Monday, September 20, 2021

Iblis perosak keyakinan kita kepada ALLAH SWT Oleh Dr Hadi Hassan

 BLIS tugasnya adalah untuk mencacatkan dan meruntuhkan keyakinan kepada ALLAH TAALA manakala KITA pula ditugaskan untuk memupuk dan meneguhkan keyakinan kepadaNYA. Ini bermakna masing-masing ada peranan dan tanggung jawab yang perlu dilaksanankan.

Kita TAHU setiap ciptaan ada HIKMAHNYA. KALAULAH ALLAH SWT tidak menciptakan manusia ada nafsu dan juga iblis yang berperanan memesongkan dan menyesatkan manusia terutama melalui nafsu itu, agak-agak bolehkah manusia mendapat makam yang tinggi lagi mulia selain para Nabi dan RasulNya?
FIRMAN ALLAH SWT :
وَمَا كَانَ لَهُۥ عَلَيۡهِم مِّن سُلۡطَٰنٍ إِلَّا لِنَعۡلَمَ مَن يُؤۡمِنُ بِٱلۡأٓخِرَةِ مِمَّنۡ هُوَ مِنۡهَا فِي شَكّٖۗ وَرَبُّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٍ حَفِيظٞ
Dan tidak ada kekuasaan (Iblis) terhadap mereka, melainkan hanya agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya akhirat dan siapa yang masih ragu-ragu tentang (akhirat) itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu.
(Surah Saba' ayat 21)
NAMUN ALLAH SWT sentiasa mengingatkan kita bahawa Iblis adalah musuh yang nyata kepada manusia, iaitu sepanjang masa mesti menganggapnya sebagai musuh bukan sahabat atau teman karib. Kalau kita lupa akan dia, maknanya kita mungkin telah berada dalam perangkapnya.
MASALAH selalu timbul apabila kita tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab sendiri dan terikut bisikan dan hasutan lalu terpengaruh dengan tipu dayanya.
KEADAAN sebegini boleh jadi kita telah menjadi AGEN kepada Iblis untuk merosakkan orang lain. INGATLAH iblis selalu mensasarkan golongan PEMIMPIN, AGAMAWAN, para BIJAK PANDAI dan golongan yang ada pengaruh. Ini kerana dengan kejayaan memerangkap kelompok ini maka makin sangat mudah dan makin ramailah manusia akan masuk perangkapnya.
HENDAKLAH kita ingat di akhirat iblis tidak dapat kita persalahkan atas apa bisikan atau hasutan jahatnya kepada kita. Ini kerana dia tidak pernah memaksa atau mengancam kita. Maka selayaknya lah kesalahan itu ditanggung atas bahu diri sendiri kerana menurut bisikan dan hasutan iblis itu, sedangan ALLAH SWT Sendiri telah melarangnya.
FIRMAN ALLAH SWT :
وَقَالَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لَمَّا قُضِيَ ٱلۡأَمۡرُ إِنَّ ٱللَّهَ وَعَدَكُمۡ وَعۡدَ ٱلۡحَقِّ وَوَعَدتُّكُمۡ فَأَخۡلَفۡتُكُمۡۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيۡكُم مِّن سُلۡطَٰنٍ إِلَّآ أَن دَعَوۡتُكُمۡ فَٱسۡتَجَبۡتُمۡ لِيۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوٓاْ أَنفُسَكُمۖ مَّآ أَنَا۠ بِمُصۡرِخِكُمۡ وَمَآ أَنتُم بِمُصۡرِخِيَّ إِنِّي كَفَرۡتُ بِمَآ أَشۡرَكۡتُمُونِ مِن قَبۡلُۗ إِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ
"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku (iblis)) pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu.” Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih."
(Surah Ibrahim, Ayah 22)