BANGUNLAH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMBELA NEGARA YANG TERCINTA!
Merujuk tuduhan rasuah dalam pembelian senjata oleh pihak Mahkamah Perancis yang disiarkan dalam Malaysiakini 3 Mei 2012.
Sebagai sebuah Negara berdaulat yang dihormati diseluruh dunia, kita merasa terkejut dan berdukacita di atas pertuduhan yang tidak patut dan melampau ini yang dilemparkan keatas negara Malaysia dan pemimpinnya oleh kerajaan Perancis, maka kami mengajak seluruh rakyat 1Malaysia untuk bangun sama-sama menyokong pemimpin yang dicintai terutama PM kita, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Mantan Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Puteri UMNO dan Mantan PM yang sentiasa menjaga nama baik Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed untuk menjawab pertuduhan tersebut bagi membela Negara yang kita cintai.
Wahai kamu Pemimpin Pencinta Negara, bangunlah untuk mempertahankan maruah Negara tanpa rasa takut dan ragu-ragu.
Kami rakyat 1Malaysia sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Wahai semua rakyat Malaysia, atas semangat 1Malaysia tanpa mengira bangsa dan fahaman politik, marilah kita sama-sama berdiri teguh dibelakang pemimpin-pemimpin kita ini.