Saturday, October 20, 2012

What is true love and compassion

What is true love and compassion?

True love and compassion and mercy are all actions and conduct by a person upon himself, his family and other humans and creatures that cause him and them to obtain mercy and pleasure of Allah S.W.T in this world and in the Next world. With this, they will be safe in this world and in the next. It is imperative that in order to bring about true and sincere love and compassion such actions and conduct must be based on the religion of Islam because as explained earlier rules and regulations in Islam are based on mercy and compassion.

It is not called love and compassion if a father defends a guilty child. His action will not make his child realize his wrongdoing and as such both of them will obtain Allah S.W.T.’s wrath. They will not be safe in this world and in the next from Allah S.W.T.’s punishment.

It is also not called love and compassion to mankind when we acknowledge and bless their religion by celebrating together their religious events because they would then be convinced that their religion is true. In this way they will not embrace Allah S.W.T’s religion that is Islam.

Our action will invite permanent wrath of Allah S.W.T upon them and they will obtain continuous punishment from Allah S.W.T. in the next world. Not only that but the faith of the muslims who do such act will be impaired and will invite punishment from Allah S.W.T.

True love and compassion is showing them the straight path by bringing them out from the darkness of the erroneous path they are in by the guiding torch of Islam.

To understand what is true love and compassion, it has brought us to explain about the meaning of “ Mercy ” which Allah S.W.T. has determined on Himself as His firman in Surah Al-Anaam verse 54 :


كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلٰى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ
“Your Lord hath inscribed for Himself mercy.”

That is why Allah S.W.T. sent The Holy Prophet S.A.W as a mercy for the entire worlds to realise or make the mercy which  He has determined upon Himself as a reality to be understood by mankind.

Sunday, September 16, 2012

Program Qurban 1433H di kawasan pendalaman Sabah, Anjuran Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Kuala Lumpur


 FADHILAT IBADAH QURBAN 

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

 Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih Qurban). Bahawa Qurban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah Qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat Qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

Hukum Qurban ialah sunat muakad (Sunnat yang dituntut).
Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina mengikut beberapa syarat yang telah ditentukan seperti sihat, tidak cacat dan sebagainya.
Tarikh Tutup
 Ibadah Qurban 1433H : 20 Oktober 2012
  • Program ini memberi kemudahan umat islam di Malaysia melaksanakan ibadat Qurban.
  • Harga adalah mengikut harga pasaran lembu di Sabah. Harga satu bahagian lembu adalah RM400- RM430.00 atau RM2,800.00 – RM3,000.00 untuk 1 ekor lembu.
  • Harga yang telah ditetapkan termasuk dengan beberapa kos pengangkutan serta kenduri dan tahlil.
  • Qurban  dilaksanakan dikawasan pendalaman Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kudat yang ramai terdiri dari umat Islam tegar miskin.  
Untuk melancarkan urusan Qurban – sila buat tempahan awal sebelum tarikh tutup pada 20hb Oktober 2012 bagi membolehkan pihak secretariat membuat pesanan binatang ternakan yang sesuai untuk diqurbankan.

Nama Akaun: Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Nama Bank: CIMB Cawangan Menara Dayabum
No. Akaun: 1419 0000 2441 08 


gambar korban 1431 di Kg Babusalam, Semporna, sabah

Monday, August 13, 2012

Kutbah Aidil Fitri 2012/1433H oleh YMTuan Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah


Dengan lafaz BismillahirRahmaniRahim.

Assalamualaikum wbt.. khas untuk semua tidak mengira bangsa, status, pangkat dan fahaman politik dan agama.

Terlebih dahulu kami mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat beribadat dimalam-malam mulia 10 Ramadhan terakhir, mudah-mudahan kita semua mengecapi kemuliaan "lailatul qadar" agar malam itu Allah SWT ampunkan dosa-dosa dan kesalahan kita dan menyelamatkan kita di seluruh pelusuk dunia ini dari keburukan dunia dan akhirat.  Aminn..

Marilah kita mengambil peluang untuk membaca serta memahami seta menghayati mesej nasihat/teks kutbah Aidl Fitri Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah, agar kita mendapat Rahmat Allah SWT.

Akhir sekali kami dr Team Persatuan Kebajikan An Nisa mengucapkan "Selamat Menyambut Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin".


Pg 1 of 10
Pg 2 of 10
Pg 3 of 10
Pg 4 of 10
Pg 5 of 10
Pg 6 of 10
Pg 7 of 10
Pg 8 of 10
Pg 9 of 10
Pg 10 of 10

Sunday, June 3, 2012

Kepimpinan yg zalim


  • Keadaan di Malaysia kini cenderung kepada kerosakkan dan kehancuran disebabkan oleh kepimpinan yang membawa ke arah kehancuran yang mengaku pembela rakyat sedangkan pada hakikatnya adalah pegkhianat hak-hak rakyat , mereka mengakui mereka mampu mengubah nasib rakyat dan mengubah Malaysia sebagai Negara yang moden yang terkenal di persada dunia, tapi apa yang berlaku kepada Negara kita kini semakin hari semakin NAZAK. 

    Justeru itu, tidak lama lagi penduduk asli yang berasal dari tanah melayu yang merupakan pemilik asal Negara ini, yang akan diberi giliran oleh Allah Taala . 

    Siapakah mereka?

    Mereka itu adalah satu bangsa yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu ini. Pada masa itu ianya terdiri dari dua kumpulan penduduk yang mendiami tanah melayu dan puak yang menduduki hutan belantara(orang asli). Selain daripada dua puak ini yang menduduki Tanah melayu pada masa sekarang adalah bangsa pendatang. 

    Bangsa yang akan diberi giliran memerintah itu ialah golongan yang mendiami persisiran pantai, kebanyakannya masyarakat tersebut mendiami tanah melayu di sekitar Pulau Pinang dan johor. Sesuatu kejadian telah berlaku menyebabkan kebanyakannya telah bertumpu ke johor dan kemudiannya beselerak ke pulau-pulau lain di seluruh nusantara. Masyarakat tersebut tidak menduduki pantai timur Tanah Melayu seperti di Kelantan kerana pada masa itu mereka takutkan kerajaan siam yang menguasai wilayah tersebut.

    Sebagai keadilan Allah SWT,maka tampuk pemerintahan ini akan diserahkan kepada golongan ini untuk memerintah Tanah Melayu(Malaysia). INSYAALLAH…

Thursday, May 31, 2012

Sumbangan Ramadan

Assalamualaikum wbt 

Salam Takzim & Salam ukhwah! Kami dari gabungan Persatuan Kebajikan An Nisa dan An Nisa Publication ingin mengajak semua untuk bersama-sama menghidupkan amalan kebajikan sempena di bulan Rejab yang sangat berkat ini. Serta marilah kita sama-sama memuliakan bulan bulan Rejab, Shaaban, Ramadhan dan Shawal yang sedang dan akan kita tempuhi agar kehidupan kita dan anak cucu di masa akan datang mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

Marilah memberi sumbangan apa sahaja yang kita suka agar orang-orang yang memerlukan mendapat kesinaran sedikit kebahagian dari kita agar kita sesama yang senang dan susah hidup dalam keberkatan dan dicurahi Rahmat ALLAH SWT yang maha luas. Amin

Disertakan bersama-sama ini paparan jemputan sumbangan!



Saturday, May 19, 2012

Peringatan dari ALLAH

Kami hanya memberi peringatan dalam tulisan kami sebelum ini, kami hanya menyatakan mengikut fakta sejarah dan Firman Allah tentang apa yang Dia telah lakukan keatas umat yang membelakangi dan lupa untuk menegakkan hukum-hukum Allah malah mempersendakannya. Mustahil atau tidak mustahil menjatuhkan atau menaikkan sebuah Kerajaan itu adalah bagi Allah, kalaulah manusia ada kuasa mereka ingin berkuasa selama 1000 tahun.

Apa yang kami perhatikan bahawa keadaan yang berlaku dinegara ini telah sama dengan apa yang telah berlaku dinegara-negara Islam seperti Baitul Maqdis, Andulusia dan Empayar Uthmaniah. Justeru itu azab dan hukuman Allah pasti akan tiba oleh itulah kami memberi peringatan sebelum terlambat. Kami memberi peringatan ini hanyalah untuk menyampaikan apa yang Allah SWT telah beri peringatan kepada umat Islam seperti ayat Al Quran al Ghhafir : 21

“dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi,lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak ) peninggalan-peninggalan (peradaban)nya di bumi, tetapi Allah mengazab mereka kerana dosa-dosanya.dan tidak akan ada sesuatu pun yang melindungi mereka dari (azab) Allah” Ghafir :21


Dalam ayat ini jelas Allah SWT memberi peringatan kepada kita umat Islam, supaya tidak melakukan perkara yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu dimana mereka telah ditimpakan dengan hukuman atas perbuatan mereka itu. Justeru itu, apabila kita membuat perkara yang sama pasti Allah SWT akan menimpakan hukuman yang sama. Inilah peringatan yang terdapat dalam AlQuran untuk kita umat Islam. Oleh itu apa yang kami lakukan ini hanyalah menyampaikan peringatan yang terdapat dalam Al Quran. Terpulanglah kepada anda untuk mengambil ikhtibar atau tidak. Memadailah dengan apa yang kami sampaikan setakat ini, kerana ada orang yang kurang senang dengan tulisan-tulisan kami sebelum ini.

Friday, May 18, 2012

TIDAK MUSTAHIL KUASA PEMERINTAHAN AKAN TERLEPAS DARI TANGAN KITA!


  • TIDAK MUSTAHIL KUASA PEMERINTAHAN AKAN TERLEPAS DARI TANGAN KITA!

    Sayang sekali setelah 54 tahun Malaysia merdeka masih belum mengamalkan dasar pemerintahan Islam yang merupakan Undang-undang Tuhan dan masih mengamalkan demokrasi undang-undang ciptaan manusia. Lalu apakah yang menghalang kita untuk melaksanakan tuntutan Illahi tersebut?. Bukankah Tanah Melayu ini milik kita anak watan yang beragama Islam? bukankah kita yang majoriti mendiami tanah ibunda ini? Bukankah tampuk pemerintahan telah diserahkan oleh Allah SWT sebagai amanah untuk kita mentadbir mengikut kehendakNya? Bukankah agama Islam itu adalah benar dan Undang-undangnya adalah adil serta sesuai untuk semua umat manusia pada setiap tempat dan zaman? 

    Apa yang terjadi kini Kita lebih meyakini undang-undang buatan manusia seolah-olah ianya lebih adil berbanding dengan undang-undang Tuhan ,malah ada yang mempersoalkan keadilan undang-undang Illahi terutama dalam hukum Hudud bahkan ada yang mempersendakannya sebagai tidak adil,kolot dan ketinggalan zaman.Maka tidak heranlah jika tampuk pemerintahan ini akan diserahkan kepada yang bangsa yang lain sebagaimana yang terjadi kepada kerajaan Islam di Baitul Maqdis,Andulusia dan Empayar Uthamaniah. Ini adalah akibat umat Islam yang telah lalai dengan kemewahan hidup dan lupa akan tanggungjawab mereka untuk meninggikan hukum Allah.Natijah daripada membelakangi undang-undang dan Peraturan Tuhan tersebut menyebabkan terjadinya perpecahan ,saling bersengketa sesama sendiri,jatuh menjatuhkan dan hilangnya perpaduan dikalangan mereka. Lantaran itu Allah SWT menghukum mereka dengan mencabut kekuasaan pemerintahan dari tangan mereka.

    Nampaknya perkara yang sama itu telah terjadi dinegara kita, dimana umat Islam pada hari ini kerana harta, kekayaan,pangkat dan kedudukan mereka saling berbalahan,fitnah memfitnah dan jatuh menjatuhkan sehingga hilangnya perpaduan dikalangan umat Islam inilah akibatnya membelakangkan undang-undang Illahi . Justeru itu , tidaklah mustahil apa yang telah terjadi dinegara-negara Islam diatas akan berulang kembali dinegara ini dimana Allah SWT akan mencabut kekuasaan ditangan kita sebagai hukuman dan memberikannya kepada bangsa lain kerana sudah banyak tanda-tandanya menuju kearah itu. Sesungguhnya kemenangan dan kekalahan itu tidak ditentukan oleh Pilihanraya tetapi oleh Allah SWT boleh sahaja Allah SWT menjatuhkan sebuah Kerajaan atau pun sebaliknya tanpa pilihanraya, renungkanlah ayat Al Quran :

    “katakanlah: wahai Tuhan yang mempunyai Kerajaan, Engkau memberikan Kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki, ditangan Engkaulah segala kebajikan sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu” AL Imran : 26

    Maka tiada jalan lain melainkan para pemimpin umat Islam dari kalangan Kerajaan dan Pembangkang wajiblah mematuhi serta melaksanakan undang-undang dan Peraturan Tuhan dengan melupakan pendapat dan ideology mereka sebelum tibanya Hukuman daripada Allah SWT tersebut kerana kalaulah ianya telah tiba maka kita tidak dapat ditolong lagi dan kita akan menjadi hina walaupun di negara sendiri, sebagaimana firmanNya:

    “dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dan berserah diri lah kepadaNya sebelum datang azab kepada mu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi” AzZumar:54

Thursday, May 17, 2012

REFORMASI BUKAN TRANSFORMASI...dari FB Hj Benjamin Hj Usman 16 Mei 2012



REFORMASI BUKAN TRANSFORMASI
Perkataan transformasi boleh membawa erti penjelmaan dari kebaikan kepada kejahatan walaupun boleh juga membawa erti sebaliknya. Ini bermakna pemilhan perkataan Transformasi oleh Regim Najib telah salah atau kurang tepat. Sebagai contoh seorang yang baik boleh ditransformasikan menjadi Penyamun dalam ini negeri. Imam Muda yang sepatutnya duduk dimesjid menjaga waktu dan sholat berjemaah menjadi ustaz selebriti yang asyik muncul dalam program TV, dari Bilal surau kepada penyanyi idola pujaan ramai, membangkitkan fantasi hingga muda mudi lupa diri dalam hiburan yang mengasyikkan. Dari pemimpin “Pembela rakyat” kepada “Pembelah rakyat”. Kalau itu dianggap pencapaian maka TRANSFORMASI BERJAYA yang dilaungkan bolehlah dianggap berjaya, yakni menjadikan seorang yang baik menjadi jahat.
Perkataaan yang sepatutnya digunakan adalah Reformasi kerana itu merupakan perubahan kepada yang lebih baik. Tetapi pembangkang dah guna jadi terpaksa pakai Transformasi tapi telah salah tempat. Inilah akibatnya, Negara telah menjelma menjadi Negara yang bankrupt pada bila-bila masa akibat program-program kerajaan yang menabur wang ringgit dalam usaha desperado mereka untuk memancing sokongan rakyat.

Watikah Kebenaran Kurun ke 15 Hijrah Part 1 of 4

http://www.youtube.com/watch?v=-Esy5f-YCbs&feature=relmfu


Uploaded by  on Jun 7, 2011
Setakat ini para ulama dan pemimpin terutama ulama Islam:
1.Banyak menumpukan gerakkan dakwah mereka kepada umat Islam dengan menerangkan hukum hakam yang terkandung dalam Islam
2.Memartabatkan umat Islam dengan cara penguasaan ilmu fardhu kifayah dengan menitik beratkan kemajuan dunia.
3.Tidak menunjukkan usaha gigih dilakukan untuk memastikan undang-undang dan peraturan Islam dilaksanakan secara menyeluruh dalam Negara Islam.
4.Kerap kali mengiktiraf serta mengakui bahawa agama lain juga ada kebaikannya kerana ia menganjurkan kebaikan dan nilai-nilai yang murni lalu kadang-kadang diadakan dialog antara agama seperti antara agama Islam dan agama kristian untuk mencari persamaan dan kesefahaman.

Apakah keberkesanan langkah-langkah ini? Bagaimana agama Islam itu menjadi rahmat bagi sekalian alam? Tentu sekali agama Islam mesti mengatasi semua agama sehingga ia menjadi agama seluruh alam. Inilah sebenarnya tugas Nabi SAW iaitu menjadikan agama Islam mengatasi semua agama.

Persoalannya adakah selama ini kita umat Islam terutamanya para ulama dan pemimpin benar-benar mengetahui dan memahami serta menyedari tentang tugas Nabi SAW yang terpenting itu?

Layari laman web kami: http://www.theoriginalpath.com
Ikuti kami @Twitter http://twitter.com/alhassaniyyah15

MENYINGKAP KEBENARAN DI KURUN KE 15 HIJRAH Part 1 of 3 oleh Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah

http://www.youtube.com/watch?v=Xz1RXsFVkgs&feature=relmfu


Uploaded by  on Jun 7, 2011
Ada suatu persoalan yang sering menjadi tajuk bualan serta perbahasan para alim ulama serta pemimpin Islam iaitu kenapakah umat Islam hari ini tidak lagi disegani dan dihormati bahkan menjadi hina di mana sahaja mereka berada hatta di negara mereka sendiri?

Ceramah oleh Guru Tuan Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah ini menjelaskan dengan terperinci masalah ini. Beliau juga menyentuh keadaan umat Islam hari ini serta kebenaran di kurun ke 15 hijrah.

Layari laman web kami: http://www.theoriginalpath.com
Ikuti kami @Twitter http://twitter.com/alhassaniyyah15

Category:

Glad Tidings For The Whole Universe Part 1 of 2 by Shaikh Haji AbdulRahim Al Hassaniyyah


Uploaded by  on Jun 7, 2011
This message by Sheikh Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah will explain our role as human beings in this world and our salvation in this world and the next world. Do listen with open hearts and mind.

Please visit our website at http://www.theoriginalpath.com
Please follow our tweets @Twitter http://twitter.com/alhassaniyyah15

UNVEILING THE TRUTH IN THE 15TH CENTURY HIJRIAH Part 1 of 3 by ShaikhHaji Abdul Rahim Al Hassaniyyah

http://www.youtube.Laurent/watch?v=b9-_GHzMO6U&feature=relmfu


Uploaded by  on Jun 7, 2011
This message by Sheikh Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah will convey the truth from our Lord.

There are three things that remain secret which the learned among the Jews, the Christians and the Muslims have never really unveiled them to the public and thus make them a reality.

What are these three secrets ?

Please visit our website at http://www.theoriginalpath.com
Please follow our tweets @Twitter http://twitter.com/alhassaniyyah15



Concept of Love and Mercy by Shaikh Abdul Rahim AlHassaniyyah

http://www.youtube.com/watch?v=aUG2H4IhLcU&feature=related


Uploaded by  on Jun 7, 2011
What is the concept of true love and mercy which had been preached by all the prophets and messengers of Allah, The Almighty? It is important for all to know the answer because everyone claims that his religion teaches people to live with love and compassion with one another.
Muslims and non Muslims especially Christians have been talking about love and compassion and encouraged that humans should live together with love and mercy. Many efforts have been made towards it but there is still no love and compassion among humans. The United Nations and other related organizations have been established to create peace, harmony and cooperation among nations but until today they still fail to achieve their objective. Why is that so?

The love and compassion that they voiced out is only temporary in nature and not a true love and compassion. This is because it is based on worldly counts, lust and mortal ideas and not for the sake of Allah S.W.T alone. That is why their love and compassion cannot last long. So what is true love and mercy ?

In this fifth series of Sheikh Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah's messages to the whole world, the Sheikh will touch on the core teaching of Allah's Religion i.e The Concept of true Love and Mercy.

Please visit our website at http://www.theoriginalpath.com
Please follow our tweets @Twitter http://twitter.com/alhassaniyyah15



Prophets and Messengers by Shaikh Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah

http://www.youtube.com/watch?v=qVduDUUpkS0&feature=relmfu


ploaded by  on Jun 7, 2011
The Prophets and Messengers are like gems of necklace which are joined in continuum with one (1) task, i.e. to bring and propagate the religion of Allah to the human race.

However today there are some people who are in doubts as to whether there is really a prophet and messenger of Allah SWT. There are some who do not believe in the prophet and messenger of Allah SWT. There are some who believe in the previous prophets and messengers of Allah SWT but rejected the final messenger from Allah, The Almighty.

As all Prophets and Messengers are like gem of necklace, to disbelieve and to disobey The Holy Prophet Muhammad S.A.W. is the same as to disbelieve and disobey the previous Prophets and Messengers. This is why all the Muslims must believe in all the previous prophets and messengers.

This fourth series of Sheikh Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah's messages to the whole world will discuss the Prophets and Messengers of Allah The Exalted in detail.

Please visit our website at
http:// www.theoriginalpath.com
Please follow our tweets @Twitter
http://twitter.com/alhassaniyyah

Concept of God Part 1 & 2 by Shaikh Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah

http://www.youtube.com/watch?v=jSLRIKXfodU&feature=relmfu

The first series of Sheikh Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah's messages to the whole world, discussing the concept of God based on the concept of unity or monotheism.

We all know that this entire universe and everything in it can not exist by themselves or can create themselves. There must be a Super Being who has created them. A house can not exist by itself or can create itself. It needs someone to build it.

We have no intention to ridicule or disgrace other religions especially that of Christianity and Judaism but for the sake of Allah, The Almighty and for the love of mankind.

Please visit our website at
http:// www.theoriginalpath.com
Please follow our tweets @Twitter 
http://twitter.com/alhassaniyyah

Concept of Religion Part 1, 2 & 3 by Shaikh Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah

http://www.youtube.com/watch?v=hcXMoV5rMLA&feature=relmfu
Some say that all religions are the same because they all bring man close to God but only each takes different road to God, The Almighty.

Some say that all religions are good because they teach good moral values.
Some in the propagation of their religion allege that other religions are not true and will do anything to convert people to their religion.

Some have rejected all religions because to them the religion is nothing but escapism and they want to live free from all religion injunctions and restrictions. They become atheists.

These bring us to some questions :
1. Are there many Allah's Religion or there is only one?
2. Does Allah, The Almighty accept all these religions or only accept that religion which His ?
3. What is Allah's Religion ?

These are the problem on religion that have caused great misunderstanding and have cause people to deviate from the right path. The second series of Sheikh Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah's messages to the whole world, discussing the true concept of religion of Allah SWT.

Please visit our website at
http:// www.theoriginalpath.com
Please follow our tweets @Twitter
http://twitter.com/alhassaniyyah

The Day of Deliverance by Shaikh Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah

Lets watch this video

"O Brothers and Sisters! All these arguments point out that the Holy Quran is indeed the words of ALLAH, The AlMighty and no the words of the Holy Prophet PBUH. Verily ALLAH speaks the truth."

http://www.youtube.com/watch?v=PO-PUA6o1Fo&noredirect=1


Monday, May 14, 2012

BANGUNLAH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMBELA NEGARA YANG TERCINTA!

Dari Fb Syidah Mustafa 4 Mei 2012


BANGUNLAH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMBELA NEGARA YANG TERCINTA!

Merujuk tuduhan rasuah dalam pembelian senjata oleh pihak Mahkamah Perancis yang disiarkan dalam Malaysiakini 3 Mei 2012.

Sebagai sebuah Negara berdaulat yang dihormati diseluruh dunia, kita merasa terkejut dan berdukacita di atas pertuduhan yang tidak patut dan melampau ini yang dilemparkan keatas negara Malaysia dan pemimpinnya oleh kerajaan Perancis, maka kami mengajak seluruh rakyat 1Malaysia untuk bangun sama-sama menyokong pemimpin yang dicintai terutama PM kita, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Mantan Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Puteri UMNO dan Mantan PM yang sentiasa menjaga nama baik Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed untuk menjawab pertuduhan tersebut bagi membela Negara yang kita cintai.


Wahai kamu Pemimpin Pencinta Negara, bangunlah untuk mempertahankan maruah Negara tanpa rasa takut dan ragu-ragu.


Kami rakyat 1Malaysia sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Wahai semua rakyat Malaysia, atas semangat 1Malaysia tanpa mengira bangsa dan fahaman politik, marilah kita sama-sama berdiri teguh dibelakang pemimpin-pemimpin kita ini.

Pemimpin yang Dinanti-nantikan

DARI fb Hj Benjamin Hj Usman 29 April 2012

KEBENARAN TERSINGKAP DGN KENYATAAN BENAR INI... sila baca dan hayatii, marilah ktia sama2 doa agar PEMIMPIN yg benar dan sejati dibangkitkan ALLAH SWT utk menyelamatkan kita semua tidak kira apa bangsa dan kefahaman - kita semua mengharapkan kebaikan dan keselamatan dunia dan akhirat. AMIN
PEMIMPIN YANG KITA NANTIKAN:

Asalamualaikum, kesimpulan yang boleh kita buat melalui peristiwa BERSIH 3.0 pada sabtu 28hb April 2012 adalah, tiada satu pun Pemimpin Islam samaada dikalangan ulama atau yang lainnya tampil dan bangkit untuk memimpin lautan manusia yang datang mengharapkan agar keadilan dapat ditegakkan sekali gus melenyapkan kezaliman.Sepatutnya mereka mengambil kesempatan dalam situasi ini untuk menyatakan Kebenaran, tetapi apa yang terjadi ialah, mereka telah meninggalkan perhimpunan itu dan membiarkan rakyat berjuang sendirian. sedangkan rakyat yang bangkit itu datang kerana mengharapkan adanya suatu kekuatan yang boleh dimereka jadikan sandaran untuk mengisi kekosongan cita-cita dan harapan mereka itu. Namun mereka telah pulang kerumah dengan membawa kekosongan itu kembali.


Bukan untuk mengkritik pemimpin-pemimpin ini, tetapi mereka sepatutnya mengambil kesempatan menyatakan kebenaran kerana kesempatan seumpama ini tidak selalu Tuhan berikan. Sayangnya mereka terlalu menjaga hati kawan sedangkan kalau kita nyatakan kebenaran, kawan-kawan kita tadi akan selamat dunia dan akhirat, sabda Nabi SAW “katakanlah (kebenaran )walaupun pahit”.


Perjuangan ini bukanlah sekadar menuntut perubahan Plihan Raya kerana sekalipun tuntutan itu dipenuhi belum pasti keadilan dapat ditegakkan dalam PRU akan datang. Perjuangan ini adalah untuk menyatakan kebenaran bahawa bumi ini adalah milik Allah dan kita sebagai hamba-hambaNya yang telah dipilih untuk mendiami bumi sekali gus sebagai khalifah.justeru itu kita hendaklah menggunakan undang-undang Nya untuk mentadbir dunia ini. Hanya undang-undang dan peraturan Allah yang berlandas kasih sayang yang boleh menjaminkan keadilan,keamanan dan mengujudkan kasih sayang dikalangan umat manusia tanpa mengira, bangsa dan warna kulit. Bahkan ianya akan menjamin keadilan dan keselamatan kepada mahluk-mahluk lain seperti jin,haiwan,tumbuh-tumbuhan dan alam jamadat. Ini adalah kerana kita dan alam serta segala yang ada didalamnya adalah ciptaan Allah maka hanya undang-undang dan peraturanNya sahajalah yang layak dan sesuai untuk dipakai.


Keadaan agama Islam sekarang ini didalam kucar kacir.kekeliruan dan keraguan serta hilang arah tujuannya. Agama yang lurus dan terang benderang menjadi kabur disebabkan berbagai fahaman,konsep dan nama yang dikaitkan dengannya akibatnya, agama itu telah ditohmah dengan berbagai tohmahan dan tuduhan yang tidak layak baginya.Buktinya kes murtad bertambah,gejala Gay,Lesbian,Bisexual dan sex bebas berleluasa,kes jenayah dan keganasan rumah tangga meningkat, penipuan dan ketidak adilan dimana-mana, rakyat masih hidup melarat dan sengsara sungguh pun hidup di Negara –negara Islam yang kaya raya.


Oleh yang demikan, sudah tiba masanya untuk kita memohon pada Allah SWT untuk membangkitkan seorang Pemimpin yang akan membawa Kebenaran untuk menghancurkan semua ketidak adilan dan kebathilan yang ada sekarang ini bukan sahaja untuk keselamatan umat Islam tetapi umat manusia sejagat.Marilah kita menadah tangan dengan rendah hati memohon pembelaanNya dengan mengutus Pemimpin yang akan membela kita dari kemelut yang menghambat seluruh umat Islam selama ini. Pemimpin inilah yang akan mengisi kekosongan dalam jiwa-jiwa kita dan mahluk-mahluk sekeliling kita ,yakni untuk hidup saling berkasih sayang sesuai dengan kehendak Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.