Showing posts with label Ajaran Amalan. Show all posts
Showing posts with label Ajaran Amalan. Show all posts

Thursday, April 12, 2018

Salam Israk Mikraj 1439. Rahsia peristiwa israk mikraj..

Malam ini Jumaat malam Sabtu adalah malam Israk Mikraj. Selamat menyambut hari kebesaran Islam ini kepada semua. Sedikit kefahaman tentang peristiwa mulia ini....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, kita umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi ﷺ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:

1. Israk yakni perjalanan Nabi ﷺ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi ﷺ ini telah diabadikan oleh Allah SWTdi dalam Al-Quran:

Firman Allah
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah ﷺ hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda ﷺ sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi ﷺ bukannya roh sahaja.

Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan “asra bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi ﷺ yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja.

Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra bi rohi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi  ﷺ dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah Rasulullah ﷺ menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan Baginda ﷺ. Fitnah terhadap Baginda ﷺ bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda ﷺ, maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi   ﷺ lalu beliau dengan tegas menyatakan :

“Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan Rasulullah ﷺ. Jika baginda ﷺmengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.”

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Nabi  ﷺ berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

A. Sebelum Israk dan Mikraj

Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi  ﷺ mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ﷺ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ﷺ. Setelah itu, dada Baginda ﷺ dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

B. Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi   ﷺdiiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ﷺ telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.

Di antara tempat² berkenaan adalah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah SWT;
3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);

Peristiwa Ajaib

Dalam perjalanan itu juga Nabi ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.

Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah SWT  (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ﷺ memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi   ﷺ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Nabi   ﷺ terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ﷺ membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”

C.  Semasa Mikraj

(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SWT):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi   h ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Di Tangga Pertama:
Nabi   ﷺ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Di Tangga Kedua:
Nabi   ﷺ. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Di Tangga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Di Tangga Keempat:
Naik tangga langit keempat. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Di Tangga Kelima:
Naik tangga langit kelima. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Di Tangga Keenam:
Naik tangga langit keenam. Nabi   ﷺ bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Di Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ﷺ.
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah SWT pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:

لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَلاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”

Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).

8. Di Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ﷺ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Di Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺmasuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10.  Di Tangga Kesepuluh:
Rasulullah ﷺ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah SWT dan, Rasul-Nya:
Allah SWT: “Ya  !”
Nabi   ﷺ: “Labbaika.”
Allah SWT: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”

Nabi   ﷺ : “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”

Allah SWT: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”

D. Selesai Munajat

Selepas selesai munajat, Nabi   ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah سبحانه وتعالى perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

E. Selepas Mikraj

Nabi   ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Penutup
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang² kafir di zaman Nabi ﷺ langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi   ﷺ sebaik Baginda  bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda  ﷺ.

Firman Allah سبحانه وتعالى:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday, September 26, 2017

KELEBIHAN BULAN MUHARAM_KEMENANGAN ISLAM

Kelebihan Bulan Muharram

Bulan Muharam adalah bulan keberkahan dan rahmat, kerana dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, dimana banyak peristiwa yang terjadi untuk menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah SWT kepada makhlukNya. Bulan Muharram adalah salah satu dari empat bulan haram atau bulan yang dimuliakan Allah SWT dimana empat bulan tersebut adalah, Dzulkaedah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.

Allah SWT  berfirman yang artinya: “Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram,” (At Taubah: 36)

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah shalat malam.” (HR Muslim)

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang shaum pada hari Asyura`, maka beliau menjawab : “(Shaum tersebut) menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lewat.” [HR. Muslim 1162)

Dari Ibnu Abbas RA beliau berkata: SAW bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah SAW telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah SAW, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Antara Peristiwa-Peristiwa Penting Islam Di Bulan Muharram:

1.   1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran. 

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah;
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.;
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan;
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud;
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa;

(i)     Pada tanggal 10 Muharam, Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa AS dari kekejaman raja Fir'aun dengan menguruniakan mukjizat. Mukjizatnya adalah tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular para ahli sihir Fir'aun.
(ii)    Pada tanggal 10 Muharam, Nabi Musa as diberi mukjizat untuk membelah lautan untuk dilalui tentara Nabi Musa as dan pada tanggal itu pula Fir'aun ditenggelamkan di tengah lautan.
(iii)  Pada tanggal 10 Muharam, doa Nabi Musa as untuk mengubur semua harta Qarun dikabulkan oleh Allah SWT.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara;
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah;
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya;
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun;
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah;
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar;
13. Hari pertama Allah menciptakan alam;
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat;
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan;
16. Allah menjadikan ‘Arasy;
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz;
18. Allah menjadikan alam;
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril;
20. Nabi Isa diangkat ke langit;
21  Hari pernikahan Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah RA
22. Hari Hijrah Nabi SAW ke Medina;
23. 


Berkata Syekh Muhammad Hisham Kabbani Ar-Rabbani RA:

“Pada hari itu, Allah SWT memberi kemuliaan kepada banyak nabi, semoga kedamaian tercurah pada mereka. Allah SWT telah memilih Adam AS untuk menjadi ayah bagi umat manusia pada hari itu. Dia mengangkat Nabi Idris AS ke Surga pada hari itu. Dia menyelamatkan Nabi Nuh AS bersama orang-orang di dalam bahteranya pada hari itu. Dia menyelamatkan Nabi IIbrahim ASpada hari itu. Dia mengampuni Nabi Dawud AS pada hari itu. Dia mengembalikan kerajaan Nabi Sulayman AS kepadanya pada hari itu. Dia melepaskan Nabi Ayyub AS [dari penderitaannya] pada hari itu. Dia mengangkat Nabi Isa AS [ke Surga] pada hari itu. Dan pada hari itu rasul kalian, rasul penutup yang diutus Allah SWT, pada hari itu, Allah SWT membuat Nabi Muhammad SAW menikah dengan Sayyidatina Khadijah RA dan Dia membuatnya hijrah ke Madinah pada hari itu. Dan Dia menciptakan langit dan bumi pada hari itu dan Dia menciptakan Qalam pada hari itu. Dan hari itu adalah Jumaat-bukan Sabtu atau Minggu. Itu adalah hari yang sangat penting dalam kalender Islam.

Sekarang kalian pergi ke beberapa tempat dan mereka mengatakan kepada kalian mengenai pentingnya hari ini. Tetapi kalian pergi ke tempat lain, lalu terlibat terlalu banyak dalam politik, dan mereka lupa tentang hari ini.


Dan pada akhirnya, Saya ingin memberikan makna dari 'Asyura. Disebutkan dalam banyak tradis Islam bahwa ' Asyura berarti orang yang menghormati dan memuliakan hari di mana Allah SWT telah menyelamatkan seluruh nabi dari kejahatan umat mereka, Allah SWT akan mengangkatnya menuju kehidupan yang cerah. tu artinya ' asya nura -hidup pada 'hari yang cerah.' Mereka menghilangkan nun untuk menyatukan dua kata tersebut”

*YMTG RA akan mengingati kita hari yang penuh barakah dan kemuliaan ini dengan memberi orang ramai makan iaitu berkenduri meraikan kemenangan Islam.*

Friday, October 21, 2016

Sembahyang adalah perhubungan kita dengan tuhan

Antara intisari ceramah Tuan Guru Syeikh Hj Abd. Rahim Al Hassaniyah Rahimullah malam jumaat  ini 21 October 2016
Sembahyanh itu àdalah perhubungan kita dengan Tuhan. Tak smbahyang bermakna memutuskan perhubungan dengan Tuhan. Oleh kerana kita telah diutus sebagai Khalifah kita hendaklah lapur diri kepada Tuhan sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
Tak sembahyang itu mmutuskan hubungan dengan Tuhan maknanya kita memusuhi Tuhan sedangkan kita memakan nikmat  rezekiNya. Sebab kalau seseorang itu mmusuhi kawannya dia tak akan makan sebarang makanan daripada orang itu.
Tak pantas kita mengingkari Allah yg telah menciptakan kita, sedangkan ibu kita yg melahirkan kita tak patut untuk tidak taat kepadanya. Ini kan pula tuhan yang telah menciptakan kita, memberi kita nikmat hidup dengan pelbagai rezki yang tidak terbilang.
Adakah patut jika kita mdgr bgini:"anak itu bagus cuma dia lawan ibubapanya"..mmg tak patut..jadi ada kenyataan yg bkata org tu baik cuma tak sembhyg..ini adalah salah kerana sejahat2 org itu adalah org yg meninggalkan sembhyg..kerna jahat dan durhaka pd Allah dri segi hukum...sbgaimana kita menderhaka pd ibubapa kerana tak taat pd mereka.
Justru baharulah kita dianggap org baik jika mlaksanakan tggung jwb sholat dgn tak menguranginya bahkan mesti cukup 5x sehari smlm. Maka tak wajar kita menderhaka pd Allah swt yg telah mciptakan kita bahkan kedua ibubapa kita.
Allah swt tetap akan mberikan rezeki pd hamba2Nya wpun mereka ingkar dan derhaka pdNya. Bahkan org kafir skalipun Allah swt tak mengurangi rezeki mereka kerana kekafiran mereka bahkan mereka lebih kaya drp org Islam. Justeru itulah kekayaan bukanlah ukuran sesorg itu disayangi Allah.
Kenapa sembhyg itu dianggap ibadat no.1 kerana perbuatan itu melambangkan "kehambaan". ..kerana tanda syukur pd Allah kita letakkan anggota paling mulia yakni dahi kita ditempat yg paling bawah tempat letaknya kaki. Ini kerna semata2 mrendah diri sujud syukur pdNya.
Tanda syukur no.1 adalah kita rela bersujud pdNya.
Org yg tak sholat tak dianggap bersyukur wpun mengucapkan alhamdulillah.
Sebab itulah sujud dlm sholat itu diulang 2x kerana perbuatan itulah yg paling penting dlm sholat.
Org yg paling kaya kata YMTG adalah org yg diberi peluang olehNya sujud pd Nya. Ini adalah kerana 2 rakaat adalah lebih baik drp dunia dan segala isinya.  Kata Nabi saw bukanlah kaya itu kaya harta benda tetapi kayanya hati.
Jika bangun pagi dan keluarga dlm keadaan sehat wal afiat dan  ada makanan dlm rumah cukup utk sekali mkn shj..kau beruntung bagaikan dunia ini dan seisinya milik kita.
Tetapi kita sering merungut seolah2 Allah swt tak berlaku adil pd kita..sdgkan Allah swt maha Adil dan mengharamkan penzaliman pd hambaNya sendiri drp segi rezeki.
Ini mnunjukkan komplen kita isyaratnya kita tak ikut cakap Nabi saw...sdgkan nikmat yg Allah swt beri itu tiada ternilai spt penglihatan,pendengaran,pemikiran dll..kenapa kita merasa miskin sdgkan nilai mata itu kita tak akan jual walau beribu ringgit harganya.
Tak pernah kita tunjuk muka manis pd Tuhan bahkan sentiasa bermasam muka pdNya.
Kata Nabi saw "dunia itu ladang akhirat"..justeru tanaman yg paling bharga adalah sholat yg mesti banyakkan kita menanamnya didunia ini.

Catatan Hj Benjamin Hj Usman