwah dan mengIslamkan orang tempatan di kepulauan tersebut terutama di kawasan Tawi-Tawi tidak tercatit dalam sejarah perkembangan Islam di Nusantara. Mungkin penduduk tempatan tidak mempunyai keupayaan berbanding dengan orang tempatan di tanah jawa untuk menulis perjuangan mereka, sharif 7.
Tentu sekali ada hikmah disebaliknya. Namun yang pasti Allah Taala tidak sekali-kali mengsia-siakan perjuangan mereka. Boleh jadi dari keturunan merekalah akan muncul seorang pembawa “KEBENARAN” mulai di kurun ke 15 hijrah ini.
JANJI ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH
Sunday, June 3, 2012
Kepimpinan yg zalim
Keadaan di Malaysia kini cenderung kepada kerosakkan dan kehancuran disebabkan oleh kepimpinan yang membawa ke arah kehancuran yang mengaku pembela rakyat sedangkan pada hakikatnya adalah pegkhianat hak-hak rakyat , mereka mengakui mereka mampu mengubah nasib rakyat dan mengubah Malaysia sebagai Negara yang moden yang terkenal di persada dunia, tapi apa yang berlaku kepada Negara kita kini semakin hari semakin NAZAK.
Justeru itu, tidak lama lagi penduduk asli yang berasal dari tanah melayu yang merupakan pemilik asal Negara ini, yang akan diberi giliran oleh Allah Taala .
Siapakah mereka?
Mereka itu adalah satu bangsa yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu ini. Pada masa itu ianya terdiri dari dua kumpulan penduduk yang mendiami tanah melayu dan puak yang menduduki hutan belantara(orang asli). Selain daripada dua puak ini yang menduduki Tanah melayu pada masa sekarang adalah bangsa pendatang.
Bangsa yang akan diberi giliran memerintah itu ialah golongan yang mendiami persisiran pantai, kebanyakannya masyarakat tersebut mendiami tanah melayu di sekitar Pulau Pinang dan johor. Sesuatu kejadian telah berlaku menyebabkan kebanyakannya telah bertumpu ke johor dan kemudiannya beselerak ke pulau-pulau lain di seluruh nusantara. Masyarakat tersebut tidak menduduki pantai timur Tanah Melayu seperti di Kelantan kerana pada masa itu mereka takutkan kerajaan siam yang menguasai wilayah tersebut.
Sebagai keadilan Allah SWT,maka tampuk pemerintahan ini akan diserahkan kepada golongan ini untuk memerintah Tanah Melayu(Malaysia). INSYAALLAH…
Saturday, May 19, 2012
Peringatan dari ALLAH
Kami hanya memberi peringatan dalam tulisan kami sebelum ini, kami hanya menyatakan mengikut fakta sejarah dan Firman Allah tentang apa yang Dia telah lakukan keatas umat yang membelakangi dan lupa untuk menegakkan hukum-hukum Allah malah mempersendakannya. Mustahil atau tidak mustahil menjatuhkan atau menaikkan sebuah Kerajaan itu adalah bagi Allah, kalaulah manusia ada kuasa mereka ingin berkuasa selama 1000 tahun.
Apa yang kami perhatikan bahawa keadaan yang berlaku dinegara ini telah sama dengan apa yang telah berlaku dinegara-negara Islam seperti Baitul Maqdis, Andulusia dan Empayar Uthmaniah. Justeru itu azab dan hukuman Allah pasti akan tiba oleh itulah kami memberi peringatan sebelum terlambat. Kami memberi peringatan ini hanyalah untuk menyampaikan apa yang Allah SWT telah beri peringatan kepada umat Islam seperti ayat Al Quran al Ghhafir : 21
Apa yang kami perhatikan bahawa keadaan yang berlaku dinegara ini telah sama dengan apa yang telah berlaku dinegara-negara Islam seperti Baitul Maqdis, Andulusia dan Empayar Uthmaniah. Justeru itu azab dan hukuman Allah pasti akan tiba oleh itulah kami memberi peringatan sebelum terlambat. Kami memberi peringatan ini hanyalah untuk menyampaikan apa yang Allah SWT telah beri peringatan kepada umat Islam seperti ayat Al Quran al Ghhafir : 21
“dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi,lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak ) peninggalan-peninggalan (peradaban)nya di bumi, tetapi Allah mengazab mereka kerana dosa-dosanya.dan tidak akan ada sesuatu pun yang melindungi mereka dari (azab) Allah” Ghafir :21
Dalam ayat ini jelas Allah SWT memberi peringatan kepada kita umat Islam, supaya tidak melakukan perkara yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu dimana mereka telah ditimpakan dengan hukuman atas perbuatan mereka itu. Justeru itu, apabila kita membuat perkara yang sama pasti Allah SWT akan menimpakan hukuman yang sama. Inilah peringatan yang terdapat dalam AlQuran untuk kita umat Islam. Oleh itu apa yang kami lakukan ini hanyalah menyampaikan peringatan yang terdapat dalam Al Quran. Terpulanglah kepada anda untuk mengambil ikhtibar atau tidak. Memadailah dengan apa yang kami sampaikan setakat ini, kerana ada orang yang kurang senang dengan tulisan-tulisan kami sebelum ini.
“dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi,lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak ) peninggalan-peninggalan (peradaban)nya di bumi, tetapi Allah mengazab mereka kerana dosa-dosanya.dan tidak akan ada sesuatu pun yang melindungi mereka dari (azab) Allah” Ghafir :21
Dalam ayat ini jelas Allah SWT memberi peringatan kepada kita umat Islam, supaya tidak melakukan perkara yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu dimana mereka telah ditimpakan dengan hukuman atas perbuatan mereka itu. Justeru itu, apabila kita membuat perkara yang sama pasti Allah SWT akan menimpakan hukuman yang sama. Inilah peringatan yang terdapat dalam AlQuran untuk kita umat Islam. Oleh itu apa yang kami lakukan ini hanyalah menyampaikan peringatan yang terdapat dalam Al Quran. Terpulanglah kepada anda untuk mengambil ikhtibar atau tidak. Memadailah dengan apa yang kami sampaikan setakat ini, kerana ada orang yang kurang senang dengan tulisan-tulisan kami sebelum ini.
Friday, May 18, 2012
TIDAK MUSTAHIL KUASA PEMERINTAHAN AKAN TERLEPAS DARI TANGAN KITA!
TIDAK MUSTAHIL KUASA PEMERINTAHAN AKAN TERLEPAS DARI TANGAN KITA!
Sayang sekali setelah 54 tahun Malaysia merdeka masih belum mengamalkan dasar pemerintahan Islam yang merupakan Undang-undang Tuhan dan masih mengamalkan demokrasi undang-undang ciptaan manusia. Lalu apakah yang menghalang kita untuk melaksanakan tuntutan Illahi tersebut?. Bukankah Tanah Melayu ini milik kita anak watan yang beragama Islam? bukankah kita yang majoriti mendiami tanah ibunda ini? Bukankah tampuk pemerintahan telah diserahkan oleh Allah SWT sebagai amanah untuk kita mentadbir mengikut kehendakNya? Bukankah agama Islam itu adalah benar dan Undang-undangnya adalah adil serta sesuai untuk semua umat manusia pada setiap tempat dan zaman?
Apa yang terjadi kini Kita lebih meyakini undang-undang buatan manusia seolah-olah ianya lebih adil berbanding dengan undang-undang Tuhan ,malah ada yang mempersoalkan keadilan undang-undang Illahi terutama dalam hukum Hudud bahkan ada yang mempersendakannya sebagai tidak adil,kolot dan ketinggalan zaman.Maka tidak heranlah jika tampuk pemerintahan ini akan diserahkan kepada yang bangsa yang lain sebagaimana yang terjadi kepada kerajaan Islam di Baitul Maqdis,Andulusia dan Empayar Uthamaniah. Ini adalah akibat umat Islam yang telah lalai dengan kemewahan hidup dan lupa akan tanggungjawab mereka untuk meninggikan hukum Allah.Natijah daripada membelakangi undang-undang dan Peraturan Tuhan tersebut menyebabkan terjadinya perpecahan ,saling bersengketa sesama sendiri,jatuh menjatuhkan dan hilangnya perpaduan dikalangan mereka. Lantaran itu Allah SWT menghukum mereka dengan mencabut kekuasaan pemerintahan dari tangan mereka.
Nampaknya perkara yang sama itu telah terjadi dinegara kita, dimana umat Islam pada hari ini kerana harta, kekayaan,pangkat dan kedudukan mereka saling berbalahan,fitnah memfitnah dan jatuh menjatuhkan sehingga hilangnya perpaduan dikalangan umat Islam inilah akibatnya membelakangkan undang-undang Illahi . Justeru itu , tidaklah mustahil apa yang telah terjadi dinegara-negara Islam diatas akan berulang kembali dinegara ini dimana Allah SWT akan mencabut kekuasaan ditangan kita sebagai hukuman dan memberikannya kepada bangsa lain kerana sudah banyak tanda-tandanya menuju kearah itu. Sesungguhnya kemenangan dan kekalahan itu tidak ditentukan oleh Pilihanraya tetapi oleh Allah SWT boleh sahaja Allah SWT menjatuhkan sebuah Kerajaan atau pun sebaliknya tanpa pilihanraya, renungkanlah ayat Al Quran :
“katakanlah: wahai Tuhan yang mempunyai Kerajaan, Engkau memberikan Kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki, ditangan Engkaulah segala kebajikan sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu” AL Imran : 26
Maka tiada jalan lain melainkan para pemimpin umat Islam dari kalangan Kerajaan dan Pembangkang wajiblah mematuhi serta melaksanakan undang-undang dan Peraturan Tuhan dengan melupakan pendapat dan ideology mereka sebelum tibanya Hukuman daripada Allah SWT tersebut kerana kalaulah ianya telah tiba maka kita tidak dapat ditolong lagi dan kita akan menjadi hina walaupun di negara sendiri, sebagaimana firmanNya:
“dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dan berserah diri lah kepadaNya sebelum datang azab kepada mu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi” AzZumar:54
Thursday, May 17, 2012
REFORMASI BUKAN TRANSFORMASI...dari FB Hj Benjamin Hj Usman 16 Mei 2012
REFORMASI BUKAN TRANSFORMASI
Perkataan transformasi boleh membawa erti penjelmaan dari kebaikan kepada kejahatan walaupun boleh juga membawa erti sebaliknya. Ini bermakna pemilhan perkataan Transformasi oleh Regim Najib telah salah atau kurang tepat. Sebagai contoh seorang yang baik boleh ditransformasikan menjadi Penyamun dalam ini negeri. Imam Muda yang sepatutnya duduk dimesjid menjaga waktu dan sholat berjemaah menjadi ustaz selebriti yang asyik muncul dalam program TV, dari Bilal surau kepada penyanyi idola pujaan ramai, membangkitkan fantasi hingga muda mudi lupa diri dalam hiburan yang mengasyikkan. Dari pemimpin “Pembela rakyat” kepada “Pembelah rakyat”. Kalau itu dianggap pencapaian maka TRANSFORMASI BERJAYA yang dilaungkan bolehlah dianggap berjaya, yakni menjadikan seorang yang baik menjadi jahat.
Perkataaan yang sepatutnya digunakan adalah Reformasi kerana itu merupakan perubahan kepada yang lebih baik. Tetapi pembangkang dah guna jadi terpaksa pakai Transformasi tapi telah salah tempat. Inilah akibatnya, Negara telah menjelma menjadi Negara yang bankrupt pada bila-bila masa akibat program-program kerajaan yang menabur wang ringgit dalam usaha desperado mereka untuk memancing sokongan rakyat.
Monday, May 14, 2012
BANGUNLAH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMBELA NEGARA YANG TERCINTA!
BANGUNLAH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMBELA NEGARA YANG TERCINTA!




