Friday, May 18, 2012

TIDAK MUSTAHIL KUASA PEMERINTAHAN AKAN TERLEPAS DARI TANGAN KITA!


  • TIDAK MUSTAHIL KUASA PEMERINTAHAN AKAN TERLEPAS DARI TANGAN KITA!

    Sayang sekali setelah 54 tahun Malaysia merdeka masih belum mengamalkan dasar pemerintahan Islam yang merupakan Undang-undang Tuhan dan masih mengamalkan demokrasi undang-undang ciptaan manusia. Lalu apakah yang menghalang kita untuk melaksanakan tuntutan Illahi tersebut?. Bukankah Tanah Melayu ini milik kita anak watan yang beragama Islam? bukankah kita yang majoriti mendiami tanah ibunda ini? Bukankah tampuk pemerintahan telah diserahkan oleh Allah SWT sebagai amanah untuk kita mentadbir mengikut kehendakNya? Bukankah agama Islam itu adalah benar dan Undang-undangnya adalah adil serta sesuai untuk semua umat manusia pada setiap tempat dan zaman? 

    Apa yang terjadi kini Kita lebih meyakini undang-undang buatan manusia seolah-olah ianya lebih adil berbanding dengan undang-undang Tuhan ,malah ada yang mempersoalkan keadilan undang-undang Illahi terutama dalam hukum Hudud bahkan ada yang mempersendakannya sebagai tidak adil,kolot dan ketinggalan zaman.Maka tidak heranlah jika tampuk pemerintahan ini akan diserahkan kepada yang bangsa yang lain sebagaimana yang terjadi kepada kerajaan Islam di Baitul Maqdis,Andulusia dan Empayar Uthamaniah. Ini adalah akibat umat Islam yang telah lalai dengan kemewahan hidup dan lupa akan tanggungjawab mereka untuk meninggikan hukum Allah.Natijah daripada membelakangi undang-undang dan Peraturan Tuhan tersebut menyebabkan terjadinya perpecahan ,saling bersengketa sesama sendiri,jatuh menjatuhkan dan hilangnya perpaduan dikalangan mereka. Lantaran itu Allah SWT menghukum mereka dengan mencabut kekuasaan pemerintahan dari tangan mereka.

    Nampaknya perkara yang sama itu telah terjadi dinegara kita, dimana umat Islam pada hari ini kerana harta, kekayaan,pangkat dan kedudukan mereka saling berbalahan,fitnah memfitnah dan jatuh menjatuhkan sehingga hilangnya perpaduan dikalangan umat Islam inilah akibatnya membelakangkan undang-undang Illahi . Justeru itu , tidaklah mustahil apa yang telah terjadi dinegara-negara Islam diatas akan berulang kembali dinegara ini dimana Allah SWT akan mencabut kekuasaan ditangan kita sebagai hukuman dan memberikannya kepada bangsa lain kerana sudah banyak tanda-tandanya menuju kearah itu. Sesungguhnya kemenangan dan kekalahan itu tidak ditentukan oleh Pilihanraya tetapi oleh Allah SWT boleh sahaja Allah SWT menjatuhkan sebuah Kerajaan atau pun sebaliknya tanpa pilihanraya, renungkanlah ayat Al Quran :

    “katakanlah: wahai Tuhan yang mempunyai Kerajaan, Engkau memberikan Kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki, ditangan Engkaulah segala kebajikan sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu” AL Imran : 26

    Maka tiada jalan lain melainkan para pemimpin umat Islam dari kalangan Kerajaan dan Pembangkang wajiblah mematuhi serta melaksanakan undang-undang dan Peraturan Tuhan dengan melupakan pendapat dan ideology mereka sebelum tibanya Hukuman daripada Allah SWT tersebut kerana kalaulah ianya telah tiba maka kita tidak dapat ditolong lagi dan kita akan menjadi hina walaupun di negara sendiri, sebagaimana firmanNya:

    “dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dan berserah diri lah kepadaNya sebelum datang azab kepada mu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi” AzZumar:54