Wednesday, November 16, 2016

#Supermoon 14 November 2016 alamat Islam akan menyinsing setiap penjuru dunia

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Surah Fushsilat Ayat 53:

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴿53﴾

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami didalam ufuk cakerawala langit dan bumi dan didalam diri-diri mereka sehingga menjadi jelas bagi mereka bahawa Al-Quran adalah benar."

Bulan purnama telah terbit dan mendekati kita daripada ufuk timur membawa petanda dan khabar gembira bahawa sesungguhnya apa yang terkandung dalam Surah At-Taubah Ayat 33 adalah benar dan akan menjadi kenyataan "Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan atas agama yang lain walaupun orang musyrik tidak menyukai."

Bulan purnama ini membawa petanda bahawa sesungguhnya tidak lama lagi akan terbit sinaran cahaya kebenaran dari ufuk timur  yang akan menerangi alam semesta melenyapkan kegelapan kesesatan, kezaliman, penindasan dan hawa nafsu. Dengan demikian agama Islam akan menjadi agama dunia mengatasi segala agama.

Inilah berita gembira untuk semua umat manusia.

Photo credit : #supermoon dari Kg Mundas, Tungku, Lahad Datu, Sabah

Tuesday, November 15, 2016

KEBANGKITAN ISLAM DARI UFUK TIMUR DI AKHIR ZAMAN.

Menurut catatan sejarah beberapa kumpulan pendakwah Islam yang kebanyakkannya dipelopori oleh bangsa arab, telah datang ke nusantara bagi menyebarkan Agama Islam kepada penduduk di kepulauan ini. Di antara mereka yang dapat kita cungkil di antaranya ialah :
1360  -  Sharif Makhdum ( sharif Tujuh )  di Filipina
1392  - Maulana Malik Ibrahim  ( Wali Songo ) di Indonesia.
1495  - Sheikh Ismail di Pulau Besar, Melaka
1819  - Habib Noh di Singapura
1938 – Yang Mulia Tuan Sheikh Haji Ghulam Hassan di Borneo
Daripada senarai ini, kumpulan sharif 7 telah berdakwah ke kepulauan Selatan Filipina. Mereka dikenali sebagai sharif 7 kerana mereka terdiri daripada tujuh orang yang semuanya datang secara langsung dari Kota Suci Mekah, mereka ialah :
SYEIKH AULIAALLAH @ SYARIF DAUD AL MAKKI AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF AHMAD HABIBULLAH AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF KHALIL MAKHDUM AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF MAKHDUM AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF ALWI BALFAKKI AL-QURAISY
SYEIKH SYARIF FUQUH ( ABU BAKAR AL-QURAISY) 
SYEIKH SYARIF SULAIMAN AL-QURAISY
Namun peranan mereka berdakwah dan mengIslamkan orang tempatan di kepulauan tersebut  terutama di kawasan Tawi-Tawi tidak tercatit dalam sejarah perkembangan Islam di Nusantara. Mungkin penduduk tempatan tidak mempunyai keupayaan berbanding dengan  orang tempatan di tanah jawa untuk menulis perjuangan mereka, sharif 7.
Tentu sekali ada hikmah disebaliknya. Namun yang pasti Allah Taala tidak sekali-kali mengsia-siakan perjuangan mereka. Boleh jadi dari keturunan merekalah akan muncul seorang pembawa “KEBENARAN” mulai di kurun ke 15 hijrah ini.
Tulisan dr fb Hadi Hassan

Monday, November 14, 2016

Glad tiding for all mankind

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴿53﴾

We will show them Our signs in the horizons and within themselves until it becomes clear to them that Quran is the truth. But is it not sufficient concerning your Lord that He is, over all things, a Witness? ﴾53﴿ Fussilat
The full moon has risen and has approached us from the eastern horizon bringing good signs and glad tidings confirming what has been stated in Surah At-Tauba, verse 33 and is true and will indeed become a reality.

"He who has sent His Messenger with the guidance (of Allah) and the religion to proclaim the truth of other religions even though the polytheists may be averse. "
This full moon signifies a light of truth will soon rise from east illuminating the whole universe, dispelling darkness, injustice, oppression and desires. Thus Islam will be the religion of the world to overcome all religions.

This is indeed a glad tiding for all mankind.

By The Honourable Sheikh Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah 14 November 2016.
Photo credit : #supermoon 14 Nov 2016  in Lahad Datu, Sabah

BERITA GEMBIRA untuk semua umat manusia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Surah Fushsilat Ayat 53:

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ ﴿53﴾

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami didalam ufuk cakerawala langit dan bumi dan didalam diri-diri mereka sehingga menjadi jelas bagi mereka bahawa Al-Quran adalah benar."

Bulan purnama telah terbit dan mendekati kita daripada ufuk timur membawa petanda dan khabar gembira bahawa sesungguhnya apa yang terkandung dalam Surah At-Taubah Ayat 33 adalah benar dan akan menjadi kenyataan "Dia lah yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan atas agama yang lain walaupun orang musyrik tidak menyukai."

Bulan purnama ini membawa petanda bahawa sesungguhnya tidak lama lagi akan terbit sinaran cahaya kebenaran dari ufuk timur  yang akan menerangi alam semesta melenyapkan kegelapan kesesatan, kezaliman, penindasan dan hawa nafsu. Dengan demikian agama Islam akan menjadi agama dunia mengatasi segala agama.

Inilah berita gembira untuk semua umat manusia.

Foto Kredit : #Supermoon 2016 di Kg Mundas, Tungku, Lahad Datu, Sabah pada 14 November 2016


#supermoon 14 Nov 2016 alamat sifat kelembutan Agama Islam

Islam itu cahaya berbentuk lembut dan cahaya bulan itu kasih sayang. Lembut menusuk jiwa. Bulan melambangkan keindahan dan kelembutan sesuai dengan agama Islam. Matahari cahayanya panas melambangkan keganasan. Sifat Islam menepati sifat bulan bukan sifat matahari.
Oleh YM Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah
#supermoon di Palau Mabul, Semporna, Sabah 14 November 2016

Sunday, November 13, 2016

Ship of Salvation

This ship is not made of wood or iron. It is made with the word (Kalimah). It can cruise at sea, land, air and in space. I would like to invite all my friends into this ship by like this picture.

We human are from one descendant as such we  are  brothers regardless our background as we are from Prophet Adam & Eve Alaihissalam.

So let us continue sailing to a destination that brings us to the salvation in this world and next world.

Please give us your simple comment means you are with us into the ship.

Slogan keselamatan YMTG RA - Surah AZ-ZUMAR 54

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Surah Az-Zumar:54
وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"And return [in repentance] to your Lord and submit to Him before the punishment comes upon you; then you will not be helped."
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan
pertolongan.

FAJAR ISLAM telah mula menyising tanggal 11 November 2016

Fajar Islam telah mula menyingsing dari ufuk timur. Penumpang telah cukup. Bahtera penyelamat Thoifatul Al-Hassaniyyah akan memulakan pelayaran bila-bila masa..



Pengajian ALQuran Surah AL-BAQARAH ayat 193

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Al-Baqarah:193
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ ۖ فَإِنِ انتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ
"Fight them until there is no [more] fitnah and [until] worship is [acknowledged to be] for Allah . But if they cease, then there is to be no aggression except against the oppressors."
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim."

Friday, November 11, 2016

Ulama mencampur adukkan pekerjaan yang baik dan yang buruk

Ceramah YMTG Hj Abdul Rahim AlHassaniyyah pada 11 November 2016.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَن يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿102 AtTaubah.
Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang. 102 At Taubah
Huraian ayat - Zaman ini kita melihat ramai pendakwah berlawak &  bernyanyi mencampurkan dalam ceramah. Ada juga Ulama juga campuraduk dengan pelakon pelawak dalam siri ceramah mereka.
Jika mereka tidak mengaku kesalahan ini,  macam mana Tuhan mahu ampunkan mereka. Mereka sangka mereka betul. Kebenaran bukan ada lawak jenaka
Mereka baca juga Al-Quran, tetapi  mereka masih membuat perkara ini.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ SuratuSaff 14
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. ﴾14﴿ SuratuSaff (61:14)
Baginda Rasullulah SAW bersabda:
لَاْ تَزَاْلُ طَاْئِفَةٌ من أمَّتي على الحقِّ ظاهرينَ لا يضُرُّهُم من خَذَلهِم حتَّى يأتي أمرُ اللهِ
“Akan senantiasa ada di kalangan umatku kumpulan/kelompok yang berjuang memenangkan kebenaran, yang tidak berupaya memudaratkan mereka orang-orang yang memulau mereka hinggalah ke saat datangnya urusan Allah (yakni kiamat)”.
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا ﴿Al Ahzab ayat 39
(yaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. ﴾39﴿Al Ahzab
Huraian ayat - Orang yang menyampaikan risalah Tuhan tidak takut kepada sekalian makhluk selain dari Allah SWT. Mereka juga tidak takut pada pemerintah. Sifat ini tidak ada lagi pada ulama kita harini. Jihad paling tinggi ialah bercakap benar pada pemerintah yang zalim.
YM Tuan Guru RA tidak takut pada sesiapa. Beliau tidak akan berhenti menyatakan kebenaran. YM Tuan Guru RA ada sifat yang dinyatakan didalam ayat-ayat di atas.
وَآخَرُونَ مُرْجَوْنَ لِأَمْرِ اللَّهِ إِمَّا يُعَذِّبُهُمْ وَإِمَّا يَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿At Taubah ayat 106
Dan ada (pula) orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah; adakalanya Allah akan mengazab mereka dan adakalanya Allah akan menerima taubat mereka. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ﴾106﴿ At Taubah
Kalau ada laungan jihad, hendaklah mesti kita terus sambut. Jangan lengah-lengah kalau tidak kena hukuman dari Allah Taala.
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ﴿Ali Imran ayat 159
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. 159﴿Ali Imran
Huraian ayat-Sebelum berbuat sesuatu orang Islam hendaknya bermesyuarat dahulu atur strategi putuskan bulatkan tekad dan bertawakkal kepada Allah.
Catatan Bass Ismail

Tuesday, November 8, 2016

SALAM ADA RAHSIA CAHAYA KEKUATAN

Pada ISLAM ada rahsia kuasa apabila ditindas akan muncul CAHAYA yakni KEKUATAN yg tersembunyi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

"They want to extinguish the light of Allah with their mouths, but Allah refuses except to perfect His light, although the disbelievers dislike it."
"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

"It is He who has sent His Messenger with guidance and the religion of truth to manifest it over all religion, although they who associate others with Allah dislike it."
"Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."


Surah At-Taubah 9:23

Tuesday, November 1, 2016

Telah berbunyi Semboyan Bahtera Penyelamat Yang Membawa Panji Kebenaran dari Timur

Kebathilan yg berupa kezaliman & penindasan tak akan dapat dijatuhkan & dilenyapkan dgn cara apapun kecuali dgn datangnya Kebenaran.

"Katakan telah datang Kebenaran dan lenyaplah Kebathilan, sesungguhnya Kebathilan itu sesuatu yg pasti lenyap"..17:81

Dengan berpandukan ayat Quran diatas jelaslah apa jua rancangan & ikhtiar yg dilakukan utk menjatuhkan kebathilan dinegara ini tidak akan berjaya malah membahayakan sehingga munculnya Kebenaran dari Timur.

Justeru itu Semboyan Bahtera Penyelamat yg membawa Panji Kebenaran dari Timur telah dibunyikan maka marilah bersedia untuk menyertainya.

Oleh Tuan Hj Benjamin Hj Usman


Friday, October 21, 2016

Sembahyang adalah perhubungan kita dengan tuhan

Antara intisari ceramah Tuan Guru Syeikh Hj Abd. Rahim Al Hassaniyah Rahimullah malam jumaat  ini 21 October 2016
Sembahyanh itu àdalah perhubungan kita dengan Tuhan. Tak smbahyang bermakna memutuskan perhubungan dengan Tuhan. Oleh kerana kita telah diutus sebagai Khalifah kita hendaklah lapur diri kepada Tuhan sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
Tak sembahyang itu mmutuskan hubungan dengan Tuhan maknanya kita memusuhi Tuhan sedangkan kita memakan nikmat  rezekiNya. Sebab kalau seseorang itu mmusuhi kawannya dia tak akan makan sebarang makanan daripada orang itu.
Tak pantas kita mengingkari Allah yg telah menciptakan kita, sedangkan ibu kita yg melahirkan kita tak patut untuk tidak taat kepadanya. Ini kan pula tuhan yang telah menciptakan kita, memberi kita nikmat hidup dengan pelbagai rezki yang tidak terbilang.
Adakah patut jika kita mdgr bgini:"anak itu bagus cuma dia lawan ibubapanya"..mmg tak patut..jadi ada kenyataan yg bkata org tu baik cuma tak sembhyg..ini adalah salah kerana sejahat2 org itu adalah org yg meninggalkan sembhyg..kerna jahat dan durhaka pd Allah dri segi hukum...sbgaimana kita menderhaka pd ibubapa kerana tak taat pd mereka.
Justru baharulah kita dianggap org baik jika mlaksanakan tggung jwb sholat dgn tak menguranginya bahkan mesti cukup 5x sehari smlm. Maka tak wajar kita menderhaka pd Allah swt yg telah mciptakan kita bahkan kedua ibubapa kita.
Allah swt tetap akan mberikan rezeki pd hamba2Nya wpun mereka ingkar dan derhaka pdNya. Bahkan org kafir skalipun Allah swt tak mengurangi rezeki mereka kerana kekafiran mereka bahkan mereka lebih kaya drp org Islam. Justeru itulah kekayaan bukanlah ukuran sesorg itu disayangi Allah.
Kenapa sembhyg itu dianggap ibadat no.1 kerana perbuatan itu melambangkan "kehambaan". ..kerana tanda syukur pd Allah kita letakkan anggota paling mulia yakni dahi kita ditempat yg paling bawah tempat letaknya kaki. Ini kerna semata2 mrendah diri sujud syukur pdNya.
Tanda syukur no.1 adalah kita rela bersujud pdNya.
Org yg tak sholat tak dianggap bersyukur wpun mengucapkan alhamdulillah.
Sebab itulah sujud dlm sholat itu diulang 2x kerana perbuatan itulah yg paling penting dlm sholat.
Org yg paling kaya kata YMTG adalah org yg diberi peluang olehNya sujud pd Nya. Ini adalah kerana 2 rakaat adalah lebih baik drp dunia dan segala isinya.  Kata Nabi saw bukanlah kaya itu kaya harta benda tetapi kayanya hati.
Jika bangun pagi dan keluarga dlm keadaan sehat wal afiat dan  ada makanan dlm rumah cukup utk sekali mkn shj..kau beruntung bagaikan dunia ini dan seisinya milik kita.
Tetapi kita sering merungut seolah2 Allah swt tak berlaku adil pd kita..sdgkan Allah swt maha Adil dan mengharamkan penzaliman pd hambaNya sendiri drp segi rezeki.
Ini mnunjukkan komplen kita isyaratnya kita tak ikut cakap Nabi saw...sdgkan nikmat yg Allah swt beri itu tiada ternilai spt penglihatan,pendengaran,pemikiran dll..kenapa kita merasa miskin sdgkan nilai mata itu kita tak akan jual walau beribu ringgit harganya.
Tak pernah kita tunjuk muka manis pd Tuhan bahkan sentiasa bermasam muka pdNya.
Kata Nabi saw "dunia itu ladang akhirat"..justeru tanaman yg paling bharga adalah sholat yg mesti banyakkan kita menanamnya didunia ini.

Catatan Hj Benjamin Hj Usman 

Tuesday, October 4, 2016

Manusia adalah khalifah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
An Naml 60 - 64

أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَّا كَانَ لَكُمْ أَن تُنبِتُوا شَجَرَهَا ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ ﴿60
Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran). ﴾60﴿
أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ﴿61
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengkokohkan)nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui. ﴾61﴿
أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ
62
Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya). ﴾62﴿
أَمَّن يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَن يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ تَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿63
Atau siapakah yang memimpin kamu dalam kegelapan di dataran dan lautan dan siapa (pula)kah yang mendatangkan angin sebagai kabar gembira sebelum (kedatangan) rahmat-Nya? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhadap apa yang mereka persekutukan (dengan-Nya).63
أَمَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿64
Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian mengulanginya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)?. Katakanlah: "tunjukkanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar". ﴾64﴿
Huraian ayat-ayat:
Ayat-ayat diatas Allah SWT menyatakan dengan terperinci tentang penciptaanNya.
Jamadat (alam benda) tidak bernyawa tidak tumbuh membesar manakala,
tumbuh-tumbuan tumbuh membesar tapi tidak bergerak.
Haiwan tumbuh membesar bergerak manakala, manusia tumbuh membesar bergerak dan boleh berfikir.
Berarti manusia adalah khalifah sebab boleh berfikir akan tetapi manusia kalau tidak berfikir tarafnya sama atau lebih rendah dari binatang.

Kelas Al-Quran bersama Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah pada 4 October 2016/3 Muharam 1438

4 perkara yang perlu ada pada seorang muslim


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Surah Ar Rum 20-24

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنتُم بَشَرٌ تَنتَشِرُونَ ﴿20
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak. ﴾20﴿
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ﴾21﴿
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ ﴿22
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. ﴾22﴿
وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُم مِّن فَضْلِهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ ﴿23
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan. ﴾23﴿
وَمِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿24
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.
Huraian ayat-ayat:
Lihat dengan teliti 4 ayat-ayat diatas. Tuhan memberitahu kita...
4 perkara mesti ada pada umat Islam :-
1. Tafakkur;
2. Guna akal meneliti;
3. Mendengar nasihat; dan
4. Belajar.
Fungsi utama pancaindera kita ialah untuk melihat kebesaran Tuhan agar kita mengenali Dia. Mengenal dunia itu perkara kedua yang perlu diutamakan dengan mendahului mengenal Allah SWT. Ulama hari ini sepatutnya memberitahu kepada umah agar menggunakan fungsi utama pancaindera ini.
Segala ilmu diturunkan ke atas muka bumi ini samada ilmu matematik, sains, sejarah atau geografi dan segala macam bentuk ilmu yang ada adalah untuk mengenal Allah SWT.
Kelas Alquran bersama YMG Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah 3 October 2016

Wednesday, September 28, 2016

Kenapa kurun ke 15 Hijrah paling indah mengatasi era Imam Mahadi AS?

Kenapa kurun ke15 Hijrah itu dianggap kurun paling indah mengatasi era Imam Mahdi, tetapi mengapa seolah-olah kurun ini di rahsiakan? Kenapa?

Kurun ke15 hijrah dikatakan kurun paling indah kerana ianya akan kembali ke era seperti pemerintahan Khilafah atas manhaj Nubuwwah, inilah yg dimaksudkan oleh Nabi SAW ini dan ianya belum lagi era Imam Mahdi mengikut hadis Nabi SAW:

“Periode kenabian akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya. Setelah itu datang periode khilafah “aala minhaj nubuwwah” (kekhilafahan sesuai manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah Ta’ala mengangkatnya. Kemudian datang periode “mulkan aadhdhan” (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa. Selanjutnya datang periode “mulkan jabbriyyan” (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala. Setelah itu akan terulang kembali periode khilafah “ ‘ala minhaj nubuwwah”. Kemudian Nabi Muhammad saw diam.” (HR Ahmad; Shahih).


Diam Baginda SAW adalah kerana ini adalah tempoh yang dirahsiakan khususnya dari Iblis laknatullah, itulah sebab para Sahabat RA tidak diilhamkan Allah SWT untuk bertanya kenapa Nabi SAW diam, agar Iblis tidak dapat meneka dengan tepat bila, dimana dan siapa “Penegak Kebenaran” itu kerana tentulah dia cari jalan untuk menggagalkannya. Ini bermakna “Penegak Kebenaran” itu mendapat perlindungan Allah SWT. Zaman inilah yang dikatakan zaman Kebangkitan Islam dalam Bahasa Inggeris yang sering pihak ABIM perkatakan dahulu “the rising tide of Islam”.

Didalam hadis diatas jelas periode Khilafah yang berjalan atas manhaj Nubuwwah ini tidak ada disebutkan tentang peranan Imam Mahdi, ini menunjukkan bahawa era ini adalah kebangkitan Islam sesuai sebagaimana dengan ayat-ayat Al-Quran Surah Al-Fatah dan Surah At-Taubah akan menjadi agama Islam itu dimenangkan dan ditinggikan atas semua agama sebelum era Imam Mahdi.

Surah.Al-Fatah ayat 28:

وَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا

(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan Agama yang benar (Agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan Agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).
Surah At-Taubah ayat 32-33

{يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ_ هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.

Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.

Imam Mahdi tidak dianggap sebagai era kebangkitan atau kegemilangan sebab pertama tempoh pemerintahannya singkat (selama 7 tahun) kedua eranya itu berada diambang kiamat. Lalu apakah peranan beliau sebenarnya? Peranan beliau sebenarnya adalah sebagai penutup Risalah KeRasulan yang dimulai oleh Rasulullah SAW, Khulafah ArRasyidin, Para Sahabat RA,  Tabiin, Ittabiin dan Ulama-ulama Mujtahidin yg merupakan pelopor 3 sendi ilmu dalam Islam iaitu Fiqh,Tauhid dan Tasawuf. Kemudian para Ulama-ulama yang bertebaran keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Ini adalah fasa pertama Risalah KeRasulan asas dan penyebaran.

Fasa kedua adalah era Kebangkitan dan kegemilangan ISLAM seperti didalam ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang dibahaskan diatas.

Fasa ketiga adalah fasa penutupan Risalah KeRasulan yang disempurnakan oleh Imam Mahdi diambang kiamat. Beliaulah yang diberi penghormatan menutup Risalah KeRasulan. Perlu diingatkan tiada Rasul selepas Rasulullah SAW tetapi yang ada adalah penerus panji atau Risalah KeRasulan itu. Mereka inilah yang layak dipanggil sebagai Ulama-ulama Pewaris Nabi. Bukan semua orang yang layak dipanggil Ulama Pewaris Nabi, bukan Ulama selebriti, bukan PU (pencetus umah), bukan Imam Muda, bukan Daei dan lain-lain ulama yang mencari populariti seperti sekarang ini. Tetapi ulama-ulama ini adalah yang menerima pertunjuk terus daripada ALLAH SWT dan diberikan tugas khas, sebab itulah mereka dipanggil Ulama Mujtahidin iaitu yang menerima Petunjuk daripada ALLAH SWT.

Siapakah Ulama? Rasulullah SAW bersabda:

الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ
“Ulama adalah pewaris para nabi.”
(HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda RA)

Disokong oleh hadis Pemegang Panji Hitam dari Timur. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta Kebenaran. Kenapa? Sebagaimana kata Yang Mulia Guru kita ayat Al-Quran ini belum sampai objektifnya sebagaimana didalam Surah Al-Anbia ayat 107
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Ini adalah kerana Agama Islam belum menjadi agama dunia, sekaligus bermakna Undang-undang & Peraturan Islam yang didasarkan atas belas kasihan dan kasih sayang belum dilaksanakan diseluruh dunia. Penduduk Islam Cuma terdapat 1/6 daripada penduduk dunia. Sebab itulah manusia belum menerima apa yang dikatakan Nabi SAW itu sebagai Rahmat bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam.

Perhatikan ayat Quran "a’lamiin" adalah kata jamak/plural bagi alam ini membawa maksud banyak alam. Apakah alam-alam itu?

1.    Alam manusia;
2.    Alam jin;
3.    Alam binatang;
4.    Alam tumbuh- tumbuhan; dan
5.    Alam jamadat/non living thing.

Hanya apabila Islam menjadi Agama dunia dan undang-undang & peraturanNya terlaksana secara menyeluruh baharulah keamanan, keadilan, kasih sayang, kesejahteraan dan persaudaraan terjalin didunia ini. Akan berhentilah segala bencana dan malapetaka, penyakit-penyakit ganjil akan terhapus maka akan terjadi perdamaian dan genjatan senjata sehingga dunia ini menjadi rumah atau syurga bagi umat manusia. Itulah baru dikatakan Nabi SAW yakni Agama Islam itu menjadi Rahmat bagi semua alam. Bilakah terjadi keadaan sedemikian? Ianya akan berlaku dikurun ke15 hijrah.

Perhatikan ayat kedua dalam Surah.Al Fatah (48/28):

وَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا

(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan Agama yang benar (Agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan Agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

Hujahnya sama seperti diatas. Islam sekarang masih belum menjadi Agama dunia kerana baru 1/6  memeluk Islam, oleh itu belum "dimenangkan atau ditinggikan dari atas semua agama”. Akan tetapi ianya akan tetap menjadi kenyataan kerana ini janji Allah! Ini pasti terjadi, tiada keraguan.

Perhatikan ayat Surah Ar Rum ayat 6

وَعْدَ ٱللَّهِ ۖ لَا يُخْلِفُ ٱللَّهُ وَعْدَهُۥ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

(Sebagai) janji yang sebenarnya dari Allah SWT. Allah SWT tidak akan menyalahi janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Era Kebenaran itu kata Yang Mulia Guru kita akan berlangsung sehingga 700 tahun lamanya yakni selama 7 kurun, barulah dikatakan Islam itu mmerintah dunia dan menjadi Agama dunia. Inilah era Kebenaran dan ini tidak terjadi pada zaman Imam Mahdi AS kerana pemerintahan beliau dalam hadis hanya berlangsung selama 7 tahun bukan 700 tahun. Lagipun jika ini zaman Imam Mahdi bermakna kita diambang kiamat (yang sepatutnya kita saksikan alamat-alamatnya seperti kemunculan dajjal, yakjuz makjuz, binatang dari bumi, turunnya Nabi Isa AS, dsb).

Daripada Abdullah Haris b Jaz-uz Zabidi RA ia berkata: akan keluar manusia dari Timur lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahadi (yakni tapak pemerintahannya) HR Ibnu Majah

Jelas asas pemerintahan Imam Mahdi itu diera Kebenaran dan digerakkan oleh manusia dari Timur.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA ia mengatakan orang dari Timur itu "mempersiapkan segala urusan untuk Imam Mahadi yakni pemerintahannya"

Oleh itu, inilah masa dan ketikanya era Kebenaran abad ke 15 kerana telah berlaku kerosakan disana sini, bencana alam, penyakit ganjil, Islam ditindas walaupun di negara sendiri, perang saudara, penindasan, kezaliman, penipuan kapitalis dan lain-lain tetapi semua ini akan berakhir kerana Kebenaran telah ada di ambang pintu.

Perhatikan ayat Surat Al Fatah “cukuplah Allah menjadi Saksi tentang Kebenaran yang dibawa oleh NabiNya…” Persoalannya, kenapa Allah SWT berfirman sedemikian?

Kebenaran yang dikatakan oleh Allah SWT itu telah dimaktubkan dalam Al-Quran dizaman KeNabian SAW lagi, sedangkan waktu itu Kebenaran itu belum terjadi, namun Allah SWT telah menyatakannya awal-awal lagi tentang Kebenaran ini maka terpulanglah kepada umat Islam samada mereka percaya atau tidak, namun janji Allah SWT itu benar! Gaya bahasa ini seolah-olah seperti kita membawa satu berita benar tapi kita tak punya bukti, sudah tentu kita akan berkata “Demi Allah saya bercakap benar” yakni kita sandarkannya kepada Allah SWT. “Percaya atau tidak kau punya pasal” lebih kurang dalam bahasa pasarnya. Uslub atau gaya bahasa yg digunakan Allah SWT kepada ayat ini membuat penekanan dan huruf “wau-و” yang digunakan itu adalah wau qasam bermaksud  'dan: sumpah’ bukannya wau 'wasal/dan: penyambung'. Para ustaz-ustaz yang mahir dalam soal ini.

Kesimpulannya oleh kerana Kebenaran yg dikatakan Allah SWT itu belum terjadi atau lama lagi terjadi maka Allah SWT bersumpah dengan DiriNya kepada Kebenaran yang dibawa oleh Nabi SAW yang terjadi dizaman ini iaitu pada kurun ke15 hijrah, dan cukuplah Allah menjadi Saksi ...

Sekian.

Tulisan Tuan Haji Benjamin AlHassaniyyah.

Wednesday, September 14, 2016

Why do muslim today are in disgrace and degraded?

What are the causes of the downfall of the muslim ummah today?

In Syria and Egypt muslims are fighting each others. In Palestine, Iraq, Afghanistan and other Islamic countries muslim are being oppressed and killed by kuffar, enemies of Islam.

We have also been praying to Allah The Exalted to as for His help. But until today Allah, The Almighty has not help the muslims in those countries.

Why Allah SWT does not help us?

This is because we ummatul Islam have turned our back from the Laws and regulations of Allah, The Almighty we have deviated from the straight path that has been left to us by our beloved prophet, Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW had said;
   
عن أبي الدرداء رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "لَقَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْمَحَجَّةِ الْبَيْضَآءِ لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا لَا يَزِيْغُ عَنْهَا بَعْدِي إِلَّا هَالِكٌ" (صحيح)  رواه أحمد


And I have left you in a straight road that is so bright that its night is like its days and no shall deviate from it after me except he will perish and destroyed.

According to the hadith if we deviate from from the strainght road left to us by the messanger of Allah, peace and blessing be upon him, we shall be destroyed, killed and disgraced. So it means today we have deviated from this straight road that is why we muslim all over the world are being oppressed, killed and in disgrace.

We must understand that this straight path is made of Al-Quran and al- hadith which is composed of three branches of knowledge that is; al-Islam which is discussed in Ilmu Fiqh, al-Iman which is discussed in Ilmu Usuluddin and ai-Ihsan which is discussed in Ilmu Tasawwuf and tarekat.

Because of the influence of Wahhabi. Majority of muslims today have left out al-Ihsan. What is al-Ihasn? According to the hadith narrated by Sayyidina Umar RA. Al-Ihsan means that we worship Allah SWT as if we see Him and if we can not each this stage we must know that Allah SWT is always watching us.

So from this hadith al-Ihsan is not good conduct but it is a spiritual exprience. In Ilmu tasawwuf the first stage is called maqam Musyahada and the second one is maqam Muraqabah.


We can only reach maqam muraqabah dan musyahadah if we learn ilmu tasawwuf and tarekat and practice it. Because majority of us have left out the third branch of Islamic knowledge, al-Ihsan. Our Islam today is not complete that is why we are disgraced, degraded, oppressed and killed by enemies of Islam. And Allah SWT surely will not help us because we do not follow His Order in surah al-Baqarah verse 208:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً
O!  Believers enter into Islam completely”.


So if we want to be honoured and respected we must retrn to the straight path as commanded by Allah SWT in surah Az-Zumar verse 54:


وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"And turn in repentance and in obedience with true Faith (Islamic Monotheism) to your Lord and submit to Him, (in Islam), before the torment comes upon you, then you will not be helped.


Kalimah Toyyibah

Surah Al-Baqarah 2:163;

وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ  لاَّ إِلَـٰهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَـٰنُ الرَّحِيمُ

And your Allah is One Allah: There is no god but He, Most Gracious, Most Merciful.


“Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang disembah) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.


  سبحان الله  :  Maha Suci Allah --> TASBIH

   الحمد لله   :  Segala puji bagi Allah --> TAHMID

الله أكبر  :  Allah Maha Besar --> TAKBIR

لا اله أِلا الله  : Tidak ada Tuhan melainkan Allah --> TAHLIL

بسم الله الرحمن الرحيم : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani --> 
BASMALAH

مشآء الله : Apa yang Allah kehendaki --> AL-MASYIAH

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم : Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam --> TA`AWWUDZ

لا حول ولا قوة الا بالله : Tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah --> AL-HAUQOLAH

أن شآء الله : Dengan izin Allah SWT --> TAWAKKUL

برك الله فيك : Semoga Allah memberkati kamu --> AT-TABARRUK

جزك الله خيرا : Semoga Allah membalas jasa baikmu dengan kebaikan --> ASY-SYUKR