Friday, February 11, 2022

Tasawwuf adalah untuk membersihkan Penyakit Batin Oleh Hj Nadir Yusoff

100 tahun dunia tanpa khalifah.

Tasawwuf adalah untuk membersihkan Penyakit Batin yang ada dalam diri manusia.
Penyakit Batin atau Penyakit Nafsu inilah yang menghijab diri dari mendapat Limpahan Cahaya Allah/ Cahaya Rasulullah di dalam hati.
Hati yang terhijab tidak dapat menzahirkan adab dan akhlak yang baik walaupun dia merasakan dirinya sudah baik kerana untuk mendapatkan Redha Allah, Limpahan BarokahNya, hendaklah tiada sebarang kesyirikan di dalam hatinya.
Hanya dengan Redha dan Limpahan BarokahNya, Rohani mencapai Rasa Ketenangan dan Kebahagiaan Hakiki hidup bertuhan.
Penyakit KEAKUAN
Penyakit Keakuan hanya dapat diatasi dengan Proses Penyucian Jiwa.
Ramai juga yang merasa Keakuan dalam melakukan kebaikan atau merasa diri lebih baik pada keturunan, kelebihan pangkat dll.
Ramai yang terhijab pada amal dan ilmunya kerana tiada sesiapa yang tahu kewujudan penyakit batin itu kecuali mereka yang bersih hatinya dengan Cahaya Allah.
Zikir JAZBAH
Zikir yang diijazahkan oleh guru yang benar secara bersanad. Kepentingan Murid untuk mengambil zikir yang ditalqinkan oleh Guru. Guru tersebut juga ada Guru yang membimbingnya sehinggalah kpd Rasulullah SAW. Zikir ini ada Limpahan Nur yang akan membuahkan perubahan dalam jiwanya, perubahan akhlak semakin baik. Zikir yang sama dengan Zikir Hasanah, namun kesannya Tidak Sama. Zikir yang diambil dari Guru ini SUKAR untuk dilaksanakan kerana adanya Limpahan Nur padanya. Zikir hendaklah diambil dari ahli Rohani.
Akan ada ujian mengantuk, letih, sakit-sakit badannya, rasa panas dan sebagainya untuk menghabiskan latihan Zikir Jazbah itu. Ini kerana adanya halangan untuk diri membersihkan hatinya.
Misi Kebangkitan Islam Kurun ke 15.