Saturday, September 2, 2017

ERA ArRahman di Malaysia akan diambilalih oleh era ArRahim hingga hari kiamat

Negara Malaysia adalah negara yang paling bertuah & paling unik dimuka bumi ini.

Ini kerana urutan nama Perdana Menterinya  semenjak mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 sehinggalah sekarang, di mana kita telah menyambut 60 tahun kemerdekaan, adalah mengikut susunan huruf-huruf yang terkandung di dalam perkataan AR-RAHMAN.

AR -Tunku Abdul Rahman
RA -Razak
H -Hussein Onn
M -Mahathir
A -Abdullah
N -Najib

Pada 31 Ogos 2017 yang lalu genaplah 60 tahun Malaysia dipimpin oleh 6 orang Perdana Menteri. Maka ini bermakna berakhirlah era pemerintahan AR-RAHMAN dan akan beralih kepada era pemerintahan AR-RAHIM sepertimana turutan di dalam kalimah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. 

Sebagaimana kita mengucapkan  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ, perkataan AR-RAHMAN mesti bersambung dengan AR-RAHIM, tidak boleh terpisah. Begitulah juga hal nya dengan peralihan era pemerintahan AR-RAHMAN kepada AR-RAHIM, ianya akan terus bersambung dan pasti berlaku. 

Ianya pasti akan berlaku pada bila-bila masa.  Bilakah tepatnya ia akan terjadi adalah merupakan ketentuan tuhan.

Sama-sama kita menunggu.

Didalam dunia ini, tidak ada satu Negara pun yang mempunyai pemerintahan dalam bentuk AR-RAHMAN dan AR-RAHIM seperti Malaysia.  Ini membawa maksud kitalah yang paling bertuah, paling beruntung dan terpilih di dunia ini.

Mengikut hadis Nabi saw yang bermaksud  “Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan ucapan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ, ianya akan terputus daripada berkat serta rahmat Allah SWT”.  Ini bererti  ucapan kalimah  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ adalah membawa berkat dan rahmat bagi setiap perkara.  Maka apabila lengkap bersambung pemerintahan AR-RAHMAN dan AR-RAHIM, barulah Negara Malaysia akan mendapat berkat & rahmat daripada Allah swt.  Ini membawa maksud dalam era pemerintahan AR-RAHIM sahajalah penduduk Malaysia akan dilimpahi rahmah dan barakah Allah swt.

Tidak syak lagi kebenaran daripada ufuk Timur, sebagaimana tersebut di dalam hadis Nabi saw, muncul dari negara Malaysia.  Sinaran dari ufuk Timur itu akan menyinari seluruh pelusuk dunia dengan sinaran kebenaran, keadilan dan keamanan serta belas kasihan dan kasih sayang Ilahi.