Sunday, June 27, 2021

BENARKAH KITA TELAH TIDAK MENDAPAT PERLINDUNGAN DARIPADANYA?

BENARKAH KITA TELAH TIDAK MENDAPAT PERLINDUNGAN DARIPADANYA?

Gambar illustrasi ini telah diterbitkan dan menjadi viral sejak awal COVID19 melanda dunia. Dan sejak itu hinggalah hari ini sy merasa sangat MENJENGKELKAN,  TERHINA dan SEDIH dgnnya. 

Persoalannya adakah benar Allah Taala telah melupakan kita kerana seolah2 kita tidak mendapat pertolongan dan perlindungan dariNya dan kita terus diabaikan? Kita lihat saban hari pelbagai kisah tragedi terpampang di media2. Bukan sahaja mati akibat COVID19 tetapi mati kerana bunuh diri, tekanan hidup yg melampau, penderitaan dan masalah rumah tangga serta tidak kurang juga yg kita dengar mati selepas divaksin. Tidak adakah doa dari kalangan alim ulama yg diperkenankan oleh Allah Taala? 

Mungkin kita menafikan apa yg digambarkan dlm gambar illustrasi ini namun ada BENARnya dan nampaknya itulah HAKIKATNYA. Apa sebenarnya telah terjadi?

Kalau ikut pendapat terutama ULAMA, mereka mengatakan bahawa  pandemik ini perlu dihadapi dgn merujuk kpd ahlinya seperti firman Allah taala : 

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالٗا نُّوحِيٓ إِلَيۡهِمۡۖ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Dan Kami tidak mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,
             -Surah An-Nahl, Ayat 43

Ini sudah dan masih kita buat iaitu kita telah dan masih mengikut panduan dan tatacara yg disarankan oleh para saintis dan doktor2 yang memang ahli dalam bidang menangani wabak penyakit. NAMUN masalah ini masih berlarutan dan belum menampakkan pengakhiran, yg maksudnya masih GAGAL menangani COVID19 ini. 

Paling membimbangkan lagi bila hari ini kita dengar negara2 Eropah kembali mengenakan LOCK DOWN sedangkan sebelumnya kita telah nampak sinar harapan akan berakhirnya COVID19 di sana. Kita sudah boleh merasa lega dan gembira bila melihat berbondong2  penonton di stadium bola sepak tanpa takut tidak lagi mengenakan SOP. Senario ini seolah2 sbg tanda bahaya COVID19 sudah ada sinar akan berakhir dan orang sudah ada peluang hidup kembali normal terutama setelah menerima 2 dose vaksin COVID19. Tetapi sebenarnya belum. Ditambah lagi dengan pengumuman menteri yg membayangkan akan perlunya dose ketiga.

Sekarang timbul persoalan pada diri saya bahawa ANDAIKATA para saintis dan doktor yg kita anggap sebagai AHLInya GAGAL menangani COVID19 ini, maka kepada AHLINYA yang mana pula akan kita beralih  untuk membantu kita menangani pandemik COVID19? Kita perlu ingat masa terus berjalan. Ini bermaksud setiap saat kelewatan menangani COVID19 ini maka setiap saat itu akan menimbulkan masalah kepada rakyat dan negara.

ANDAIKATA para saintis dan doktor benar2 tidak berjaya menamatkan wabak COVID19 maka kepada AHLINYA yang mana pula kita rasa dapat memahami dan tahu selok belok menangani pandemik ini?