dari blog http://cintasayangku.blogspot.my/2010/06/siapa-mujaddid-kurun-ke-15.html
THURSDAY, JUNE 10, 2010
Siapa Mujaddid Kurun ke-15?
Kurun ke 15 Hijrah kini sedang membawa kita melalui peringkat-peringkat awalnya kurun, yakni 1408 hinggalah ke tahun 1425. Maka sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah, tentu akan lahir seorang Mujaddid sekitar tempoh ini ataukah sudah lahir? Di sini saya akan cuba menentukan siapa Mujaddid kurun ini. Mula-mula mari kita analisa masalah umat Islam kini. Dari situ dapatlah kita tentukan apakah kelayakan-kelayakan yang mesti ada pada mujaddid abad ini.
1. Di seluruh dunia umat Islam sedang berpecah-belah. Dalam soal aqidah sahaja terbahagi kepada 73 puak.Sudahlah perpecahan dalam keyakinan dan pegangan hidup, perpecahan fikiran, perpecahan politik dan ukhwah Islamiah, lebih dahsyat lagi umat Islam kini sedang bercakar dan berperang sesama sendiri.
2. Rata-rata umat Islam kini jahil tentang agama sendiri. Akibat dari itu, ajaran Islam tidak dijadikan amalan hidup. Sebaliknya amalan-amalan syaitan dijadikan ikutan. Judi, arak, pergaulan bebas, pendedahan aurat, menindas, menzalim sudah jadi perkara biasa dalam masyarakat Islam Sembahyang dicuaikan, akhirat hampir-hampir tidak disebut lagi. Dunia dijadikan matlamat dan diburu pagi petang siang malam. Penyakit ini ditambah oleh sikap ulama-ulama yang turut sama memburu dunia, lalai, lupa untuk mendidik umat dan lupa untuk perjuangkan agama Allah. kalau ada yang berjuang, terlalu kasar, terlalu memikirkan dosa orang lain. Anak isteri terbiar, tidak dididik cara Islam, rumahtangga macam muzium penuh dengan lambang kesombongan. Ulama-ulama yang ada pengikut pula tidak bersungguh-sungguh mendidik pengikut tentang ilmu-ilmu ibadah dan akhlak. Tenggelam dalam sanjungan pengikut, banyak tolak-ansur kerana hendak ambil hati.
3. Musuh-musuh Islam yakni Yahudi, Kristian dan Komunis mempunyai kekuatan yang jauh gagahnya dari umat Islam. Bukan saja tidak tertanding, bahkan umat Islam sudah dikalahkan, ditawan dan diperkotak-katik oleh musuh dalam semua hal; ketenteraan, politik, ekonomi, ilmu pengetahuan dan lain-lain. Tentang senjata misalnya, musuh telah mencipta alat pembunuh manusia yang cukup moden, dahsyat dan menakjubkan. Sedangkan umat Islam kalau ingin, kenalah beli dari musuh-musuh tadi.Dalam pada itu musuh-musuh itu, Komunis dan Kristian menjadi dua kuasa besar yang mana kedua-duanya sangat ditakuti oleh umat Islam.
4. Pembesar-pembesar Islam hidup berpoya-poya dan saling jatuh menjatuhkan kerana hasad dengki dan merebut harta dunia.
Demikianlah teruk dan hinanya umat Islam kini. Tamadun Islam hancur lebur, perpaduan Islam pecah berkecai dan iman tandua di dada umat ditambah dengan kemiskinan, kejahilan, kelemahan dan kejahatan umat Islam kini hampir-hampir mustahil rasanya kedaulatan Islam dapat dikembalikan ke dunia ini. Bagaikan seorang manusia yang ditimpa macam-macam penyakit berat seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, batuk kering, jantung berlubang, paru-paru berair, buah pinggang sakit, mustahil rasanya boleh hidup lama lagi.
Dalam sejarah Islam, belum pernah umat Islam seteruk ini. Memang pernah kalah, tapi masih boleh bangun bettahan. Tapi kekalahan yang dialami sekarang, sungguh berat sekali. Umat Islam kebanyakannya bukan saja tidak ada lagi semangat jihad untuk bangunkan kembali Islam, malahan merasa tidak senang dengan Islam. Undang-undang atau hukum-hukum Islam dipersoalkan, kemampuan Islam diperkecilkan dan perjuangan Islam dipermainkan dan diketawakan. Begitulah berjayanya musuh. Tawanan bukan setakat soal-soal lahiriah, tapi telah menjangkau ke alam rohani dan fikiran umat Islam.Sedikit sekali bilangan umat Islam dalam dunia ini yang cintakan Islam dan yang berharap agar Islam kembali berkuasa di bumi.
Dalam keadaan ini, siapakah yang boleh diharapkan untuk mengangkat Islam kembali ke takhta kemuliaannya? Mana ada di dunia hari ini seorang pemimpin yang kepimpinannya diterima dan diikuti ofeh semua orang. Di Malaysia saja, tiada seorang pemimpin Islam yang diterima bersama oleh umat Islam. Bahkan pemimpin dalam satu harakah pun tidak diterima oleh semua ahli. Ada yang terima pemimpin nombor dua. Ada yang terima pemimpin nombor tiga. Begitulah hakikatnya. Apa lagi di dunia, Sesungguhnya kita sangat memerlukan seorang Mujaddid.
1. Seorang pemimpin yang mempunyai kekuatan rohaniah dan lahiriah yang setanding dengan kegagahan musuh. Ertinya seorang yang ada karomah (sebagai bantuan dari Allah) disamping kelengkapan-kelengkapan dan peralatan-supaya ditakuti musuh.
2. Mempunyai kuasa memerintah untuk memimpin umat sedunia yang dahagakan kepimpinan Islam yang tulin. Tanpa kuasa memerintah, adalah mustahil untuk didaulatkan kembali undang-undang Islam di tengah-tengah masyarakat dunia hari ini.
3. Mempunyai angkatan tentera yang dibantu oleh Allah secara karomah atau ma’unah.
4. Mempunyai ilmu pengetahuan bertaraf mujtahid yang luas mencakup bidang falsafah, ideologi dan ism-ism keseluruhan mazhab-mazhab aqidah mahupun feqah, tentang teknologi dan pembangunan dan apa juga persoalan ilmu yang benar-benar berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Agar segala persoalan atau ‘ism dan mazhab yang mengkucar-kacirkan umat hari ini dapat diselesaikan.
5. Mempunyai daya kepimpinan yang luar biasa, yang boleh menundukkan jutaan kepala manusia yang sudah begitu liar dan sombong hari ini.
6. Mempunyai taqwa yang sejati agar tidak dapat dilemahkan oleh tipuan dan mainan dunia hari ini.Agar tidak dapat dilemahkan dengan kekayaan, dengan jawatan, dengan perempuan, dan dengan 1001 macam putar belit Yahudi secara halus lagi saintifik.
7. Mempunyai kebijaksanaan dan hikmah yang tinggi agar dapat menjinakkan manusia kini yang sudah bertuhankan nafsu dan syaitan dan yang sudah bergelumang dengan segala bentuk keji dan mungkar.
8. Merupakan abid yang menghidupkan malam untuk Tuhannya dan siang untuk jihad fisabiliilah.
9. Disegani oleh penguasa-penguasa dunia.
Begitulah antara ciri-ciri penting yang mesti ada pada mujaddid kurun ini.Tidak keterlaluan rasanya kalau saya katakan bahawa mujaddid itu hendaklah seorang yang menjadi bayangan Rasulullah S.A.W, khatamul ambiya’. Kerana kehancuran dunia hari ini lebih dahsyat dari apa yang terjadi sewaktu kelahiran Nabi Muhammad S.A.W itu. Jadi sudah munasabah mujaddid kurun ini ialah seorang yang mempunyai segala-gala kelebihan luar biasa dibanding dengan mujaddid sebelumnya. Dia bertaraf mujaddid, mujtahid, dan khalifah.
Saya berkata demikian kerana memandangkan, kerosakan umat hari ini sudah terlalu teruk. Kalaulah mujaddid kurun ini bukan mujaddid akhir, atau bukan pilihan segala mujaddid, hanya mujaddid biasa sebagaimana mujaddid-mujaddid sebelumnya, dunia tidak akan dapat diselamatkan. Kalau begitu kita terpaksa tunggu 100 tahun lagi untuk kelahiran seorang yang diharapkan itu. Walhal dunia ini terus tenggelam dalam kedurjanaan manusia. Apakah jadi pada umat Islam 100 tahun lagi? Tidak mustahil waktu itu tiada lagi orang yang ingin menyebut nama Allah. Al Quran dan Hadis tidak berharga lagi. Mudah-mudahan itu tidak berlaku. Tentu Allah tidak akan biarkan agamanya diperhinakan begitu sekali. Lantaran itu saya berkeyakinan dan berdoa agar biarlah mujaddid kurun ini ialah mujaddid teragung yang akan memerintah dunia untuk mendaulatkan kembali undang-undang Allah di bumi ini. Dan akan mengalahkan musuh-musuh Allah.
Sesungguhnya keyakinan dan harapan saya ini telah diperkuatkan oleh ijtihad lmam Sayuti rahimahumullahu taala, mujaddid kurun 9 dengan katanya dalam tulisan beliau, dalam kitab ‘Kasyaf’, “Umur dunia 7000 tahun dikira dari Nabi Adam hinggalah ke alamat kiamat yang besar."
Umur dunia ini semenjak zaman kebangkitan Rasulullah hinggalah alamat hampir hari kiamat masanya 1407.
Memandangkan kita sekarang di awal kurun 15 hijrah, maka kalau benarlah ijtihad lmam Sayuti itu maka kini kita berada di kurun akhir. Ertinya tidak lama lagi akan berlakulah kiamat. Maka sebelum itu, kita yakin berlakulah nanti apa yang disabdakan oleh Rasulullah:
Maksudnya:
Dari Zarr dari Abdullah dari Nabi S.A. W sabdanya yang bererti: “Jika tidak tinggal dari dunia melainkan sehari sahaja nescaya Allah S. W.T memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku yang namanya menyerupai namaku dan nama bapanya menyerupai nama bapaku ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. ” ( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi )
Dalam hadis lain baginda menyebut lagi tentang lelaki itu:
Maksudnya:
Dari Abu Said Al Khudri yang berkata bahawa Rasulullah S.A. W telah bersabda, “Mahdi ialah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana ianya dipenuhi kezaliman dan kekejaman dan ia memerintah selama 7 tahun. ” ( Riwayat Abu Daud dan Hakim.)
Seterusnya dalam soal yang sama Rasulullah menyatakan:
Dari Jabir r.a katanya : Rasulullah SAW telah bersabda "Akan ada pada akhir umatku seorang khalifah yang membahagikan harta dan tidak menghitungnya." ( Riwayat Muslim )
Dari Abi Said dan Jabir r.a dari Rasulullah SAW sabdanya " Akan ada pada akhir zaman khalifah yang akan membahagikan harta dan tidak menghitungnya." ( Riwayat Muslim )
Rasulullah SAW memberitahu bahawa sebelum kiamat akan lahir seorang khalifah yang akan memerintah dunia dengan meratakan keadilan dan saksama. Lelaki itu ialah Imamul Mahdi. Sekarang masanya sudah tiba untuk dunia ini menerima kedatangan yang agung itu. Maka saya berkeyakinan Mujaddid kurun yang akhir ini ialah orang yang ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah iaitu Mahdi Al-Muntazar ( Mahdi yang ditunggu-tunggu )