Kami hanya memberi peringatan dalam tulisan kami sebelum ini, kami hanya menyatakan mengikut fakta sejarah dan Firman Allah tentang apa yang Dia telah lakukan keatas umat yang membelakangi dan lupa untuk menegakkan hukum-hukum Allah malah mempersendakannya. Mustahil atau tidak mustahil menjatuhkan atau menaikkan sebuah Kerajaan itu adalah bagi Allah, kalaulah manusia ada kuasa mereka ingin berkuasa selama 1000 tahun.
Apa yang kami perhatikan bahawa keadaan yang berlaku dinegara ini telah sama dengan apa yang telah berlaku dinegara-negara Islam seperti Baitul Maqdis, Andulusia dan Empayar Uthmaniah. Justeru itu azab dan hukuman Allah pasti akan tiba oleh itulah kami memberi peringatan sebelum terlambat. Kami memberi peringatan ini hanyalah untuk menyampaikan apa yang Allah SWT telah beri peringatan kepada umat Islam seperti ayat Al Quran al Ghhafir : 21

“dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi,lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka? orang-orang itu lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak ) peninggalan-peninggalan (peradaban)nya di bumi, tetapi Allah mengazab mereka kerana dosa-dosanya.dan tidak akan ada sesuatu pun yang melindungi mereka dari (azab) Allah” Ghafir :21
Dalam ayat ini jelas Allah SWT memberi peringatan kepada kita umat Islam, supaya tidak melakukan perkara yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu dimana mereka telah ditimpakan dengan hukuman atas perbuatan mereka itu. Justeru itu, apabila kita membuat perkara yang sama pasti Allah SWT akan menimpakan hukuman yang sama. Inilah peringatan yang terdapat dalam AlQuran untuk kita umat Islam. Oleh itu apa yang kami lakukan ini hanyalah menyampaikan peringatan yang terdapat dalam Al Quran. Terpulanglah kepada anda untuk mengambil ikhtibar atau tidak. Memadailah dengan apa yang kami sampaikan setakat ini, kerana ada orang yang kurang senang dengan tulisan-tulisan kami sebelum ini.