Saturday, July 15, 2023

Jangan abaikan pertolongan ALLAH SWT: RAWAT SEBELUM GAWAT

 GAWAT SEBELUM GAWAT

Sebagaimana yang ditegaskan sebelumnya bahawa rawatan ini adalah kurniaan ALLAH TAALA kepada kita semua . Ianya dimulai di Malaysia. Namun sambutannya sangat hambar malah ada yg tidak mengendahkannya walaupun pelbagai iklan diberikan selama lebih 2 tahun ini. Adakah kematian akibat serangan jantung dan cancer yang menimpa orang-orang sekeliling kita belum cukup untuk menyedarkan kita akan risiko yang boleh menimpa kita atau ahli keluarga kita bila2 masa? Adakah kita masih menafikan serta menganggap satu pembohongan amaran ahli2 pakar Baksin yg kita tuduh sebagai antiBaksin, sedangkan Nabi SAW menyuruh kita bertanya pada ahlinya? Atau adakah kerana kita masih benar2 belum terkesan maka kita menganggap kita terhindar dari bahaya kematian?
Ketahuilah kalau ALLAH TAALA menurunkan pertolonganNya bermakna perkara itu sangat serius dan kita dalam bahaya yang tiada siapa akan dapat menolong melainkan DIA. Ini sejajar dengan amaran para pakar yang dituduh sebagai antiBaksin bahawa apabila Baksin sudah mula memproses untuk menghasilkan spike protein di dalam sel, maka tiada siapa atau apa2 kaedah yang dapat menghentikan atau memusnahkannya dan pengakhirannya kematian.Kematian seperti ini sangatlah ditakuti kerana bukan sahaja mati tetapi takut mati dalam keadaan tidak baik.
Adakah kita tidak mengambil iktibar daripada kisah para Nabi dan Rasul terdahulu? Ketika mana akan datang azab, ALLAH TAALA akan terlebih dahulu menurunkan pertolonganNya. Namun begitu masih juga manusia mengendahkan pertolongan itu malah menentangnya. Bukankah pengajaran dari kisah-kisah para Nabi dan Rasul di dalam Al Quran itu maknanya ia boleh terjadi kepada kita?
Tidak adakah di kalangan kita yang mempunyai mata hati terbuka sehingga dapat menyingkap perkara di sebalik tabir akan tanda Kebesaran dan Kekuasaan Allah SWT ini? Atau memang benarlah, sebenarnya kita telah terpukau oleh SATU MATA hingga membutakan mata hati kita.
JANGAN salahkan sesiapa jika suatu masa nanti ALLAH TAALA menarik semula pertolonganNya ini, tetapi salahkanlah dirimu sendiri. Kalau Allah Taala tidak lagi menolong kita maka siapakah yang dapat menolong kita?
Firman Allah SWT dlm surah Ali Imran ayat 160 :
إِن يَنصُرۡكُمُ ٱللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمۡۖ وَإِن يَخۡذُلۡكُمۡ فَمَن ذَا ٱلَّذِي يَنصُرُكُم مِّنۢ بَعۡدِهِۦۗ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkan kamu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolong kamu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.'
Kalau Allah SWT sayang dan ingin menyelamatkan anda, maka sudah semestinya anda lebih sayang dan sangat ingin diselamatkan ....... Oleh itu Daftarlah dan datanglah untuk mendapatkan pertolongan ALLAH TAALA melalui perawatan ini bagi keselamatan diri anda di dunia juga di akhirat.