Tuesday, March 29, 2022

Gelapnya hati orang yg suka melihat keaiban orang lain Oleh Hj Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa Khalifah.
Gelapnya hati orang yg suka melihat keaiban orang lain...
Rabiatul Adawiyah berdoa "Ya Allah aku berpuasa kerana Kau beriku kekuatan untuk beribadah".
Apabila cahaya tidak ada dalam hati maka timbullah kesombongan.
Mulalah kita mencari kesalahan dan keaiban orang lain. Itu tandanya hati kita dalam kegelapan.
Orang yang suka melihat keaiban orang lain bermaksud hatinya kotor. Orang yang suka menulis keburukkan tentang orang lain dia tidak mahu bersendirian, dia mahu orang lain mengikutinya disebaliknya hatinya kebusukkan sehingga melihat yang salah itu menjadi benar.
Orang yang dikurnia cahaya Tuhan suka melihat kebaikkan, jika dia melihat satu kesalahan orang dia akan mencari kebaikkan orang tersebut. Apabila dia menutupi kelemahan orang, Allah akan menutupi kelemahannya.
Apabila kita bersolat kita merasa Allah yang mendirikan kita, Allah yang menggerakkan kita, ini bermakna kita berada dalam kedekatan padaNya tetapi kalau kita merasa kita yang menggerakkan, semakin banyak ibadat maka semakin jauh diri kita dengan Tuhan.
Apalagi jika melakukan sesuatu untuk dipuji, kita dalam kegelapan nafsu. Melakukan bukan kerana Allah. Kehidupan tidak memberi keuntungan kita akan menangis dan bersedih di akhirat. Hidupnya bukan untuk Allah tetapi untuk dirinya sendiri.
Carilah guru Mursyid yang boleh melihat kesedaranmu. Lihat kebaikkan orang lain, bersifat pemaaf pada orang lain, meminta maaf walaupun kita tidak membuat kesalahan tersebut.
Begitulah kita meletakkan diri kita dibawah tidak mahu diangkat. Semakin kita tinggikan diri kita, semakin Allah jauh dari kita. Semakin kita merendahkan diri kita, semakin dekat Allah dengan kita. Dia merasa amat takut apabila Allah berpaling darinya itulah ketakwaannya pada Allah dan tidak memandang rendah pada sesiapa. Dalam kehidupan ini kita belajar melihat kebaikkan orang lain dan belajar melakukan sesuatu yang baik.
Ulama' feqah menyatakan barangsiapa yang ingin membaca Al- Quran hendaklah berwudhuk (bersuci), Ulama' sufi mentafsirkan Al-Quran hanya dapat memasuki orang yang suci hatinya. Sebab itu ulama sufi berkata bersihkan hatimu hilangkan keegoanmu. Barangsiapa yang tidak sanggup menyakiti nafsunya, dia tidak boleh sampai kepada Allah dengan membawa nafsu Ammarahnya.
Bonda Maryam mengalami kesakitan yang membawanya kehadrat Allah. Kemuliaan membunuh iblis kerana merasakan dirinya mulia.
Jika kita lihat orang buta berjalan meraba-raba, tanggungjawab kita memimpin dia agar tidak jatuh. Begitulah kita diberi kesedaran jiwa kepada Allah, kita lihat saudara kita, orang kafir yang pernah bersama kita di alam lahut dulu tugas kita membukakan kunci untuk dia agar tidak terperangkap dalam dunia, dia akan menyesal kerana dunia ini menipunya.
Telah datang padanya (orang kafir) Rasulullah SAW dan Al-Quran iaitu kitab langit yang paling sohih. Kitab AlQuran bicara Tuhan yang paling asli, pesanan Tuhan pada manusia yang membicarakan aspek diri, aspek akhirat semua akan berlaku tidak ada keraguan. Kita akan alami kebangkitan samada ke syurga atau neraka, ini fakta yang tidak diragui. Kalam Allah, kalam yang hak.
Bila kita melihat orang kafir, kita mesti rasa kasih sayang untuk menyedarkan mereka kerana mereka dalam kemaksiatan jika dia dalam kesedaran, tentu dia tidak melakukanya, dia menzalimi dirinya mengunci dirinya dengan Allah. Allah tidak pernah menzalimi hambanya kita mesti sayangi mereka, buka kegelapan agar dia dikasihi Tuhan.
Segala nafsu orang yang melakukan kejahatan tidak ada erti kerana dia melakukan nafsu haiwani, tapi dirinya yang asal menderita. Maka jadi kewajipan kita menyedarkan mereka.
Misi Kebangkitan Islam kurun ke 15.