Sunday, June 19, 2016

MENITI KEREDHAAN ALLAH SWT - Sifat-sifat Mahmudah & Sifat-sifat Mazmumah

Petikan dari Kitab Tasawwuf 
Karangan YM Tuan Guru Hj Abdul Rahim Al-Hassaniyyah

Dalam penitian menuju keredhaan Allah SWT yang hakiki, diri seseorang mukmin itu zahir dan bathin, haruslah dipenuhi dan dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah yang dikasihi oleh Allah.  Disamping itu segala sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat yang dicela olehNya hendaklah dijauhi sedaya mungkin.

Dalam kitab ini, skop perbahasan kita hanya untuk mengenal sifat-sifat terpuji dan sifat-sifat tercela. Sesungguhnya, penyakit-penyakit bathin yang bersarang dalam hati memang sukar untuk dikesan melainkan setelah kita menyuluhinya dengan Ilmu Tasawwuf.

Proses permulaan pembersihan hati dikenali sebagai Takhalli dan Tahalli.

Takhalli ialah proses mengosongkan hati daripada segala sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat tercela).

Tahalli pula bolehlah diertikan sebagai proses memenuhkan serta menghiasi hati dengan segala sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat terpuji), umpama sebuah ladang menebas dan menebang dahulu sebelum bercucuk tanam.

Begitu juga halnya dengan hati, membuang dahulu segala sifat-sifat mazmumah baharu dipenuhkan dengan sifat-sifat mahmudah.  Ini bermaksud hendaklah dilalui dahulu proses takhalli kemudian tahalli.  Memandangkan kedua-dua proses ini berkait rapat antara satu dengan yang lain, maka ianya berlaku dan berjalan serentak samada disedari ataupun tidak.

SIFAT-SIFAT YANG TERPUJI (MAHMUDAH)


Di antara sifat-sifat yang terpuji (sifat-sifat mahmudah) yang utama adalah seperti berikut:


1.                 Taubat        تَوْبَةُ 
2.                 Harap        رَجَآءُ   
3.                 Takut        خَوْفُ   
4.                 Zuhud        زُهْدُ    
5.                 Sabar        صَبْرٌ 
6.                 Syukur        شُكْرَ 
7.                 Ikhlas        اِخْلاَصُ   
8.                 Tawakkal      تَوَكَلُ   
9.                 Redha        رِضَآءُ 
10.              Mahabbah        مَحَبَّهُ   
11.              Tawaddhu        تَوَاضُعُ   
12.              Ingat akan mati (Zikrulmaut)  ذِكْرُالْمُوْتِ 


SIFAT-SIFAT YANG TERCELA (MAZMUMAH)

Adapun sifat-sifat utama yang dicela oleh syarak diantaranya ialah seperti berikut:

1.                   Gemarkan makan      شَرْهُ الطَّعَامِ
2.                   Gemarkan bercakap sia-sia  شَرْهُ اكْلَلاَمِ
3.                   Pemarah            غَضَبٌ
4.                   Dengki          حَسَدُ      
5.                   Kedekut            بُخْلٌ
6.                   Sukakan megah      حُبُ الْجَاهِ  
7.                   Cintakan dunia      حُبُ الدُنْيَا
8.                   Membesarkan diri          كِبْرٌ
9.                   Hairankan diri          عُجُبُ
10.                Menunjuk-nunjuk         رِيَاءُ
11.                Mendengar-dengarkan         سُمْعَةٌ
      agar dipuji

Di sisi Allah SWT, sifat-sifat yang terpuji dan tercela tidaklah terbatas kepada perkara-perkara seperti yang disenaraikan di atas. Banyak lagi pecahan dan cabang-cabangnya jika diperhalusi, namun kesemuanya dapatlah dikategorikan kepada beberapa sifat-sifat utama di atas. Hal ini jelas tersebut di dalam Al-Quran dan Al-Hadis untuk dijadikan pegangan dan panduan manusia dan jin sejagat. Ketahuilah bahawa dengan mengenal sifat-sifat terpuji, maka sifat-sifat yang tercela akan dapat disuluh dalam diri kita.