Kenapa kurun ke15 Hijrah itu
dianggap kurun paling indah mengatasi era Imam Mahdi, tetapi mengapa seolah-olah kurun ini di rahsiakan? Kenapa?
Kurun ke15 hijrah dikatakan
kurun paling indah kerana ianya akan kembali ke era seperti pemerintahan Khilafah
atas manhaj Nubuwwah, inilah yg dimaksudkan oleh Nabi SAW ini dan ianya belum
lagi era Imam Mahdi mengikut hadis Nabi SAW:
“Periode kenabian akan
berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya.
Setelah itu datang periode khilafah “aala minhaj nubuwwah” (kekhilafahan sesuai
manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah Ta’ala mengangkatnya.
Kemudian datang periode “mulkan aadhdhan” (penguasa-penguasa yang menggigit)
selama beberapa masa. Selanjutnya datang periode “mulkan jabbriyyan”
(penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu
yang ditentukan Allah ta’ala. Setelah itu akan terulang kembali periode khilafah
“ ‘ala minhaj nubuwwah”. Kemudian Nabi Muhammad saw diam.” (HR Ahmad; Shahih).
Diam Baginda SAW adalah
kerana ini adalah tempoh yang dirahsiakan khususnya dari Iblis laknatullah, itulah
sebab para Sahabat RA tidak diilhamkan Allah SWT untuk bertanya kenapa Nabi SAW
diam, agar Iblis tidak dapat meneka dengan tepat bila, dimana dan siapa “Penegak
Kebenaran” itu kerana tentulah dia cari jalan untuk menggagalkannya. Ini
bermakna “Penegak Kebenaran” itu mendapat perlindungan Allah SWT. Zaman inilah
yang dikatakan zaman Kebangkitan Islam dalam Bahasa Inggeris yang sering pihak
ABIM perkatakan dahulu “the rising tide of Islam”.
Didalam hadis diatas
jelas periode Khilafah yang berjalan atas manhaj Nubuwwah ini tidak ada
disebutkan tentang peranan Imam Mahdi, ini menunjukkan bahawa era ini adalah
kebangkitan Islam sesuai sebagaimana dengan ayat-ayat Al-Quran Surah Al-Fatah dan Surah At-Taubah akan menjadi agama
Islam itu dimenangkan dan ditinggikan atas semua agama sebelum era Imam Mahdi.
Surah.Al-Fatah ayat 28:
وَ الَّذِي أَرْسَلَ
رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا
(Allah yang menyatakan
itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah
petunjuk dan Agama yang benar (Agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan
meninggikannya atas segala bawaan Agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi
Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).
Surah At-Taubah ayat 32-33
{يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ_ هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
Mereka berkehendak
memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah
tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang
kafir tidak menyukai.
Dialah yang telah mengutus
RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk
dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak
menyukai.
Imam Mahdi
tidak dianggap sebagai era kebangkitan atau kegemilangan sebab pertama
tempoh pemerintahannya singkat (selama 7 tahun) kedua eranya itu berada
diambang kiamat. Lalu apakah peranan beliau sebenarnya? Peranan beliau
sebenarnya adalah sebagai penutup Risalah KeRasulan yang dimulai oleh
Rasulullah SAW, Khulafah ArRasyidin, Para Sahabat RA, Tabiin, Ittabiin
dan Ulama-ulama Mujtahidin yg merupakan pelopor 3 sendi ilmu dalam Islam iaitu Fiqh,Tauhid
dan Tasawuf. Kemudian para Ulama-ulama yang bertebaran keseluruh dunia untuk
menyebarkan Islam. Ini adalah fasa pertama Risalah KeRasulan asas
dan penyebaran.
Fasa kedua adalah era
Kebangkitan dan kegemilangan ISLAM seperti didalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis
yang dibahaskan diatas.
Fasa ketiga adalah fasa penutupan Risalah KeRasulan yang disempurnakan
oleh Imam Mahdi diambang kiamat. Beliaulah yang diberi penghormatan menutup Risalah
KeRasulan. Perlu diingatkan tiada Rasul selepas Rasulullah SAW tetapi yang ada
adalah penerus panji atau Risalah KeRasulan itu. Mereka inilah yang layak
dipanggil sebagai Ulama-ulama Pewaris Nabi. Bukan semua orang yang layak
dipanggil Ulama Pewaris Nabi, bukan Ulama selebriti, bukan PU (pencetus umah), bukan
Imam Muda, bukan Daei dan lain-lain ulama yang mencari populariti seperti
sekarang ini. Tetapi ulama-ulama ini adalah yang menerima pertunjuk terus
daripada ALLAH SWT dan diberikan tugas khas, sebab itulah mereka dipanggil
Ulama Mujtahidin iaitu yang menerima Petunjuk daripada ALLAH SWT.
Siapakah Ulama? Rasulullah
SAW bersabda:
الْعُلُمَاءُ
وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ
“Ulama adalah pewaris
para nabi.”
(HR
At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda RA)
Disokong oleh hadis Pemegang Panji Hitam dari
Timur. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta Kebenaran. Kenapa?
Sebagaimana kata Yang Mulia Guru kita ayat Al-Quran ini belum sampai
objektifnya sebagaimana didalam Surah Al-Anbia ayat 107
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ
إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami
mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam.
Ini adalah kerana Agama Islam belum menjadi agama dunia, sekaligus bermakna Undang-undang & Peraturan Islam yang didasarkan atas belas kasihan dan kasih sayang belum dilaksanakan diseluruh dunia. Penduduk Islam Cuma terdapat 1/6 daripada penduduk dunia. Sebab itulah manusia belum menerima apa yang dikatakan Nabi SAW itu sebagai Rahmat bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam.
Perhatikan ayat Quran
"a’lamiin" adalah kata jamak/plural bagi alam ini membawa maksud
banyak alam. Apakah alam-alam itu?
1.
Alam manusia;
2.
Alam jin;
3.
Alam binatang;
4.
Alam tumbuh- tumbuhan; dan
5.
Alam jamadat/non living
thing.
Hanya apabila Islam menjadi Agama dunia dan undang-undang & peraturanNya terlaksana secara menyeluruh baharulah keamanan, keadilan, kasih sayang, kesejahteraan dan persaudaraan terjalin didunia ini. Akan berhentilah segala bencana dan malapetaka, penyakit-penyakit ganjil akan terhapus maka akan terjadi perdamaian dan genjatan senjata sehingga dunia ini menjadi rumah atau syurga bagi umat manusia. Itulah baru dikatakan Nabi SAW yakni Agama Islam itu menjadi Rahmat bagi semua alam. Bilakah terjadi keadaan sedemikian? Ianya akan berlaku dikurun ke15 hijrah.
Perhatikan ayat kedua dalam
Surah.Al Fatah (48/28):
وَ الَّذِي أَرْسَلَ
رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا
(Allah yang menyatakan
itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah
petunjuk dan Agama yang benar (Agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan
meninggikannya atas segala bawaan Agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi
Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).
Hujahnya sama seperti diatas.
Islam sekarang masih belum menjadi Agama dunia kerana baru 1/6 memeluk
Islam, oleh itu belum "dimenangkan atau ditinggikan dari atas semua
agama”. Akan tetapi ianya akan tetap menjadi kenyataan kerana ini janji Allah!
Ini pasti terjadi, tiada keraguan.
Perhatikan ayat Surah Ar Rum
ayat 6
وَعْدَ ٱللَّهِ ۖ لَا
يُخْلِفُ ٱللَّهُ وَعْدَهُۥ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
(Sebagai) janji yang
sebenarnya dari Allah SWT. Allah SWT tidak akan menyalahi janjiNya, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Era Kebenaran itu kata Yang
Mulia Guru kita akan berlangsung sehingga 700 tahun lamanya yakni selama 7
kurun, barulah dikatakan Islam itu mmerintah dunia dan menjadi Agama dunia.
Inilah era Kebenaran dan ini tidak terjadi pada zaman Imam Mahdi AS kerana
pemerintahan beliau dalam hadis hanya berlangsung selama 7 tahun bukan 700 tahun.
Lagipun jika ini zaman Imam Mahdi bermakna kita diambang kiamat (yang
sepatutnya kita saksikan alamat-alamatnya seperti kemunculan dajjal, yakjuz
makjuz, binatang dari bumi, turunnya Nabi Isa AS, dsb).
Daripada Abdullah Haris b Jaz-uz Zabidi RA ia berkata: akan keluar manusia dari Timur lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahadi (yakni tapak pemerintahannya) HR Ibnu Majah
Jelas asas pemerintahan Imam Mahdi itu diera Kebenaran dan digerakkan oleh manusia dari Timur.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah RA ia mengatakan orang dari Timur itu "mempersiapkan segala urusan
untuk Imam Mahadi yakni pemerintahannya"
Oleh itu, inilah masa dan ketikanya era Kebenaran abad ke 15 kerana telah berlaku kerosakan disana sini, bencana alam, penyakit ganjil, Islam ditindas walaupun di negara sendiri, perang saudara, penindasan, kezaliman, penipuan kapitalis dan lain-lain tetapi semua ini akan berakhir kerana Kebenaran telah ada di ambang pintu.
Perhatikan ayat Surat Al Fatah “cukuplah
Allah menjadi Saksi tentang Kebenaran yang dibawa oleh NabiNya…”
Persoalannya, kenapa Allah SWT berfirman sedemikian?
Kebenaran yang dikatakan oleh Allah SWT itu telah
dimaktubkan dalam Al-Quran dizaman KeNabian SAW lagi, sedangkan waktu itu
Kebenaran itu belum terjadi, namun Allah SWT telah menyatakannya awal-awal lagi
tentang Kebenaran ini maka terpulanglah kepada umat Islam samada mereka percaya
atau tidak, namun janji Allah SWT itu benar! Gaya bahasa ini seolah-olah
seperti kita membawa satu berita benar tapi kita tak punya bukti, sudah tentu
kita akan berkata “Demi Allah saya bercakap benar” yakni kita sandarkannya kepada
Allah SWT. “Percaya atau tidak kau punya pasal” lebih kurang dalam bahasa
pasarnya. Uslub atau gaya bahasa yg digunakan Allah SWT kepada ayat ini membuat
penekanan dan huruf “wau-و” yang digunakan itu adalah wau qasam bermaksud 'dan: sumpah’ bukannya wau 'wasal/dan: penyambung'. Para ustaz-ustaz yang mahir dalam soal
ini.
Kesimpulannya oleh kerana Kebenaran yg dikatakan
Allah SWT itu belum terjadi atau lama lagi terjadi maka Allah SWT bersumpah
dengan DiriNya kepada Kebenaran yang dibawa oleh Nabi SAW yang terjadi dizaman
ini iaitu pada kurun ke15 hijrah, dan cukuplah Allah menjadi Saksi ...
Sekian.
Tulisan Tuan Haji Benjamin AlHassaniyyah.