Friday, April 8, 2022

Ikhlas & Siddiq membunuh penyakit Ujub, Riya' dan Takabbur Oleh Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa Khalifah...
Ikhlas & Siddiq membunuh penyakit Ujub, Riya' dan Takabbur...
Sifat ikhlas hanya terbit apabila dirinya mencapai makrifat kepada Allah SWT. Apabila ada sifat ikhlas, dia akan menjadi manusia yang sentiasa bersyukur kepada Allah. Mesti ada sifat siddiq, jujur dalam melakukan amal ibadah dengan Allah. Beramal semata-mata kerana Allah.
Apabila ikhlas dalam amalnya, maka akan dianugerahkan sifat siddiq oleh Allah. Siddiq itu apabila melakukan amal dengan tidak melihat kekuatan diri, semata-mata melihat anugerah Allah padanya.
Ikhlas dan Siddiq adalah ubat kepada 3 penyakit hati iaitu Ujub, Riya' dan Takabbur.
Tiga penyakit ini adalah ibu kepada penyakit-penyakit hati yang lain yang mampu mematikan hati sekiranya tidak dirawat.
Hanya dengan mencapai Tauhid Makrifat baharulah jiwanya dapat mencapai keikhlasan dalam dirinya. Dengan Tauhid Af'al, dia memandang semuanya adalah perbuatan Nya. Dia melihat pada diri dan alam adalah perbuatan Allah SWT.
Misi Kebangkitan Islam kurun ke 15.