Thursday, December 12, 2024

BERITA GEMBIRA DI AKHIR ZAMAN

BERITA GEMBIRA DI AKHIR ZAMAN

Kesultanan (Penguasa) Ahlul Bait 

Kami memulai perutusan ini dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Segala puji bagi Allah Taala yang telah mengutus Nabi SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam, salawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, Ahlul Bait dan para sahabat.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya nusantara iaitu gugusan kepulauan melayu adalah dibawah pemerintahan ahlul bait yang dimulai di negara Perlak di Acheh. Ianya dikenali sebagai negara di atas angin. Pemerintahan ahlul bait di Perlak akan diakhiri dan disempurnakan oleh negara di bawah angin. 

Misi sebenar kesultanan ahlul bait yang terdiri daripada ahli Sufi adalah untuk meneruskan misi Rasulullah SAW di nusantara iaitu mengajak manusia kembali kepada Allah Taala dengan cara tasawwuf iaitu hati bukan dengan lidah semata-mata. Inilah misi atau jalan Nabi SAW itu sendiri sepertimana firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 108 :

 قُلۡ هَٰذِهِۦ سَبِيلِيٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِيۖ وَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ 

Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan basirah (yakin) iaitu dengan hati. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.”

Misi yang suci murni ini akan diakhiri dan disempurnakan oleh ahlul bait di negara bawah angin. Negara di bawah anginlah yang bertanggung jawab untuk sekali lagi merealisasikan misi Nabi SAW yang suci murni ini di permukaan bumi sehingga cahaya tauhid, kebenaran akan menerangi semula nusantara dan dari nusantara lah cahaya ini akan memancar ke seluruh dunia dari timur ke barat.

Dengan bersenjatakan kebenaran di akhir zaman ini cahaya kegelapan kufur syirik dan kesesatan, kebatilan, kekejaman, kezaliman dan penindasan akan berakhir. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Isra ayat 81 :

 وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَٰطِلُۚ إِنَّ ٱلۡبَٰطِلَ كَانَ زَهُوقٗا 

Dan katakanlah, “Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap. Sungguh, yang batil itu pasti lenyap."

Dengan demikian Islam akan menjadi Agama dunia mengalahkan semua Agama. Firman Allah SWT dalam surah As Saff ayat 9

 هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ 

Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam) untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membenci.

Inilah janji Allah Taala yang pastinya akan berlaku di kurun ke 15 hijrah ini. Percaya atau tidak kebenaran ini akan pasti berlaku.

Ketahuilah bahawa nusantara adalah tanah air melayu yang tidak boleh dimiliki atau dikuasai oleh bangsa-bangsa lain untuk selama-lamanya kerana negara nusantara yang tercinta ini adalah dibawah naungan, penjagaan, pemeliharaan dan pertolongan Allah SWT. Inilah bumi yang tertua di permukaan bumi ini selain tanah suci mekah, madinah dan Baitul Maqdis.

 Beruntunglah bangsa melayu yang mendiami tanah air nusantara yang tercinta ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar kenyataan ini akan berlaku dalam masa yang terdekat.

 Amin Ya Rabbal alamin.

https://www.facebook.com/share/p/1KWHfrZwU6/