Showing posts with label Thoifatul AH Activities. Show all posts
Showing posts with label Thoifatul AH Activities. Show all posts

Wednesday, August 9, 2023

TESTIMONI PESERTA AEFI DI BEBERAPA LOKASI ANJURAN KOORDINATOR

Tontonlah testimoni2 di bawah ini. Inilah bukti bahawa hanya Allah SWT yg Maha Kuasa sahaja boleh lakukan semua ini. Ini tidak lain melainkan RAHMAT dan RAHIMNYA kepada kita seluruh umat manusia.... Tonton jangan tak tonton.

Firman Allah SWT dlm surah Az Zumar ayat 54 :

وَأَنِيبُوٓاْ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَأَسۡلِمُواْ لَهُۥ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلۡعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong."

Sunday, May 28, 2023

AEFi : mudharat kesan-kesan V C19 2020-2023

Jika tuan2 dan puan2 telah mengalami AEFI jgn tunggu lama sertailah rawatan ini. Walaupun ramai pakar mengatakan ianya baik dan selamat, namun sebagai seorang Islam kita juga kena ambil kira amaran oleh pakar2 lain yg menentangnya kerana mereka juga ahlinya. Mereka menjangkakan mudarat akan benar2 berlaku setelah 3-5 tahun dan kini seolah2 saban hari makin ketara. 

Mungkin anda rasakan diri anda sihat tidak bermasalah tetapi INGAT apa yang ada dalam diri org2 yg bermasalah ketika ini, ianya juga ada dlm diri anda.. Maknanya  sekarang anda BERISIKO. kalau anda sihat sampai bila2 kena bersyukur banyak2 kpdNya tetapi baik jgn ambil risiko kerana adakah anda benar2 pasti tidak ditimpa mudarat seperti mereka? Selagi Allah buka kurniaanNya, AMBILLAH dan REBUTLAH sbb esok lusa mungkin sahaja Allah Taala tutup rapat peluang itu. Ketika itu siapa salah klu bukan diri sendiri dan di akhirat kelak pastinya akan ditanya.  

Satu perkara kena ingat, pakar2 yg menentangnya pernah juga memberi amaran bahawa tiada siapa atau satu kaedah  yg boleh menghentikan, memusnahkan atau mengeluarkannya. Ini mengambarkan seolah2 kalau sudah memasuki badan seseorang maka ianya menemui jalan mati dan seumpama time bom dlm tubuh kita. 

Tetapi sebagai org beriman jgn berputus asa, kita ada Tuhan iaitu Allah SWT. Kalau sudah tiada berkemampuan menangani mudaratannya maka siapakah yg dapat selain ALLAH SWT? Utamakanlah kesihatan sendiri kerana ia tidak boleh dibeli walaupun dgn jutaan ringgit banyaknya.

Apa yg hampir pasti KOBID dan BAKSINnya bukan sahaja cara Allah SWT membawa manusia kembali dan berserah diri kpdNya malah membuktikan kebenaran dan menaikkan AgamaNya iaitu Islam.

PERCAYA ATAU TIDAK PERCAYA ... nantikan PerancanganNYA



Saturday, July 30, 2022

 

Alhamdulillah segala puja dan puji kepada Allah Taala, dengan qudrat dan iradatNya, majlis rawatan jarak jauh anjuran MAJLIS DAKWAH NEGARA di bandar Sandakan hari ini telah berjalan dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada pihak PDRM, JHEANS dan Majlis Pembandaran Sandakan
kerana telah membuka ruang kepada orang ramai hadir dan mendapatkan rawatan.
Kejayaan hari ini dapat dilihat dengan kesan sembuh serta merta yang dialami oleh para peserta. Ditambah lagi dengan pemintaan mereka agar rawatan seumpama ini diadakan lagi di Sandakan dalam masa terdekat. Permintaan yang sama juga datang dari bandar-bandar lain di negari Sabah iaitu dari Tawau, Lahad Datu, Kudat dan kota Kinabalu.
Walau bagaimanapun untuk pengetahuan semua, terutama yang ingin mendapatkan rawatan kami, kami amat memohon maaf. Ini kerana rawatan jarak jauh ini terpaksa kami hentikan sehinggalah Allah SWT mengizinkan kami meneruskan. Ini bukan kerana kami takut atas kencaman atau penghinaan manusia tetapi untuk mengelakkan fitnah yang dilontarkan kepada kami. Fitnah yang mengatakan kami menunggang agama untuk kepentingan kami.

Hendaklah diketahui dan difahami bahawa rawatan jarak jauh ini bukanlah kami yang menghilangkan dan menyembuhkan mereka yang tampil bermasalah selepas vaksin. Namun ianya adalah dengan Kuasa dan Keperkasaan ALLAH SWT. Ini kami selalu tekankan dalam setiap sesi rawatan jarak jauh kami. Apakah kepentingan yang agaknya kami inginkan dari manusia sedangkan yang menghilangkan dan menyembuhkan mereka adalah Allah SWT. Adakah kami layak campur tangan dalam urusan Allah menghilangkan dan menyembuhkan hamba-hambaNya.

Kami turut rasa terkilan apabila kurnia ALLAH TAALA ini tidak disambut baik oleh para agamawan di negara tercinta ini. Malah ada yang menyeru agar kami menghentikannya kerana ia perkara syirik dan ada pula menyeru agar kami kembali ke pangkal jalan kebenaran. Apa yang salah dengan rawatan jarak jauh kalau yang menghilangkan dan menyembuhkan itu adalah Allah Taala? Adakah ada kebenaran atau yang hak selain Allah Taala? Apakah mustahil Allah SWT melakukan sedemikian melalui hambaNya? Lagi pun Mufti Negeri Sembilan telah memperjelaskan bahawa rawatan jarak jauh ini dibenarkan dalam Islam.

Kepada Allah SWT jua kita memohon petunjuk dan keampunan.

Saturday, June 25, 2022

Rawatan Kesan Vak5in C-!9 di Kg Sri Serdang, Johor Bahru oleh Hjh Noor Sham Abdullah

Alhamdulillah syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT telah selesai program rawatan jarak jauh di Kg Sri Serdang, Johor Bahru.

Terima kasih tidak terhingga kami sekeluarga dan dari mereka yang telah dirawat kepada yang dihormati yang dikasihi, Yang Mulia Tuan Guru kita dan pembantu khas YMTG Tuan Dr Hadi Hasan serta jemaah Thoifah Al Hassaniyyah yang membantu program dari barisan hadapan mahupun di belakang tabir. Juga ahli keluarga Hajjah Halimah terutama Kak Andak Norlela Abdullah, AL Aziz Abdullah serta Uztaz Ezzat Liyana Al Azeez yang membawa jemaah solat taubat selepas selesai rawatan. Juga AJK surau yang sudi meminjamkan Surau untuk menampung kehadiran sanak saudara dan jiran2 Kampung serta kenalan kami yang ingin dirawat pelbagai penyakit dari kesan Va€$in C sembilan belas.
Subhanallah Alhamdulillah walailahaillahalallah AllahuAkbar....segalanya dengan Kehendak dan Keizinan Allah SWT jua. Syukur kami kehadratNya.





Saturday, June 18, 2022

RAWATAN KESAN VAKSIN C19 DI SANDAKAN, SABAH OLEH AMAR ARAKAN

Daerah Sandakan, SABAH telah mencatatkan sejarah luar biasa kerana disana didatangi 750 lebih penduduk tempatan yang ingin dirawati dari kesan AEFI Vak$in C0v1D-19. Syukur Alhamdulillah, Kebenaran naik di daerah disitu tanpa siapa menduga. Kelihatan ramai yang terkesan pulih kembali. Inilah bukti kebenaran!

Maka tibalah masanya kita umat islam dimana kalian berada kembali kepada Tuhan dan berserah diri kepadaNya. Ikutlah jalan kebenaran yang terbentang luas ini, dari fahaman ASWJA tidak dari yg lain dari jalan ini.

Mari lihat testimoni pesakit2 pulih kembali.

Tulisan dari AMAR ARAKAN, SANDAKAN

Berikut merupakan paparan video rawatan jarak jauh oleh mursid kami YMG Sheikh Haji Abdul Rahim Al Hassaniyah.kronologi rawatan adalah seperti berikut di sertai jumlah peserta.
Taman casa san uno 07/06/2022
Jumlah peserta lebih 40 orang sahaja.
Dewan PPR taman batu sapi 14/06/2022
Jumlah peserta 210 orang sahaja.
Masjid Wasatiyyah batu sapi 19/06/2022
Jumlah peserta seramai 500 orang sahaja.
Dalam video ini juga turut di sertakan testimoni dari kalangan peserta yang datang dari pelbagai tempat yang sempat kami rakamkan.rata rata semuanya mengadu sakit bahagian jantung, belakang leher dan pelbagai lagi selepas di v@cseen. Dan semua testimoni peserta adalah seperti yang ada dalam video.Mereka sgt bersyukur dgn majlis berubat jarak jauh ini kerana dengan izin Allah ada perubahan dalam diri dan segala gejala yang mereka deritai selepas v@cseen turut lenyap ketika rawatan. Mereka sangat bersyukur kerana dapat peluang menyertai rawatan dari YMG sheikh Haji Abdul Rahim AlHassaniyah....

https://youtu.be/sisPja3PG6s




Saturday, May 29, 2021

Sedutan rakaman video pembukaan oleh YM Haji Hakim Bin Haji Ghulam Hassan Al Bikangi RA

Dini adalah sedutan video dan ucapan pembuka tirai majlis hari Haul YMTG RA oleh anakanda YMTG RA - Yang Mulia Haji Hakim bin Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA pada 24 April 2016/16 Rejab 1437. Kami sudah mendengar scara live di Kg Bikang, tersebak robak hati mendengar ucapan beliau. Ketika kami download Video ini sekali lagi  air mata menitis terlalu shahdu ucapan beliau. YM Haji Hakim YMTG RA dan semua ahli keluarganya adalah ahlulbait YMTG. Mereka adalah keturunan pertama YMTG RA, pastinya disayangi ALLAH SWT.  Keluarga YMTG RA adalah pilihan ALLAH SWT yang akan diangkat tuhan dengan kemulian, kepujian, kebaikan dan dirahmati ALLAH SWT di kurun ke 15 bahkan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Generasi anak cucu YMTG RA sangat istimewa dan hendaknya  kita muliakan mereka. Sayangilah mereka kerana mereka ahlulbait YMTG RA.

Jutaan terima kasih kepada Anakanda Ammar Bin Haji Benjamin dan teamnya yang bertungkus lumus mengambil video sepanjang hari haul YMTG yang ke 25 di kediaman YMTG RA di Kg Bikang, Lahad Datu Sabah.

Mari kita lihat, dengar dan hayati rakaman video ini mudah-mudahan kita semua mendapat Rahmat ALLAH SWT yang maha tinggi dipilih sebagai orang-orang yang beruntung di kurun ke 15 ini. Aminn ya rabbal Alamin

Monday, November 14, 2016

BERITA GEMBIRA untuk semua umat manusia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Surah Fushsilat Ayat 53:

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴿53﴾

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami didalam ufuk cakerawala langit dan bumi dan didalam diri-diri mereka sehingga menjadi jelas bagi mereka bahawa Al-Quran adalah benar."

Bulan purnama telah terbit dan mendekati kita daripada ufuk timur membawa petanda dan khabar gembira bahawa sesungguhnya apa yang terkandung dalam Surah At-Taubah Ayat 33 adalah benar dan akan menjadi kenyataan "Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan atas agama yang lain walaupun orang musyrik tidak menyukai."

Bulan purnama ini membawa petanda bahawa sesungguhnya tidak lama lagi akan terbit sinaran cahaya kebenaran dari ufuk timur  yang akan menerangi alam semesta melenyapkan kegelapan kesesatan, kezaliman, penindasan dan hawa nafsu. Dengan demikian agama Islam akan menjadi agama dunia mengatasi segala agama.

Inilah berita gembira untuk semua umat manusia.

Foto Kredit : #Supermoon 2016 di Kg Mundas, Tungku, Lahad Datu, Sabah pada 14 November 2016


Friday, June 10, 2016

Sekitar majlis Haul YMTGURU RA

Majlis haul YMTGURU RA yang ke 25 telah diadakan dikediaman beliau di Kg Bikang, Lahad Datu Semporna  pada 24 April 2016.

Orang ramai telah dijemput ke majlis ini. Banner/sepanduk jemputan telah dipasang sekitar daerah Semporna, Lahad Datu dan beberapa kawasan daerah di negeri Sabah.  Melalui media social telah diwar-warkan jemputan ini. Alhamdulillah majlis telah dihadiri lebih kurang 3000 orang sekitar daerah Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

2 sesi ucapan oleh YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyah, pewaris YMTG RA telah diadakan di sebelah pagi dan berhenti berehat waktu zohor dan bersambung ke sebelah petang. Alhamdulillah orang ramai tidak berganjak untuk sama-sama mendengar nasihat dari YMTG.

Majlis gilang gemilang ini telah di usahakan oleh ahli keluarga YMTGURU Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA yang diketuali anak-anaknya sendiri iaitu Haji Abdul Hakim Bin YMTG Haji Ghulam Hassan ALBIKANGI  RA dan Haji Abdul Halim AsSidek Bin YMTG Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA. Kami melihat kesungguhan dan kebaikan semua ahli keluarga YMTGURU RA ini dari anak yg kecil sehingga yang besar sama-sama membantu meraikan tetamu. Amat terharu mereka bersusah payah menghidangkan makanan dari pagi sehingga ke petang seolah-olah  kami ini berada di kursus  yg biasa diadakan syarikat luar. Pendek kata suasana sangat indah harmoni. Disinii tua muda lelaki perempuan duduk asyik mendengar nasihat kemudian solat zohor dan asar berjemaah. Makanan pula enak2 belaka :) Tidak ketinggalan juga kami menziarahi MAKAM YMTGURU RA  yang berdekatan dengan kediaman sebelah Masjid Bikang.

Di majlis tersebut juga diadakan khemah jualan kitab-kitab YMTG RA dan pada hari tersebut secretariat kitab telah membuka jualan istimewa potongan 50% kepada pembeli.  Flyers dan pamphlet berkenaan YMTGURU RA telah diedarkan secara percuma kepada hadirin.

Syukur Alhamdulillah tiada kata yang dpt diukirkan betapa sedapnya menguruskan dan menghadirikan diri ke majlis yang sangat berkat ini.

Harapan kami dari team Annisa tidak rugi nya kita terjun membantu kerja2 kebajikan demi utk Agama Allah terutamanya menolong membangunkan AgamaNya di bawah bimbingan Guru Mursyid.

Mudah-mudahan cita-cita murni guru kami agar islam naik dan manusia selamat dunia akhirat menjadi realiti sedikit masa lagi. Agama Allah hak mutlak Allah Taala. Tentunya kebenaran islam pasti akan naik tepat pada masanya sebagaimana yang Allah janjikan didalam hadis Rasulullah SAW segalanya atas kehendakNya jua kami hanya dapat bersyukur kerana berada di tengah-tengah misi kebenaran ini. Alhamdulillah aminnn












Menziarahi Makam YMTG RA sebelah petang selepas asar

YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah di pentas utama bersama jemaah 
Di booth jualan kitab-kitab dan flyers untuk diberi percuma

Hadirin tekun mendengar ceramah oleh YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah

Sedekah Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Assalamualaikum wbt

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari An Nisa Team.  Semoga kita semua dirahmatiNya sentiasa.  Seperti anda semua sedia maklum, bulan yang mulia ini seharusnya kita bersungguh-sungguh melakukan ibadat dengan sebaik mungkin seperti bertarawih, membaca al-quran, banyakkan berzikir dan sebagainya.  Namun jangan lah kita lupa kepada mereka yang memerlukan.  Sedekah juga merupakan satu bentuk ibadah.

An Nisa Team ingin memaklumkan satu program kutipan rayuan derma telah dilancarkan oleh charity-arm kami iaitu Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.  Program yang dinamakan "Hulurlah Demi Keberkatan Ramadhan" ini bertujuan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Malaysia, khususnya mereka yang berada di pendalaman Sabah.

Kami lampirkan di sini brochure program yang disebutkan tadi.  Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera, email atau tinggalkan saja pertanyaan anda di dalam ruangan komen di bawah.

An Nisa Team
annisateam@gmail.com


Monday, April 11, 2016

Selamat bertemu kembali.......

Assalamualaikum wbt para kekasih-kekasih ALLAH;

Bagi pihak admin-admin yang ada didalam group Annisateam, kami memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis. Kerana kesibukan masa, atau mungkin kerap berkunjung ke Facebook "Persatuan Kebajikan Annisa". Apa pun alasannya nyata Blog ini terabai.

Hidup kita sementara, hari ini ada esok belum tentu ada. Admin pertama yang mereka bentuk blog ini sudahpun tiada, kesungguhan beliau dari awal untuk mencari idea dan mempelajari cara buat blog ini sangat kami kagumi dan menyebabkan adanya blog ini. Beliau sudahpun pergi pada 28 September 2012, mungkin kerana ketiadaan beliau, blog ini jadi sepi sekian lama. Namun itu hanya alasannya. Yang pergi sudahpun pergi dan berbahagia di alam baru. Buatmu Hajjah Nur Hidayah Haji Mohammad Zaid, selamat berbahagialah kamu di sana. Al-Fatihah,

Namun hati dan perasaan kami tetap mencintai jalan kebenaran. Jalan yang terbentang luas dihadapan kita. Wajarlah kita sentiasa duduk dengan orang-orang soleh untuk mendapatkan kata-kata hikmah. Terasa hati yang layu dan sepi hidup semula segar seperti pokok  yang layu disirami air.

Pun jangan lupalah kita untuk sentiasa zikir mengingati ALLAH SWT ketika duduk, baring atau berjalan. Sebagaimana kata -kata sahabat kita walaupun mungkin kita dalam maksiat berzikirlah mudah-mudahan kita terus meninggalkan maksiat tersebut. Subhanallah.

Rejab 1437 datang lagi, banyakkanlah kita beramal di bulan ALLAH SWT ini. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Mudah-mudahan doa kami agar pada bulan Rejab ini kebenaran abad ke 15 naik gilang gemilang agar bukan sahaja kita dan anak cucu kita selamat bahkan satu dunia selamat kerana Agama Islam pastinya akan menjadi Agama resmi dunia. Biarlah orang cakap kami berangan-angan namun tiada mustahilnya jika ALLAH SWT berkehendak. Yang Mulia Guru kami sendiri mengajar kami agar berdoalah dengan doa yang terbaik.

Salam Rejab & Selamat beribadat


Allahyarhamah Hajjah Nur Hidayah bersama Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyah. Blogger pertama blog ini. 




Sunday, September 16, 2012

Program Qurban 1433H di kawasan pendalaman Sabah, Anjuran Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Kuala Lumpur


 FADHILAT IBADAH QURBAN 

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

 Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih Qurban). Bahawa Qurban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah Qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat Qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

Hukum Qurban ialah sunat muakad (Sunnat yang dituntut).
Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina mengikut beberapa syarat yang telah ditentukan seperti sihat, tidak cacat dan sebagainya.
Tarikh Tutup
 Ibadah Qurban 1433H : 20 Oktober 2012
  • Program ini memberi kemudahan umat islam di Malaysia melaksanakan ibadat Qurban.
  • Harga adalah mengikut harga pasaran lembu di Sabah. Harga satu bahagian lembu adalah RM400- RM430.00 atau RM2,800.00 – RM3,000.00 untuk 1 ekor lembu.
  • Harga yang telah ditetapkan termasuk dengan beberapa kos pengangkutan serta kenduri dan tahlil.
  • Qurban  dilaksanakan dikawasan pendalaman Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kudat yang ramai terdiri dari umat Islam tegar miskin.  
Untuk melancarkan urusan Qurban – sila buat tempahan awal sebelum tarikh tutup pada 20hb Oktober 2012 bagi membolehkan pihak secretariat membuat pesanan binatang ternakan yang sesuai untuk diqurbankan.

Nama Akaun: Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Nama Bank: CIMB Cawangan Menara Dayabum
No. Akaun: 1419 0000 2441 08 


gambar korban 1431 di Kg Babusalam, Semporna, sabah

Monday, August 13, 2012

Kutbah Aidil Fitri 2012/1433H oleh YMTuan Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah


Dengan lafaz BismillahirRahmaniRahim.

Assalamualaikum wbt.. khas untuk semua tidak mengira bangsa, status, pangkat dan fahaman politik dan agama.

Terlebih dahulu kami mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat beribadat dimalam-malam mulia 10 Ramadhan terakhir, mudah-mudahan kita semua mengecapi kemuliaan "lailatul qadar" agar malam itu Allah SWT ampunkan dosa-dosa dan kesalahan kita dan menyelamatkan kita di seluruh pelusuk dunia ini dari keburukan dunia dan akhirat.  Aminn..

Marilah kita mengambil peluang untuk membaca serta memahami seta menghayati mesej nasihat/teks kutbah Aidl Fitri Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah, agar kita mendapat Rahmat Allah SWT.

Akhir sekali kami dr Team Persatuan Kebajikan An Nisa mengucapkan "Selamat Menyambut Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin".


Pg 1 of 10
Pg 2 of 10
Pg 3 of 10
Pg 4 of 10
Pg 5 of 10
Pg 6 of 10
Pg 7 of 10
Pg 8 of 10
Pg 9 of 10
Pg 10 of 10

Thursday, May 31, 2012

Sumbangan Ramadan

Assalamualaikum wbt 

Salam Takzim & Salam ukhwah! Kami dari gabungan Persatuan Kebajikan An Nisa dan An Nisa Publication ingin mengajak semua untuk bersama-sama menghidupkan amalan kebajikan sempena di bulan Rejab yang sangat berkat ini. Serta marilah kita sama-sama memuliakan bulan bulan Rejab, Shaaban, Ramadhan dan Shawal yang sedang dan akan kita tempuhi agar kehidupan kita dan anak cucu di masa akan datang mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

Marilah memberi sumbangan apa sahaja yang kita suka agar orang-orang yang memerlukan mendapat kesinaran sedikit kebahagian dari kita agar kita sesama yang senang dan susah hidup dalam keberkatan dan dicurahi Rahmat ALLAH SWT yang maha luas. Amin

Disertakan bersama-sama ini paparan jemputan sumbangan!



Tuesday, November 30, 2010

Program Persediaan Sesi Persekolahan 2011 - Anak2 Yatim & Fakir Miskin Di Madrasah Babusalam


Assalamualaikum wbt kawan2 yang dirahmati Allah SWT, memandangkan sesi persekolahan bagi tahun baru 2011 tidak lama lagi, kami  dari Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (1924-10-SEL) gabungan bersama An Nisa Publication (001835164-W) secara sukarela ingin memanjangkan amal bakti dan kebajikan kepada  semua untuk membantu dalam apa jua bentuk sumbangan kepada lebih kurang 100 orang anak-anak yatim dan fakir miskin di Madrasah Kampung Babusalam, Semporna, Sabah agar kita sama-sama dapat meraih pahala berlipat ganda, dan yang kita harapkan keredhaan ALLAH SWT dan belas kasih sayangNya. 

Add caption

Terima Kasih - selesai sudah ibadah korban 1431H

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ibadah Korban 1431H yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan Negeri Sabah dibawah bayu  seperti Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Kota Kinabalu.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada sekalian yang terlibat dengan urusan korban samada secara langsung atau tidak terutama dari Jemaah Al-Hassaniyah yang diketuai oleh Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaaniyyah dan Penasihat Persatuan Kebajikan An Nisa - Yang Mulia Puan Hajjah Asna yang tidak menang tangan dari permulaan pengurusan  mengajak orang ramai berkorban, pengurusan pembelian lembu, pemilihan lembu-lembu dan seterusnya sehinggalah kesudahan kenduri, majlis tahlil dan doa selamat dari hari pertama sehingga hari ketiga  Hari Raya Aidil Adha. Terima Kasih banyak-banyak hanya ALLAH SWT limpahkan YMTGuru dan YMHajjah Asna kedudukan yang tinggi dan mulia- amin.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada para penyumbang Korban, kesudian saudara-saudara untuk menyertai korban pada tahun ini bersama-sama kami di kawasan kampung2 pendalaman Sabah sangat-sangatlah dihargai dan mudah-mudahan ibadat kita diterima ALLAH SWT, diampunkan dosa-dosa dan kesalahan kita dan ahli keluarga kita yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Mudah-mudahan keberkatan dan rahmat ALLAH SWT menyelinapi kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Untuk pengetahuan semua, 17 ekor lembu-lembu telah dapat dikorbankan dan diagihkan ke kawasan-kawasan kampung. Alhamdulillah sepanjang perlaksanaan korban, upacara di semua kawasan yang terlibat telah dilaksanakan dengan baik dan sempurna, seolah-olah kesemua binatang ternakan ini redha dengan pengorbanan ini. Kerjasama dari semua pihak terlibat sangatlah baik, pengagihan dapat diuruskan dengan sempurna dari permulaan program sehingga ke akhir.

Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar kenangan yang sempat diambil di beberapa tempat untuk tatapan semua.

Sekian terima kasih
b/p Sekretariat Persatuan kebanjikan An Nisa




PROGRAM KORBAN DI KG BABUSALAM, SEMPURNA
































Saturday, October 2, 2010

HULURLAH DEMI KEBERKATAN RAMADAN 1431H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh;

Para dermawan yang budiman yang dirahmati ALLAH SWT.

Demi keberkatan di bulan yang mulia ini, kami dari Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (1924-10-SEL) gabungan bersama An Nisa Publication (001835164-W) secara sukarela ingin memanjangkan kebajikan untuk semua agar kita semua sama-sama dapat meraih pahala berlipat ganda, dan yang kita harapkan keredhaan ALLAH SWT dan belas kasih sayangNya.
Kami dengan rendah diri, memohon kesudian semua untuk menghulurkan dalam apa jua amaun yang paling disukai.

Nama Program

HULURLAH DEMI KEBERKATAN RAMADAN 1431H

OBJEKTIF PROGRAM

1. Mengumpul dana untuk membantu orang-orang fakir miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, mualaf dan orang-orang ibadat (fisabilillah) di Malaysia khususnya di kawasan pendalaman sekitar Sabah seperti Lahad Datu, Semporna, Kudat & Tawau.

2. Melipatgandakan amalan demi keberkatan Ramadan dengan menghulurkan sumbangan berbuka puasa, sedekah dan iktikaf umat islam serta memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan sempena perayaan Aidil Fitri yang mulia.

3. Menghidupkan kebenaran Agama Islam disekitar kawasan pendalaman Malaysia agar kasih sayang ujud sesama umat manusia dan keindahan Agama Islam dapat dirasai oleh golongan berada dan kurang bernasib baik terutamanya pada bulan-bulan mulia dalam islam seperti Ramadan dan Shawal agar sesama manusia miskin dan kaya hidup aman sentosa, harmoni dan berkasih sayang.

Anjuran/Gabungan Bersama
Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (1924-10-SEL) & An Nisa Publication (001835164-W)

Amaun
Apa-apa jua amaun yang paling disukai.

Pembayaran
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun "Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & WP Kuala Lumpur. - CIMB No Akaun : 86-000977-57".

Sila hantarkan slip pembayaran kepada:-
Sekretariat
Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor & Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (1924-10-SEL)
No. 16, Jln Seri Putra 6/4
Bandar Seri Putra, 43000 Bangi
Selangor
Tel: 012-3175493, 019-2401425, 019-2881466, 019-3676317, 019-3313106, 013-3875402