Inilah masjid awal YMTG RA yang terletak di Bandar Lahad Datu, Sabah, Masjid inilah yang dipertahankan oleh beliau kerana hendak diroboh pihak Jabatan Agama. Alhamdulillah binaan dan tulisan penanda yang dikarang YMTGRA masih kekal ke hari ini.
Arahan YMTG agar tidak mengutip wang di dalam masjid adalah dilarang sama sekali. Ini adalah kerana hukum dari ALLAH SWT, termasuk di dalam undang-undang dan peraturan tuhan. Hari ini kita lihat di kebanyakan masjid membuat kutipan duit. Pasti ada hikmah dan rahsia tentang tuhan melarang berbuat demikian di dalam masjid kerana ianya membawa maksud tiada urusan dunia di dalam masjid. Perhatian untuk ibadat semata-mata untuk hari akhirat dan tumpuan untuk beribadat dapat diberi sepenuhnya. Masjid adalah rumah ALLAH SWT. Lagi pun saya fikir urusan masjid dibawah pembiayaan kerajaan negeri justeru tiada soal kekurangan dana atau kewangan untuk mengemaskini apa jua urusan Masjid ataupun baiki pulih masjid.
Pastinya banyak lagi rahsia yang perlu diberi penerangan kepada semua umat manusia zaman ini. Ulama perlulah memperjelaskan kepada orang awam larangan ini, agar mereka segera meninggalkan dan yang utama semua pihak masjid perlulah membuat arahan sebagaimana yang telah YMTG RA lakukan.