Showing posts with label kebenaran. Show all posts
Showing posts with label kebenaran. Show all posts

Wednesday, October 4, 2023

NUSANTARA PENGASAS KHILAFAH TERAKHIR

NUSANTARA PENGASAS KHILAFAH TERAKHIR

Segala puji bagi Allah SWT yang  telah mengutus Rasulullah SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam, salawat dan salam atas Baginda Nabi SAW petunjuk bagi sekalian alam dan begitu juga atas Ahlul Bait dan para Sahabat Baginda SAW.

Nusantara adalah merupakan gugusan kepulauan melayu.

Ketika tanah menyatu dengan air, maka jadilah nusantara tanah air melayu. Ketika ilmu syariat menyatu dengan ilmu hakikat, maka bangunlah nusantara TANAH AIR MELAYU sebagai PENGASAS KHILAFAH terakhir. Apabila warna hitam menyatu dengan warna biru, maka jadilah seluruh dunia sebagai TANAH AIR  ISLAM.

Majoriti pendakwah yang datang ke Nusantara adalah dari Ahlul Bait.  Mereka adalah merupakan Ahlul Sufi dan Wali Allah. Mereka bertugas menyatukan ilmu syariat dengan ilmu hakikat sebagai foundisi yang kuat dan kukuh untuk kebangkitan umat Islam di akhir zaman yang akan muncul daripada nusantara. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Haris yang bermaksud: "Akan muncul orang-orang dari Timur lalu mereka mempersiapkan atau merintis untuk imam Mahdi RA iaitu pemerintahannya" (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Pemerintahan Al Mahdi adalah Khilafah terakhir iaitu pemerintahan Kerajaan Langit, pemerintahan seluruh dunia (Kingdom Of Heaven).

Warna hitam adalah merupakan warna simbolik bagi tanah, manakala warna biru adalah merupakan simbolik bagi laut. Apabila warna hitam menyatu dengan warna biru iaitu ketika pemerintahan tanah beralih kepada pemerintahan laut yakni apabila orang laut memerintah nusantara maka ketika itulah bangunlah nusantara sebagai pengasas Khilafah yang terakhir yang sekaligus menjadikan seluruh dunia sebagai tanah air Islam.

Inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Sauban RA yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagi ku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu  aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya pemerintahan umat ku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagi ku iaitu seluruh dunia".  (Hadis riwayat Muslim).

Ketika tentera darat bersatu dengan tentera laut barulah ketika itu Sultan Muhammad Al Fathi dapat menawan Constantinople sebagaimana yang diisyaratkan oleh Baginda Nabi SAW dalam hadisnya. Maka penentu kemenangan Sultan Muhammad Al Fathi itu datangnya dari tentera laut. 

Islam akan menjadi agama dunia mengatasi seluruh agama. Sebagaimana dijanjikan Allah Taala dalam surah Al Fath ayat 28: 

 هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِيدٗا 

"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi."

Ini pasti akan terjadi di kurun ke 15 Hijrah ini. Sama-samalah kita menantikannya dengan sepenuh semangat keimanan.

Wednesday, July 7, 2021

KITAB-KITAB TULISAN YANG MULIA TUAN GURU HAJI ABDUL RAHIM AL-HASSANIYYAH

 Bagi mereka yang mencintai jalan kebenaran dan bagi mereka yang mencari kebenaran, kitab-kitab ini akan memberi jawapan ke hati pembaca untuk memahami kebenaran abad ke 15 yang dirintis oleh Yang Mulia Tuan Guru Hj Ghulam Hasan AlKhatamul Muhamadiyyah Al-Bikangi RA (YMTGRA).

Kitab-kitab ini ditulis dengan Bahasa yang mudah difahami oleh Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah, pewaris YMTGRA menyingkap segala persoalan-persoalan yang sedang berlaku mutakhir ini.

Dapatkan kitab-kitab ini dengan menghubungi wakil-wakil kami dibawah ini :-

 

Semenanjung:


Dr Dalhadi Hj Hasan  +60 13 855 1521 

En Basseri Hj Ismail  +60 19 252 1396 

Pn Nooraini Hj Abu Samah  +60 12 317 5493

Hjh Noor Sham Hj Abdullah +60 19 288 1466

Pn Nor Rasyidah Hj Mustapha +60 19 240 1425


Sabah:

En Mohd Akramin Hj Jalaluddin

+60 12 225 8994 (Kota Kinabalu)

Hjh Hidayah Hj Darwish

+60 14 650 1056 (Semporna)

Pn Junaidah Hj Boss

+60 10 383 7012 (Lahad Datu)


















Saturday, February 8, 2020

Mesej Penting Yang Mulia Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah

Mesej penting dari Guru Mursyid kita Hj Abdul Rahim AlHassaniyyah utk semua umat Nabi SAW...


ZAMAN KENABIAN BERULANG

Di akhir zaman ini kezaliman, penindasan, pembunuhan, kekufuran, kesyirikan dan kaum Luth telah melampui batas sedangkan pemimpin dan ulama dikalangan umat Islam tidak ramai yang bangun menegakkan kebenaran, mengajak seluruh umat manusia kembali kepada Allah SWT serta memberi peringatan tentang azab Tuhan yang akan menimpa orang-orang yang ingkar terhadap Allah SWT dan RasulNya SAW. Bahkan ada dikalangan pemimpin dan umat Islam itu sendiri terlibat secara langsung atau tidak dengan perbuatan kebatilan.  Ini disebabkan ramai umat Islam yang terkeluar dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Oleh yang demikian tidak hairanlah kalau  Allah SWT  menimpa azab yang sama seperti umat-umat terdahulu. Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 8:

وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَ

“tetapi jika kamu kembali (melakukan kejahatan) nescaya Kami kembali (mengazabmu)”

Walaupun ayat ini ditujukan kepada Bani Israel tetapi ia juga membawa pengertian yang umum. 

Kini kita telah masuk zaman Nabi Nuh AS dimana orang-orang melakukan kerosakan serta tidak beriman kepada Nabi Nuh AS bahkan mengejeknya  semua ditenggelamkan dalam air bah yang menimpa seluruh dunia.  Orang-orang beriman serta binatang yang berpasang-pasangan selamat daripada azab Allah SWT itu dengan menaiki bahtera Nabi Nuh AS.  Oleh kerana keingkaran dan pengejekan terhadap Nabi Nuh AS dan agama yang dibawanya iaitu agama Allah, agama Islam menyebabkan turunnya bala berupa air bah yang menenggelamkan semua umat Nabi Nuh AS yang kafir itu. 

Keingkaran dan pengejekkan itu telah berulang di zaman ini terhadap agama Allah iaitu agama Islam serta RasulNya (Nabi Muhammad SAW). Tetapi kali ini Allah SWT tidak mengazab orang-orang  yang bersifat demikian dengan air bah tetapi dengan sejenis azab berupa “penyakit” yang bermula daripada negara China dan merebak keseluruh dunia. 

Tentu sahaja orang-orang ingkar serta mempersenda gurau agama Islam serta Nabi Muhammad SAW akan dilanda oleh azab itu dan apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Nuh AS akan juga berlaku kepada mereka itu.  Dan apa yang Allah SWT lakukan terhadap kaum Nabi Luth AS akan juga Allah SWT lakukan ke atas kaum Luth di akhir zaman ini yang merasa aman dari azab Allah SWT bahkan mereka merasa bangga dengan perbuatan mereka. itu   Iaitu mereka akan ditelan bumi.  

Oleh kerana kemulian Nabi Muhammad SAW, Allah SWT tidak akan membunuh semua yang ingkar dan mengejek agamaNya serta RasulNya SAW itu, tetapi diberi tempoh sehinggalah mereka mengambil ubatnya yang mana ubatnya itu ada pada agama Islam.  Dan hendaklah mereka menyertai bahtera Nabi Nuh AS di akhir zaman ini agar selamat bahaya dunia dan akhirat.

Sunday, January 26, 2020

Kebangkitan Kebenaran diakhir zaman dari Ufuk Timur

Khilafah Uthmaniah sebenarnya telah berakhir pada tahun 1920 ketika Riza Tevfik Bolukbasr, Grand Vizier Damat dan Ferid Pahsa menandatangani Perjanjian Treaty of Sevres bagi pihak Uthmaniah dengan Allied Powers terdiri daripada Perancis, British, Itali dan Jepun dimana Khilafah Uthmaniah bersetuju membahagi sebahagian daripada tanah pemerintahannya kepada Allied Powers dan pada tahun yang sama juga Khilafah Uthmaniah telah menandatangani perjanjian dengan Turkish National Movement untuk memenuhi tuntutan mereka. 

Pada tahun 2020 ini, genaplah 100 tahun kejatuhan Khilafah Uthmaniah. Berdasarkan hadis Nabi SAW pada setiap awal 100 tahun, Allah SWT membangkitkan seorang Mujaddid pada umat Islam untuk memperbaharui urusan agama mereka. Nabi SAW juga pernah bersabda akan muncul manusia iaitu umat Islam dari Timur yang akan merintis pemerintahan atau Khilafah Al Mahdi RA. 

Maka tidak ada keraguan lagi pada tahun ini kebenaran akan muncul dari Ufuk Timur, hanya persoalannya siapakah Mujadid yang dipilih Allah SWT itu? Mungkin sahaja Mujadid ini akan mengetuai perintis bagi Khilafah Al Mahdi RA itu. 

Ini adalah berita gembira bagi umat Islam terutama kita umat Islam di Nusantara ini. Siapa Allah SWT telah pilih, maka sama-samalah kita membantu mereka untuk menjayakan misi mereka.

SEBUAH KISAH PERJUANGAN DI KURUN KE 15 & MAJLIS TANDATANGAN PERUTUSAN

Ringkasan Video Sebuah kisah Perjuangan di Kurun ke 15 & Majlis Tandatangan Perutusan.

1. YMTG RA telah mengirimkan surat kepada para pemimpin dunia agar kembali kepada Allah SWT;

2. Cita-cita dan perjuangan beliau diteruskan oleh YM Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al hassaniyyah;

3. Kitab-kitab telah dihasilkan untuk memperkenalkan semula jalan kepada Allah SWT yang kian dilupakan; 

4. Pada tahun 2011 majlis menandatangani perutusan-perutusan penting :-

(i) Perutusan kebenaran kurun ke-15 hijrah;

(ii) Draf kegemilangan islam di kurun ke-15 hijrah;

(iii) Pengistiharan penubuhan kerajaan langit di muka bumi ini;

Bertujuan dunia kembali aman mengikut undang-undang & peraturan Allah SWT.

5. Mac 2017 surat perutusan kepada para pemimpin dan ulama-ulama di seluruh malaysia. Sekali lagi surat susulan dihantar kepada mereka pada 2018. 

6. Dalam tempoh 2 tahun ini, keadaan di dunia secara am dan di malaysia secara khusus menjadi semakin tidak tenteram pelbagai bala menimpa;

Maka kami titipkan peringatan buat semua:-

*Ajaran & Amalan YMTGRA mengajak manusia untuk kembali kepada Allah SWT dengan berserah diri kepadaNya sebagaimana Ayat AzZumar 54;

**Islam kelak akan menjadi Agama dunia sebagaimana tercatit di dalam AlQuran dan juga disebut oleh Rasulullah SAW;

***Kerajaan langit adalah kepunyaan Allah SWT  mereka mentadbir dunia ini mengikut undang-undang peraturanNya berdasarkan AlQuran dan diterangkan dalam AlHadis agar semua selamat dunia dan akhirat.

.....Beraraklah wahai pejuang ke jalan yang benar,
Penuhi setiap jalan dengan penuh semangat,
Dan tuntutlah keadilan bagi para pejuang syahid,
Sampai bilakah kita terus berdiam?
Baring, berdengkur dalam tidur yang lena,
Pura-pura pekak dan menutup mata agar tidak melihat ..
Loceng amaran telah berbunyi
Keadaan sebagai tanda,
Bilakah kita akan sedar?
Siapakah yang akan menyekat kemaraan tentera kejahatan?

https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=AkEfAnxOIzo#