Monday, June 20, 2016

Janji Allah benar!

Islam tiada keraguan kpdnya ia tetap menjanjikan keamanan, kesejethraan dan keadilan tetapi masalahnya kita....... terutamanya golongan alim ulama dan pemimpin. Kedua-dua golongan ini hendaklah berusaha menegakkan Islam. Ulama hendaklah dihormati dan didengar nasihatnya bukan mendengar nasihat pemimpin. Dikalangan ulama yg berselisih pendapat hendaklah diadakan muzakarah mencari penyelesaian berpandukan aliran ahli sunnah wal jamaah dikalangan mereka bukan dengan publik. Undang2 Islam hendaklah ditegakkan jangan ditangguh sebab ia sesuai utk semua masa, semua tempat dan semua orang. Ianya menjamin kehidupan dan kebebasan semua orang agar semua selamat dunia dan akhirat. Motif Islam hanya satu agar setiap individu akan selamat di dunia dan akhirat.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan".

 az-Zumar:54

Ini pandangan saya yg jahil ni.

dari fb Hadi Hasan