Friday, February 11, 2022

Fasa kenaikkan kegemilangan Agama ALLAH Oleh Dr Hadi Hasan

Rasanya org bukan Islam yg buat ini faham dan sedar apa sebenarannya berlaku. Hanya sahaja mereka mgkin tidak mengetahui kenapa ini mesti berlaku.?

Inilah masanya fasa kenaikkan kegemilangan Agama ALLAH, Tuhan semesta alam bakal muncul. Fasa ini dikenali sebagai era KHILAFAH MINHAJIN NUBUWAH seperti yg Nabi Muhammad SAW nyatakan. Ianya juga dikenali sebagai kemunculan THE BLUE TURBAN FROM THE EAST di kalangan pengkaji agama di barat.
Kemunculannya adalah atas ketentuan dan Kekuasaan ALLAH SWT. Tiada siapa yg pastinya dapat menghalang atau menangguhkan kemunculannya. Fasa ini akan mewujudkan apa yang dipanggil sebagai NEW WORLD ORDER. New World Order ini bukanlah seperti yg barat perkenalkan sekarang ini. Ilham, bayangan dan idea ke arah mewujudkan NWO sengaja Allah SWT berikan kpd bijak pandai dan cendikiawan bukan Islam agar bila ianya benar2 terjadi maka mereka tidak boleh menolaknya hatta kena menerimanya. Mereka pasti akan sedar kemunculannya mustahil dpt dizahirkan oleh manusia yg mempeloporinya melainkan ianya nyata hanya dgn Kekuasaan ALLAH SWT jua.
Kehadiran fasa ini akan wujud dan tersebar luaslah belas kasihan dan kasih sayang sejati yg tulus ikhlas dikalangan manusia sejagat. Disebabkan kemunculannya melahirkan belas kasihan dan kasih sayang maka pastinya ia muncul bukan melalui peperangan atau tipu helah (propaganda/fitnah) tetapi pastinya melalui fakta yg dpt diterima oleh akal iaitu logik dan bernas serta nyata ianya didasarkan atas belas kasihan dan kasih sayang.
Oleh kerana itu sepatutnya ia bukan hanya berita gembira kpd umat Islam tetapi ia juga berita gembira dan rahmat ke atas seluruh umat manusia, makhluk lain dan alam ini keseluruhannya.
Apa yg penting adalah kita perlu bersemangat, bersedia dan teruja menanti kemunculannya dan janganlah sekali-kali menjadi penentangnya. Kepada ALLAH SWT kita memanjatkan doa agar janji Nabi dan Rasul terakhir itu nyata dlm masa terdekat ini. Kemunculannya bermakna lenyap musnahlah segala yg bathil dan kepalsuan.
Ya Allah pilihlah aku, keluarga ku dan sahabat2 ku sebagai sebahagian penegak fasa KHILAFAH MINHAJIN NUBUWA ini. Amin Ya Rabbal Alamin.