Wednesday, January 10, 2018

Adakah hidup sesudah mati? Dan apa itu ilmu?

Pengajian bersama YM Tuan Guru Haji Abdul Rahim Alhassaniyyah pada 10 Januari 2018.

Adakah hidup sesudah mati?

Tidur itu adalah saudara mati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.
-Sura Az-Zumar, Ayah 42

YMTG RA telah ditugaskan oleh Nabi SAW untuk membawa manusia kembali kepada Allah Taala dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Berapa jauhkah kita kepada Allah Taala dan berapa dekat pula kita dengan Allah Taala?  Tiada jarak yang dapat mengukur akan jarak. Itu kerana Allah Taala tidak tertakluk kepada jarak yang diciptaNya. Allah Taala memberitahu Dia sangat dekat kepada kita.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
-Sura Qaf, Ayah 16

Tetapi di zaman ini bukan sahaja orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri sudah jauh dari Allah Taala dan yang sangat malang dikalangan ulama sendiri pun sudah jauh dari Allah Taala.

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
-Sura Al-Hadid, Ayah 16

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Akan datang suatu masa yang menimpa manusia; tidak ada Islam kecuali tinggal namanya sahaja, tidak ada al Quran kecuali tinggal tulisannya sahaja, masjid-masjid mewah tetapi kosong daripada petunjuk serta ulamanya adalah orang yang paling jahat yang berada di bawah langit….”(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Ingatlah untuk layak mengajar dan membawa manusia kepada Allah Taala hendaklah dia telah sampai kepada Allah Taala.

Apakah itu ilmu?

Ilmu adalah himpunan maklumat yang sama yang Allah Taala letakkan pada makhlukNya (ciptaanNya).  Dari ilmu Allah Taala,  Allah letak ilmuNya itu pada makhlukNya dalam bentuk maklumat. Kemudian manusia mengkaji dan mengali maklumat dari makhlukNya itu membentuk ilmu pada tahap yang Allah anugerah kepada manusia. Kerana maklumat yang Allah Taala zahirkan pada makhlukNya yg dapat manusia kaji dan gali sampai habis pun masih tidak dapat mengambilkan maklumat itu kepada Ilmu Allah Taala yg asal kerana tiada yg dapat mengenal ilmu zahir dan ilmu batin pada sesuatu makhluk melainkan apa yg Allah izinkan yg diberiNya melalui ilham kpd fikiran manusia.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,
-Sura An-Nahl, Ayah 43

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.
-Sura Al-Anbiya', Ayah 7

Dalam ayat2 ini Allah menyuruh kalau kita tidak tahu hendaklah bertanya daripada org yang berilmu kerana ilmu tertentu Allah Taala telah mengilhamkan ilmu itu kepada seseorang manakala Al-Quran tidak mengajar ilmu tetapi Al-Quran bertujuan utk membina dan mengukuhkan iman seseorang.  Contoh ilmu mengenai langit,  planet2 , cakerawala dan yg berkaitan dengannya, Allah Taala ilhamkan kpd org2 kafir dan apabila mereka merujuk Al- Quran mereka akan membenarkan Al-Quran kerana maklumat yg mereka kaji itu Allah telah letakkan maklumatnya dalam Al Quran,  maka dengan itu mereka akan beriman dengan Al-Quran lalu beriman kpd Allah Taala.

Maka tidak boleh kita katakan "semua ilmu yg kamu ada ini sudah Tuhan beritahu 1400 yg lalu kerana semua ada di dalam Al-Quran". Ini salah kerana sebelum Al Quran ada memang sudah ada ilmu  dan semua ilmu itu dari Allah Taala maka tidak perlulah kita banding-bandingkan ilmu itu kerana semua ilmu Itu hanya dari satu sumber iaitu dari Allah Taala.

catatan Dr Hadi Hasan