Sunday, June 19, 2016

Kebenaran dari timur


Nampaknya telah berlaku peristiwa terbaru di Malaysia iaitu kes kehilangan pesawat  #MH370.  Malaysia kini telah menjadi terkenal di seluruh dunia.


Ini bererti kebenaran akan naik di Malaysia samada dari Pulau Besar, Melaka atau Pulau Borneo, Sabah dan bukanlah dari Indonesia, Filipina atau Singapura.

Rumusan ini adalah lanjutan dari  posting awal yg telah dibuat tempoh hari seperti berikut:-

Dari Abdullah bin Al-Haris bin Juz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW, "Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi iaini tapak pemerintahannya" (Ibnu Majah)

Dari hadis ini maka jelaslah kebenaran  akan muncul dari  timur iaitu dari kepulauan Nusantara, namun Nabi SAW tidak menyatakan tarikhnya.

Kemunculan dan kedatangan wali-wali Allah ke kepulauan Nusantara ini sudahpun tercatat di dalam sejarah seperti berikut :-

Tahun 1360  Sharif 7 di kepulauan Filipina,

Tahun 1392 Sheikh Maulana Malik Ibrahim di kepulauan Indonesia,
Tahun 1495 Sheikh Maulana Ismail di Pulau Besar Melaka,
Tahun 1819 Sheikh Maulana Habib Noh di Pulau Singapura,
Tahun 1938 Sheikh Maulana Haji Ghulam Hassan di Pulau Borneo.


Para wali-wali Allah telah mendapat isyarat untuk berhijrah ke beberapa kepulauan Nusantara ini.  Sebagai contoh Sheikh Ismail sendiri telah mendapat arahan dari Rasulullah SAW ketika berada di Madinah untuk datang ke Pulau Besar, Melaka.

Wahai saudara-saudara semua, berdasarkan dari fakta-fakta di atas, ini bererti kebenaran kurun ke 15 Hijriah akan muncul samada dari kepulauan Filipina, kepulauan Indonesia, Pulau Besar, Pulau Singapura atau Borneo.

Apa yang pasti masa untuk naiknya kebenaran sudah tersangat-sangat dekat.  Maka sudahkah kita bersedia utk menyambut kemunculannya di kurun ke 15 Hijriah ini.

Dipetik dari FB cahaya sham
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10203556163167846&id=1327904367