Monday, November 14, 2016

BERITA GEMBIRA untuk semua umat manusia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Surah Fushsilat Ayat 53:

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴿53﴾

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami didalam ufuk cakerawala langit dan bumi dan didalam diri-diri mereka sehingga menjadi jelas bagi mereka bahawa Al-Quran adalah benar."

Bulan purnama telah terbit dan mendekati kita daripada ufuk timur membawa petanda dan khabar gembira bahawa sesungguhnya apa yang terkandung dalam Surah At-Taubah Ayat 33 adalah benar dan akan menjadi kenyataan "Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan atas agama yang lain walaupun orang musyrik tidak menyukai."

Bulan purnama ini membawa petanda bahawa sesungguhnya tidak lama lagi akan terbit sinaran cahaya kebenaran dari ufuk timur  yang akan menerangi alam semesta melenyapkan kegelapan kesesatan, kezaliman, penindasan dan hawa nafsu. Dengan demikian agama Islam akan menjadi agama dunia mengatasi segala agama.

Inilah berita gembira untuk semua umat manusia.

Foto Kredit : #Supermoon 2016 di Kg Mundas, Tungku, Lahad Datu, Sabah pada 14 November 2016