Showing posts with label Guru's Crystal Quotes. Show all posts
Showing posts with label Guru's Crystal Quotes. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

SEMBOYAN YM Tuan Guru RA

Berkata YMTG RA ....
Surah Az-Zumar ayat 54 :

وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَ‌بِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُ‌ونَ ﴿٥٤﴾

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

2 ubat pemasalahan kurun ini ialah yakni: 
  
      1.  Kembali; dan     
      2.  Berserah diri 
  
Ramai Ulama hari ini tidak menggunakan ubat ini sebagai ubat untuk mengubat masalah hari ini kerana mereka tidak tahu apa masalah dunia hari ini. 

Kembali kepada Allah SWT manakala berserah diri kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. 

Janji Allah SWT kepada orang-orang yang percayakan kepada kebenaran, tunduk patuh dan yang mengerjakan amal soleh :

1.      Menjadikan mereka pemerintah/penguasa/ khilafah;
2.      Meneguhkan dan menyebarkan Agama Islam bagi mereka;
3.       Menukarkan keadaan mereka dari ketakutan kepada keadaan aman.



Kata-kata YMTG RA


Dari Kitab At-Thariqillah 2009

"Jangan harap dan takut kepada makhluk kerana ini akan jadi patung dihatimu.  Bersihkanlah hatimu daripada syirik agar kamu 'menemui' ALLAH SWT dalam hati kamu.  Kalau kamu sudah sampai kepada ALLAH SWT, hijab akan dibuka bagi kamu dan ketika itu barulah kamu tahu dan lihat bahawa semua makhluk ini adalah ibarat alat perkakas yang tiada berkuasa apa-apa".


Perkakas seperti gergaji tidak akan dapat memotong dengan sendiri tanpa tukang yang mengerakkannya.  Begitulah makhluk ini tidak akan bergerak kecuali digerakkan oleh ALLAH SWT.

Wednesday, June 15, 2016

Rahmat besar berjumpa Wali Allah

"Rahmat Allah yang paling besar yang Allah Kurniakan bagi kita adalah dapat menemui Mursyid/Waliyuallah yang benar-benar dilantik oleh Allah SWT dan bukan lantikan makhluk Allah "

Syeikh Abdul Qader Al-Jailani RA

Jika kau tidak dapat menemuinya lagi berdoalah dan jika tahu dimana dia pergilah engkau walaupun engkau perlu merangkak di atas salji...


Tuesday, June 14, 2016

MUTIARA KATA

Tidak akan kehilangan sesuatu siapa yang mendapati (kenal) ALLAH, disebaliknya tidak akan mendapat sesuatu siapa yang kehilangan (tidak kenal) ALLAH.

Sesungguhnya kalaulah manusia itu bersama ALLAH maka dialah yang paling kaya walaupon dia tidak mempunyai sesuatu kecuali sebuku roti, disebaliknya kalaulah dia jauh daripada ALLAH, dialah yang paling miskin walaupon dia memiliki dunia dan segala isinya.

Sheikh Abu Zar Al Kalamuni 



MUTIARA KATA - SYAIR YMTG RA

(diterjemahkan daripada syairnya berbahasa Urdu)  

  • sekali engkau mengenal Allah, janganlah putuskan perhubungan denganNya
  • biarlah jiwa terkorban, namun persahabatan denganNya janganlah engkau putuskan
  • janganlah mengalihkan pandangan serta berpaling muka mu daripadaNya
  • biarlah dunia terlepas daripadamu, namun Tuhan jangan terlepas daripada engkau
  • lihatlah Mansur bagaimana dia bermain dengan jiwanya
  • dua hari penghidupan (hari ini kita hidup, esok kita mati), dua hari perjumpaan (hari ini kita berjumpa, esok kita berpisah)




Monday, June 13, 2016

Renungan Kalbu..

Apabila kita pegang dunia dengan ibadat.. kita akan dapat dunia akhirat sekali.. Inilah perniagan yang menguntungkan..


Mutiara Kata YMTG RA

"kalau kita dekat dgn Allah, kitalah yg paling kaya walaupon hanya memiliki sekeping roti..tetapi kalau kita jauh dr Allah, walaupon memiliki harta dalam dunia, namun kitalah yg paling miskin dlm dunia..." 

Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam RA


Pemimpin & Ulama....

Apabila kerosakan/musibah menimpa rakyat jelata maka seharusnya golongan ulama dan pemimpin mesti muhasabah diri dan banyak bertaubat kerana kemungkinan besar kerosakan itu berpunca daripada mereka.


Janji Allah itu PASTI!

Usahlah bersedih kerana janji Allah SWT itu pasti, yakni apabila datang kebenaran maka hancur lenyaplah kebatilan dan kepalsuan.
Kepada mereka yg berlindung dgn kebatilan takutlah kerana kebenaran itu pasti datang.


Zaman ini ada zaman Nabi Musa AS

YMTG Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Ghaus Al-Bikangi telah berkali-kali menegaskan pada tahun 80 an bahawa zaman ini adalah zaman Nabi Musa AS. Walaupun YMTG tidak menerangkan apakah maksudnya itu tapi kita tunggulah apa maksud beliau.

Daripada Abi Said R.A ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “ Takutlah kamu kepada firasat ( tilikan) orang beriman (Wali Allah) kerana sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah”.


JANJI ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa pada suatu hari nanti kerajaan umatnya akan terbentang dari masyrik hingga ke maghrib. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang termaktub dalam surah Al Anbiya bahawa bumi ini akan diwarisi kepada hambaNya yang beriman dan berbuat kebajikan.

Justeru itu kerajaan Malaysia ini telah diserahkan pemilikannya kepada seorang pewaris Nabi SAW. Oleh yang demikian pada ketika pemimpin negara ini menyeleweng dan kehidupan rakyatnya dalam sengsara manakala para alim ulama berdiam diri dengan tidak menjalankan tugas mereka sebagai pewaris Nabi, maka pada ketika itulah saatnya pemeritahan negara ini akan diserahkan kepada anak murid beliau.

Dengan yang demikian, anak murid tersebut itulah yang akhirnya akan mengambil alih tampuk pemerintahan. Bertitik tolak daripada peristiwa inilah maka pemerintahan Islamiyyah akan berkembang luas hingga ke seluruh dunia yakni terbentang daripada masyrik hingga ke maghrib sepertimana yang telah dikatakan oleh Baginda Rasulullah SAW.


Saturday, September 18, 2010

INGAT MATI - YM Tuan Guru Hj Ghulam RA

Tentang mati YM Tuan Guru RA berkata:

"Saudara-saudara sekelian hendaklah selalu ingat kepada mati.  Kita tidak akan terlepas daripada mati.  Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Sebab itulah sebelum datang ajal hendaklah kita memperbanyakkan bekalan untuk mati. Hati-hatilah terhadap tipu daya dunia ini, jangan sampai tergoda sehingga menyebabkan kita lalai terhadap perintah Allah SWT dan lalai mengingati mati.


Peluang hidup hanya sekali.  Pergunakanlah peluang ini dengan beribadat bersungguh-sungguh.  Ramai ahli kubur yang berdoa kepada Allah SWT dengan suara yang keras hingga kedengaran ke langit ketujuh memohon, jika mereka diberi peluang hidup lagi walaupun sekejap, mereka berjanji akan berpuasa pada siang hari dan mengerjakan ibadat pada sebelah malamnya tanpa tidur.



Tetapi doa mereka sia-sia sahaja kerana peluang hidup di dunia ini hanya sekali sahaja.  Janganlah kita seperti mereka itu yang telah menyesal selama-lamanya. Marilah kita kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat atas segala dosa dan kita menyerahkan diri kepada-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.”