AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI
Alhamdulillah
bersyukur kita kepada Allah SWT atas nikmatnya yang tidak terhingga sehingga
kita dapat menyelesaikan Ibadah Puasa dan seterusnya Menyambut Hari Raya Aidul
Fitri dengan penuh kenikmatan dan rasa syukur kepadaNya.
Mudah-mudahan
puasa kita dan segala amal ibadat semuanya diterima oleh Allah SWT dengan
sempurna dengan mendapat fadhilat Ramadan dan diampuni segala dosa-dosa yang
telah dilakukan. Yang diharapkan kami sekaligus kita rąikan kegemilangan kenaikan Agama Allah SWT seluruh dunia agar semua umat manusia mencapai kegembiraan yang sebenarnya. Aminn
Kita juga mengharapkan semoga hikmah puasa tersebut memberi kesan dan mendidik kita menjadi
hamba yang bertaqwa seperti mana yang dinyatakan dalam Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (Al- Baqarah 183).
Taqwa pada hakikatnya ialah mentaati perintah
Allah swt dengan penuh keimanan, keikhlasan dan pengharapan akan segala suruhan
dan laranganNya. Melakukan apa yang telah dinyatakan didalam AlQuran dan
dijelaskan didalam AsSunah dengan penuh keimanan dan meyakini akan janji-janji
Allah kepada hamba-hambanya, tanpa merasa ragu-ragu akan suruhanNya. Dan
meninggalkan apa yang dilarang itu dengan penuh kepercayaan dan merasa bimbang
akan balasan Allah swt.
Islam adalah Agama ALLAH yang didalamnya
mengandungi undang-undang & peraturan ALLAH SWT yang telah disampaikan oleh
para Nabi-nabi dan rasul dari zaman ke zaman untuk keselamatan Umat Manusia
yang diasaskan dengan Kasih Sayang dan ianya telah disempurnakan oleh Nabi
terakhir kita Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi
kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepadamu, dan Aku telah redha
Islam itu menjadi agamamu." - Surah
al-Maaidah: 3.
Nama
hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr. Nama lain
bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran.
Ia juga dinamakan "Feast of the Breaking of the Fast", Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia),
ShemaiEid (Bangladesh), Ramazan Bayrami (Turki).
Tujuan
perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan
ibadat puasa dalam bulan Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan sahaja
kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama
sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaanmenghalang diri
daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya
dilakukan akan membatalkan puasa.
Aidilfitri apabila diterjemahkan membawa maksud (kembali kepada fitrah) menunjukkan perayaan yang kita sambut ini memberi makna yang luas ertinya. Selepas kita membersihkan diri di bulan Ramadhan dengan pelbagai ibadat, membaca al-Quran, sedekah, qiamullail dan sebagainya. Maka apabila berakhirnya Ramadhan umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, dengan maksud kembali kepada asal fitrah dijadikan manusia, sebagaimana bayi yang baru di lahirkan dalam keadaan fitrah, suci dari segala perkara-perkara maksiat.
Berikut adalah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah SAW sempena
menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
1.
Menghidupkan malam Aidil Fitiri
- Bertakbir- Sabda Rasulullah saw : hiasilah Aid kalian dengan Takbir.
Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa mengucapkan SUBHANALLAH WABIHAMDIHI pada
hari Aidil Fitri sebanyak 300X, dan menghadiahkannya untuk ummat muslim maka
masuklah pada setiap kubur 1000 cahaya, dan Allah jadikan dikuburnya kelak
baginya bila ia wafat 1000 cahaya pula
Barangsiapa yg menghidupkan malam Aidul Fitri dengan Tahajud, mengingati dosa dan bertafakkur, maka Allah akan membuat hatinya terus hidup pada saat matinya semua hati. (Sumber - Mukasyiaftulquluub - Imam Ghazali bab Fadhlul Ied)
2. 2. Bertakbir.
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena
Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari
Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah
selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman
Allah S.W.T:
"Supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah
(dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya
kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga
disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju
ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin
al-Albani RA:
"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya
Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan
suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun
kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – Rujuk Kitab Meneladani Rasulullah
S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari,
ms. 32
Bertakbir sejak mula
keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan
yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.
3.
Lafaz ucapan selamat pada hari raya
Aidilfitri.
Majoriti amalan umat
Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran
dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa
yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah
Nabi SAW adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar
al-'Asqalani RA yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat
Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada
yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’
(Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” –
Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271.
Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.
4.
Mandi pada pagi hari raya.
Disunnahkan mandi di
pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke
tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib RA pernah ditanya
mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
"Tidak harus melakukannya.
Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari
Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat
Imam Syafie RA di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.
5.
Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan kaum
muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri.
Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada
hari raya. Menurut al-Muhallab RA:
"Mengenai hikmah
menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang
tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri
dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam
ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.
Kebiasaannya,
Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari
raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk
dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja.
Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan,
sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik
RA berkata:
“Rasulullah s.a.w
tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa
biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku
bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” -
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak
memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain
terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan
sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.
6.
Memakai pakaian yang indah.
Disunnahkan kaum
muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam
Syafier RA berkata:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai
pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat,
dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti
majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai
wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam
al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.
Pakaian putih elok sekali dipakai
ketika mengerjakan sembahyang terutama di masjid. YM Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Al Bikangi RA menganjurkan
para pengikutnya supaya memakai pakaian putih seperti jubah atau gamis dan
serban terutama ketika mengerjakan sembahyang. Firman Allah SWT:
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid." (Surah Al-Araf : 31)
Nabi SAW bersabda "Yang terbaik pakaian ziarahmu kepada Allah, pada kubur-kubur kamu dan masjid-masjid kamu adalah putih." (Riwayat Ibnu Majah RA)
Yang Mulia Tuan Guru RA memilih dan menyukai pakaian berwarna putih. Kata YMTG
RA walaupun Nabi SAW telah memakai pakaian lain-lain warna tetapi Nabi SAW
hanya menganjurkan umatnya memakai pakaian putih dan menjadikannya kapan bagi
orang mati. Pakaian putih melambangkan kesucian, kebersihan atau fitrah
manusia.
Sebab itu adalah sunat dipakai
pakaian putih itu oleh orang yang hidup serta orang yang mati sebagai kapannya.
Sabda Nabi SAW:
“Pakailah olehmu pakaian yang
putih, maka sesungguhnya baju putih itu paling suci dan bersih, dan kafankanlah
olehmu padanya akan orang-orang mati kamu."
Hadis ini menunjukkan bahawa
bukan sahaja sunat bagi orang mati dipakaikan kapan putih tetapi orang hidup
juga disunatkan memakainya.
7.
Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan
solat hari raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke
tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib RA:
"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan
kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum
berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam
Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu
menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam
syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding
menaiki kenderaan.
8.
Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi
dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza
ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah
RA berkata:
"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada
hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam
Sahihnya, no: 986. kesalahan-kesalahannya." -
Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.
9.
Tempat perlaksanaan solat hari raya.
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan
lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat
melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia
melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah
Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a
berkata:
"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha,
Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang
dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang
solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam
Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di
musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat
hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah
seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua
muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan
berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka
semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan
satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan
tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati
mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang
telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna
bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat,
Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.
Alhamdulillah pengikut YMTGURU RA di Lahad Datu dan kg Babusalam, Semporna d Sabah telah kelihatan telah melaksanakan seruan Nabi SAW sokat dua hari raya ini di tanah lapang. Mudah-mudahankami berdoa seluruh penduduk Malaysia akan turut mengikut cara ini yang nampaknya sangat meriah, berukhwah dan terlihat kesatuan umat islam dipandangan kita sendiri dan orang lain.
10.
Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang paling utama dalam
menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat
oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari
raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat.
Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." -
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah
mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri RA berkata:
"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha,
Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan
oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian,
baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam
saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah
kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat
al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau
mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya,
sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan
meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib RA berkata:
"Aku pernah menghadiri solat hari raya
bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami
akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh
duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." -
Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.
11.
Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
Rasulullah s.a.w
sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila
munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah
sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main
(bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata:
Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang
menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi:
Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik,
iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” -
Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.
12.
Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada
Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan
lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa
setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya,
no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di
bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan
berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2
Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan
pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie RA. Namun, seseorang bebas memilih
mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun di
akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau
berpisah-pisah.
rujukan :
- Kitab Agama ALLAH Rahmat & Penyelamat Seluruh Alam tulisan YMG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah.
- Kitab Ajaran dan Amalan YMTG RA tulisan YMG Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah
- http://akob73.blogspot.my/2008/09/amalan-amalan-sunnah-untuk-aidilfitri.html