Tuesday, July 2, 2019

Perintis bagi kerajaan langit Imam Al Mahdi RA mulai kurun ke 15 Hijrah

Perintis bagi kerajaan langit Imam Al Mahdi RA mulai kurun ke 15 Hijrah

Sebelum munculnya Imam Al Mahdi RA, akan muncul manusia dari Timur untuk merintis pemerintahan kerajaan langit Imam Al Mahdi RA sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Akan keluar manusia dari Timur untuk merintis bagi Al Mahdi iaitu kerajaannya” (HR Ibnu Majah)

Justeru itu Imam Al Mahdi RA akan dapat menyempurnakan kerajaan langitnya dalam masa yang singkat iaitu 7, 8 atau 9 tahun sehingga Islam sekali lagi menjadi sempurna dengan wujudnya keadilan, kemakmuran sejagat.  Proses ini mengikut proses kenabian dan kerasulan dimana para Nabi dan Rasul mulai dari Nabi Adam AS sehingga Nabi Isa AS adalah perintis bagi agama Islam yang mana dengan demikian Nabi SAW dapat menyempurnakan Islam dalam masa yang singkat iaitu 23 tahun.  Allah SWT telah melantik para Nabi & Rasul sebagai perintis agama Islam manakala Allah SWT telah memilih Nabi SAW untuk menyempurnakan Agama Islam.  Begitu juga Nabi SAW telah melantik YMTG Tuan Hj Ghulam Hassan Ali Akbar Al Haj Al Khatamul Muhammadiyyah Al Bikangi RA secara jaga sebagai perintis kerajaan langit Imam Al Mahdi RA dengan tugas membawa semua umat manusia kembali kepada Allah SWT dengan berpandukan Al-Quran dan juga As-Sunnah Nabi SAW pada tahun 1950 ketika YMTG RA berada di Madinatul Munawwarah pada musim haji.  Manakala Nabi SAW telah memilih Imam Al Mahdi RA untuk menyempurnakan kerajaan langit melalui hadis Nabi SAW.

Setelah YMTG RA mengasaskan dan menyempurnakan cara untuk membawa manusia kembali kepada Allah SWT, maka pada tahun 1991 Allah SWT telah memanggilnya pulang ke hadratNya dan beliau dimakamkan di Kampung Bikang, Lahad Datu, Sabah, Malaysia. YMTG RA berasal daripada Pakistan.   Oleh kerana dalam hadis tersebut di atas, perintis Kerajaan Langit datang dari Timur maka anak muridnyalah daripada Timur yang akan meneruskan tugasnya.  Maka Negara Malaysia akan menjadi pertama kali Negara Islam yang benar-benar melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam dan menjadikannya sebagai perlembagaan Negara berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Hal sedemikian para muridnya telah memberitahu para pemimpin Islam, Ulama dan pihak keamanan  pada tahun 2017.  Namun mereka mendiamkan diri.

Nabi SAW telah bersabda :
“Akan senantiasa ada segolongan (Thoifah)  dari umatku yang berperang kerana perintah Allah.  Mereka dimenangkan Allah atas musuh mereka. Tidak memberi mudharat kepada mereka orang-orang yang menyelisihi mereka, hingga datang hari kiamat dan mereka di atas yang demikian itu” (HR Muslim).
Dalam masa terdekat ini perahu Thoifah dari Timur akan belayar meneruskan tugas YMTG RA.

Wahai para pencinta kebenaran, wahai mereka yang ingin melihat Islam sebagai agama dunia, wahai yang rindukan keadilan, keamanan, kesejahteraan, kemakmuran dan persaudaraan sejagat yang berteraskan kasih sayang dan belas kasihan Allah SWT, marilah sertai pelayaran ini!