Saturday, June 11, 2016

Iktikaf atau uzlah dalam perjalanan menuju makrifatullah

MENGASINGKAN DIRI DENGAN CARA BERIKTIKAF ATAU BERUZLAH SERTA KEUTAMAANNYA sebagaimana didalam kitab Ajaran & Amalan YMTG RA karangan YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah


*Ta’rif Iktikaf

Iaitu berhenti di dalam masjid dengan niat mendampingkan diri kepada Allah SWT.

Beriktikaf itu adalah satu ibadah daripada ibadah yang terpujipada syara’. Maka tidaklah pekerjaan itu bida’ah sekali-kali,kerana telah diperbuat akan dia oleh Nabi SAW hingga wafatnya sebagaimana diriwayatkan oleh At-Termizi:

Daripada Aisyah RA, “Bahawasanya Nabi SAW adalah iaberiktikaf pada sepuluh yang akhir daripada Ramadhan hingga mewafatkan akan dia oleh Allah SWT.”

*Matlamat Iktikaf

Iktikaf bertujuan supaya manusia bersih hati dengan mengingati Allah SWT dan menghadap diri untuk beribadah kepada-Nya pada waktu-waktu yang terluang, taqarrub kepada Allah SWT, bergantung kepada kemurahan-Nya,melazimkan ibadah kepada-Nya didalam rumah-Nya (masjid).

Bertaqarrub kepada-Nya supaya hampir dengan rahmat-Nya,berlindung dengan pengawasan-Nya supaya musuh tidakdapat mengapa-apakan dia sebab kekuasaan Allah SWT adalah amat perkasa. Jadi Iktikaf adalah semulia-mulia pekerjaan dan paling disukai Allah SWT jika dilakukan dengan
ikhlas kepada Allah SWT kerana ia menunggu untuk sembahyang. Jadi keadaannya sama seperti orang yang sembahyang, iaitu berada dalam keadaan menghampirkan dirikepada Allah SWT.

*Tempat Melakukan Iktikaf

Kata Imam Nawawi RA:
“Mazhab Imam Maliki dan Syafie RA dan Imam Ahmad dan Daud RA, mengatakan I’tikaf itu tertentu di masjid sahaja tiada sah pada lainnya.”

Kata Imam Abu Hanifah RA, iaitu sah I’tikaf perempuan di dalam masjid rumahnya dan ialah tempat yang disediakan di rumahnya bagi sembahyangnya.

Dan bagi Mazhab Imam Abu Hanifah RA ialah Qaul-Qadim bagi Imam Syafie RA iaitu daif di sisi ashab (sahabat) kiat dan mengharuskan dia oleh setengah ashab Imam Syafie iaitu
bagi perempuan dan laki-laki I’tikaf di dalam masjid rumahnya.

Kata Imam Syafie dan Imam Maliki dan jumhur, sah I’tikaf pada tiap-tiap masjid. Kata Imam Ahmad tertentu ia dengan masjid yang berdiri jemaah yang diaturkan di dalamnya. Dan kata Imam Abu Hanifa RA tertentu ia dengan masjid yang disembahyangkan padanya sekalian sembahyang.

Dan kata Zuhri dan lainnya, tertentu ia dengan jami’ yang didirikan di dalamnya Jumaat. 

Niat I’tikaf:

“Sengaja aku beriktikaf di masjid ini sunat kerana Allah Taala.”

*Waktu Iktikaf

Ia sunat dilakukan pada setiap waktu sama ada dalam bulan Ramadhan ataupun pada bulan bulan lain.

Mengasingkan diri sama ada secara beriktikaf di masjid-masjid atau beruzlah di tempat-tempat sunyi seperti di hutan, dalam gua atau di padang pasir adalah menjadi intisari daripada ajaran Yang Mulia Tuan Guru RA.

Kata Yang Mulia Tuan Guru RA, bagaimanapun tinggi ilmunya,seseorang itu tidak akan faham tentang agama kalau belum dapat mengasingkan diri sekurang-kurangnya 40 hari berturut
-turut kerana Nabi SAW pernah bersabda:

“Siapa yang tidak berkata-kata melainkan beribadat selama 40 hari nescaya Allah SWT akan menjadikan di hatinya cahaya.”

Cahaya inilah kata Yang Mulia Tuan Guru RA yang dapat membezakan antara yang haq dan bathil. Kata Yang Mulia Tuan Guru RA lagi, perubahan dalam diri manusia di segi kerohanian hanya berlaku selepas seseorang itu benar-benar beribadat kepada Allah SWT selama 40 hari berturut-turut.
Jadi, siapa yang ingin perubahan dalam dirinya hendaklah ia mengasingkan diri selama 40 hari.
Mengasingkan diri daripada masyarakat itu adalah sebaik-baik jalan menuju kepada Allah SWT.

Penerangan secara terperinci ada dalam buku ATTHARIQILALLAH iaitu ‘PERJALANAN YANG MULIA TUAN GURU RA KEPADA ALLAH SWT’ mengenai masalah iktikaf dan uzlah ini.dari Kitab Ajaran & Amalan YMTGuru RA tulisan YMTuan Guru Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah.

Selamat beriktikaf sahabat2 pejuang!