Thursday, May 17, 2012

REFORMASI BUKAN TRANSFORMASI...dari FB Hj Benjamin Hj Usman 16 Mei 2012



REFORMASI BUKAN TRANSFORMASI
Perkataan transformasi boleh membawa erti penjelmaan dari kebaikan kepada kejahatan walaupun boleh juga membawa erti sebaliknya. Ini bermakna pemilhan perkataan Transformasi oleh Regim Najib telah salah atau kurang tepat. Sebagai contoh seorang yang baik boleh ditransformasikan menjadi Penyamun dalam ini negeri. Imam Muda yang sepatutnya duduk dimesjid menjaga waktu dan sholat berjemaah menjadi ustaz selebriti yang asyik muncul dalam program TV, dari Bilal surau kepada penyanyi idola pujaan ramai, membangkitkan fantasi hingga muda mudi lupa diri dalam hiburan yang mengasyikkan. Dari pemimpin “Pembela rakyat” kepada “Pembelah rakyat”. Kalau itu dianggap pencapaian maka TRANSFORMASI BERJAYA yang dilaungkan bolehlah dianggap berjaya, yakni menjadikan seorang yang baik menjadi jahat.
Perkataaan yang sepatutnya digunakan adalah Reformasi kerana itu merupakan perubahan kepada yang lebih baik. Tetapi pembangkang dah guna jadi terpaksa pakai Transformasi tapi telah salah tempat. Inilah akibatnya, Negara telah menjelma menjadi Negara yang bankrupt pada bila-bila masa akibat program-program kerajaan yang menabur wang ringgit dalam usaha desperado mereka untuk memancing sokongan rakyat.