Showing posts with label Good Quotes. Show all posts
Showing posts with label Good Quotes. Show all posts

Friday, January 12, 2018

Pengalaman bersama Yang Mulia Hajjah Asna Alhassaniyyah

Sepanjang bersama Yang Mulia Kakak Hajjah Asna Alhassaniyyah, beliau tidak putus menasihati tentang kebaikan. Diantara perkara-perkara yang sering dinasihati terutama untuk para wanita abad ini ...

1. Sebelum memulakan penghidupan didunia ini bagus minta doa ulama benar seperti kelahiran anak, mula belajar, mula berkahwin etc;

2. Apabila menghadapi masalah dunia maka terus menghadap tuhan. Sembahyang taubat dan hajat kemudian berdoa dan selepas itu tunggu pertolongan tuhan;

3. Banyakkan doa kerana doa adalah komunikasi kita dengan tuhan. Mulakan sesuatu dgn    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ hidup jadi barokah, hati rasa tenang  dan jika jiwa kacau dengan pelbagai kemelut hidup bacalah قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ berulang-ulang kali sehingga hilang resah gelisah dijiwa;

3. Tuhan sayang para perempuan itu sebab doa perempuan 1 kali tuhan angkat lain hal para laki-laki 3 kali doa baru diangkat. Banyakkan berdoa. Sembahyang itu sendiri adalah doa jadi banyakkan sabar & sembahyang. Tuhan pasti tolong;

4. Harus ingat musuh kita satu sahaja iaitu iblis. Dia yang rosakkan Nabi Allah Adam AS dan Siti Hawa AS sehingga tercampak ke dunia. Oleh itu banyakan baca  أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Kerja ia sangat halus masuk ke dalam hati orang bikin gaduh anak beranak & adik beradik. Bikin runtuh rumahtangga, rosak satu negara, satu dunia perang sana sini dan ramai yang mati. Kita tidak kenal ia.  Orang yang sangat  kenal ia ialah para nabi2 dan pewaris2 nabi.

Oleh itu YM Kakak berkata alamat jelas orang masuk iblis cari pasal cari gaduh. Bagus diam dan sabar....

Dalam masalah dunia kita memang tak nampak kerja halus licik dia sebab itu kita kena minta nasihat orang yang kenal sama tuhan berupa tok2 guru & wali2 Allah agar laluan ia akan terhalang. Paling bahaya ia masuk dalam hati pemimpin dan ulama. Iblis berjaya sebab pemimpin dan ulama membelakangi undang2 dan peraturan tuhan.

Orang baik dia kata sesat, yang jelas dalam kesesatan mereka diamkan. Umat rosak sana sini termasuk anak-anak muda. Kita ini pun terkena tempias dari  kejahatan pemimpin dan ulama jahat zaman ini.

5. Tiada yang dapat megubah hati manusia melainkan Allah SWT jua. Tuhan boleh pusingkan hati manusia. Mudah sahaja bagi tuhan sebab Tuhan Pencipta kita dan alam ini. Hati manusia tuhan gengam. Doalah dengan mana-mana doa yang kamu tahu yang penting mesti ikhlas doa dengan tuhan;

6. Banyak bersyukur dalam hidup. Cara bersyukur yang terbaik ialah sedekah terutama bagi orang makan kerana sejemput makanan untuk orang buat hindar dari azab api neraka;

7. Ujian hidup memang ada. Banyakkan berdoa. Doa mesti ikut niat untuk apa? kalau mahu kaya tuhan bagi kaya tetapi tidak barokah jika kaya diminta bukan untuk Agama. Mesti doa untuk agama kerana ia sampai keakhirat.

Sekian pengkongsian kali ini. Mudah-mudahan bermanfaat.

catatan Hajjah Noor Sham

Saturday, June 18, 2016

Pantai Si lawa

Disini lahirnya sebuah cinta....
Disini bermulanya semarak cinta...
Disini kisah perjuangan dimeterai ...
Disiniku abadikan kenangan indah...
Si-Lawa kepulauan nun jauh dimata dekat dihati..
Jauh dari kebendaan, menyingkir kesesakan jiwa. .
Ombak mengalunkan zikir munajat..
Lidah & hati turut mengikut rentak alunan derusan ...
Pohon niyur melirikkan keasyikannya. .
Pengalaman mengusik jiwa siraman air mengubat sakit pahit getir ...
Kalian pasti merinduinya..
Budak mulia yang menangis serta berlari kencang dipesisiran pantai si-lawa
Ditanya angai menangis kau to'? Jawapnya "rindu aku tuhan bah"
Pasti watikah pelantikannya menjadi realiti..
Penantian yg penuh debaran!

Hasil lukisan: Niesa Anniesa
Hasil nukilan : pencinta si-lawa
With_ Persatuan Kebajikan An Nisa


Dari FB cahaya sham 5 March 2015


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10206372680339015&substory_index=0&id=1327904367


Wednesday, June 15, 2016

AMALAN MALAM LAILATUL QADAR


SOLAT SUNAT LAILATUL QADAR

Biasanya Yang Mulia Guru kami akan mengajak jemaahnya solat Sunnat Lailatul Qadr ini selepas 30-40 minit berehat dari selesai solat terawikh 20 rekaat dan 3 witir.

Cara solat sunnat lailatul qadar.

1.    12 Rakaat [ 4 + 4 + 4 ] - 3 salam  
       * setiap rakaat lepas fatihah baca
       Surah Al-Qdr + Surah Al-Ikhlas 5 x
       [rakaat 1 - 4 baca ayat yang sama ]
2.    Solat Sunat Taubat - 2 rakaat
3.    Solat Hajat serta syukur - 2 Rekaat
3.    Wirid  
4.    DOA  - mohonlah apa yang dihajati



PETUA MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

RAMADHAN 1437H

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN

PETUA OLEH IMAM GHAZALI RA DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

BAHKAN PENGALAMAN KAMI BERSAMA YANG MULIA TUAN GURU  HAJI ABDUL RAHIM ALHASSANIYYAH BELIAU MENGANJURKAN DAN MEMBAWA JEMAAH SOLAT LAILATUL QADAR SEBAGAIMANA PETUA IMAM GHAZALI RA TERSEBUT.

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I)   AHAD ATAU RABU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

II)  ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT- MALAM LAILATUL QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V)  SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Berdasar petua di atas, insyaallah malam  lailatul qadar jatuh pada malam ke 21 ramadhan bersamaan Sabtu 25hb Jun 2016.


SELAMAT BERIBADAT & SELAMAT BERTEMU MALAM LAILATUL QADAR.



Monday, June 13, 2016

Sufi Quotes _ Maulana Jalaluddin Muhammad Rumi RA







1.  “Lovers don’t finally meet somewhere. They’re in each other all along.”
2. “This is love: to fly toward a secret sky, to cause a hundred veils to fall each moment. First to let go of life. Finally, to take a step without feet.”
3. “Your task is not to seek for love, but merely to seek and find all the barriers within yourself that you have built against it.”
4. “A thousand half-loves must be forsaken to take one whole heart home.”
5. “However much we describe and explain love, when we fall in love we are ashamed of our words.”
6. “Love is the bridge between you and everything.”
7. “If you find me not within you, you will never find me. For I have been with you, from the beginning of me.”
8. “Explanation by the tongue makes most things clear, but love unexplained is clearer.”
9. “Reason is powerless in the expression of Love.”
10. “Only from the heart can you touch the sky.”
11.  “Let the beauty of what you love be what you do.”
12. “I am yours. Don’t give myself back to me.”
13. “When I am with you, we stay up all night. When you’re not here, I can’t go to sleep. Praise God for those two insomnias! And the difference between them.”
14. “I want to see you. Know your voice. Recognize you when you first come ’round the corner. Sense your scent when I come into a room you’ve just left. Know the lift of your heel, the glide of your foot. Become familiar with the way you purse your lips then let them part, just the slightest bit, when I lean in to your space and kiss you. I want to know the joy of how you whisper ‘more.'”
15. “In your light I learn how to love. In your beauty, how to make poems. You dance inside my chest where no-one sees you, but sometimes I do, and that sight becomes this art.”
16. “Goodbyes are only for those who love with their eyes. Because for those who love with heart and soul there is no such thing as separation.”
17. “Two there are who are never satisfied — the lover of the world and the lover of knowledge.”
18. “Wherever you are, and whatever you do, be in love.”
19. “Let yourself be silently drawn by the strange pull of what you really love. It will not lead you astray.”

20. “Out beyond ideas of wrongdoing and rightdoing there is a field. I’ll meet you there.”


Renungan Kalbu..

Tiada ibadah seindah SOLAT, tiada kata seindah ZIKIR, tiada hari seindah JUMAAT, tiada bulan seindah RAMADHAN.. Selamat beribadat dan mengejar malam LAILATUL QADR..





Pemimpin & Ulama....

Apabila kerosakan/musibah menimpa rakyat jelata maka seharusnya golongan ulama dan pemimpin mesti muhasabah diri dan banyak bertaubat kerana kemungkinan besar kerosakan itu berpunca daripada mereka.


Tuesday, June 22, 2010

Sifat Mahmudah #1 - Syukur

Assalamualaikum wbt diucapkan kepada semua. Mudah-mudahan hari ini semua dalam keadaan sihat sejahtera, dilindungi Allah SWT dari perkara-perkara yang memudaratkan diri. Pastinya semua makhluk sentiasa dibawah lembayung rahmatNya. InsyaAllah.

Hari ini team An Nisa ingin membicarakan topik SYUKUR. On the lighter side, mari kita teliti lirik lagu berikut:

SYUKUR - Raihan  
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat

Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia

Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya

Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Manusia sepatutnya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dalam setiap hal, tidak terbatas kepada perkara-perkara yang menggembirakan kita sahaja seperti perniagaan yang berjaya, lulus peperiksaan, menerima hadiah dan sebagainya. Para Nabi & Rasul, Sahabat RA dan para wali Allah sentiasa mengucapkan syukur walaupun menerima ujian yang berat seperti kesusahan, penyakit dan sebagainya.

Suka kami memberi contoh tentang YM Tuan Guru Tuan Haji Ghulam Hassan Al-Bikangi RA apabila menyentuh perkara ini. Setiap kali beliau mula sakit, beliau tidak gundah gulana atau mengeluh. Sebaliknya beliau mengucapkan "Marhaban! Marhaban! Wahai Penyakit". Begitulah juga dengan semua kekasih-kekasih Allah SWT, apabila Allah menguji mereka, mereka tidak sedih malah merasa semakin dekat kepada Allah SWT

Berbalik pada lirik lagu Syukur diatas,

Tanda syukur itulah taat  
Setiap tempat setiap waktu  
Syukur itu dapat dilihat  
Pada sikap dan tingkah laku  
Marilah bersama kita bersyukur  
Kepada Allah kita bersyukur

Syukurlah kita kepada Allah SWT kerana:
  1. DIA menjadikan kita sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran dan makhluk yang mulia, bukan sebagai binatang;
  2. DIA menjadikan kita sebagai seorang Islam, dan seterusnya menyembahNYA Allah yang Esa dan
  3. DIA menjadikan kita sebagai umat Khatimul Anbiya', Rasul junjungan, KekasihNya Nabi Muhammad SAW dimana Allah SWT telah berfirman sebagai sebaik2 umat
  4. Maka seterusnya ucapkanlah Syukur kerana kita dicampakkan rasa syukur di dalam hati kita - Syukur kerana dapat bersyukur

Tanda syukur itulah taat..

Sebagai tanda bersyukur atas kurniaan Allah SWT, maka seharusnya kita melakukan perkara2 yang diperintahkan olehNYA dan yang disaran oleh Rasulullah SAW. Tinggalkan perkara-perkara yang dilarang. Buat baik kepada semua makhluk seperti binatang, benda-benda jamadat, bukan sahaja baik kepada sesama manusia. Selain itu, tanda-tanda taat termasuklah banyak bersedekah, membantu orang-orang fakir miskin dan orang-orang fisabilillah.

Semoga apa yang ternukil diruangan ini hari ini menjadi peringatan buat kami dan pembaca2 yang budiman.

Wassalam