THOIFATUL HASSANIYYAH
- Home
- AlQuran & AsSunnah
- Allah's Religion
- Agama Allah
- Ajaran & Amalan
- Riwayat YMTGRA
- Keramat YMTG RA
- Tasawwuf
- Program
- kebenaran abad ke 15
- Zikir dan Doa
- YM Tuan Guru's Crystal Quotes
- Books Published
- Talks & DVDs
- FB Members' Postings
- good quotes
- memories captured
- flyers
- Sufi Talks
- Kisah Wali
- Hobby-Plant
- Recipe-food for faith
- Isu Semasa
- Others
Friday, March 27, 2020
COVID19 ANTIDOTE IS HERE!
Saturday, March 21, 2020
ANTIDOTE FOR ALL DANGERS AND CALAMITIES _COVID 19 IS FOUND!!!
UBAT DAN PENAWAR COVID 119 DAN BALA DUNIA DITEMUII!!
Monday, March 2, 2020
PROCLAMATION OF THE TRUTH IN THE 15TH CENTURY HIJRIAH
PENGISYTIHARAN KEBENARAN DI KURUN KE 15 HIJRAH
Sunday, March 1, 2020
Fasa ke 5 khilafah atas minhaj Nubuwwah
Tuesday, February 25, 2020
Saturday, February 8, 2020
Mesej Penting Yang Mulia Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah
Tuesday, January 28, 2020
Divine Messages via videos addressed by our Sheikh Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah - let's watch and listen carefully, may Allah bless us all
Sunday, January 26, 2020
Kebangkitan Kebenaran diakhir zaman dari Ufuk Timur
SEBUAH KISAH PERJUANGAN DI KURUN KE 15 & MAJLIS TANDATANGAN PERUTUSAN
Wednesday, July 3, 2019
The pioneer of Imam Al Mahdi RA Kingdom of Heaven beginning in 15th century Hijriah
"There will come man from the East to pave the way for Al Mahdi (his kingdom)" (Narrated by Ibnu Majah)
Thus Imam Al Mahdi RA will be able to accomplish his kingdom of heaven in short duration of 7, 8 or 9 years until once again Islam becomes perfect with the existence of justice, worldwide peace. This process is in accordance with Prophets and Messengers process where all Prophets and Messengers beginning from Prophet Adam (AS) until Prophet Jesus (AS) were the pioneers of Islam and consequently Islam was perfected by the Messenger of Allah, Prophet Muhammad (PBUH) in a short duration of 23 years. Allah SWT has appointed the Prophets & Messengers as pioneers of Islam and He, the Almighty has chosen the Messenger of Allah (PBUH) to consummate Islam as a religion. Similarly, the Messenger of Allah (PBUH) has appointed YMTG Tuan Hj Ghulam Hassan Ali Akbar Al Haj Al Khatamul Muhammadiyyah Al Bikangi RA in wakefulness (yaqaza) as the pioneer of Imam Al Mahdi RA’s Kingdom of Heaven with the task of bringing mankind back to Allah SWT guided by Holy Quran and As- Sunnah of the Allah’s Messenger (PBUH) in the Hajj of 1950 when YMTG RA was at Madinatul Munawwarah. The Messenger of Allah (PBUH) had meanwhile chosen Imam Al Mahdi RA to accomplish the Kingdom of Heaven through the hadith of the Messenger of Allah (PBUH).
After YMTG RA had founded and perfected the means to bring mankind back to Allah SWT, he was called back to his Creator in 1991 and his body was laid to rest in Kampung Bikang, Lahad Datu, Sabah, Malaysia. YMTG RA hailed from Pakistan. As the above hadith states the pioneer of the Kingdom of Heaven will be man from the East, YMTG RA’s descendant from the East will continue to carry his duties. Therefore, Malaysia will be the first Islamic state to truly implement Islamic laws and regulations and using them to form a national constitution based on Ahli Sunnah Wal Jamaah teachings. His pupils have informed the Islamic leaders, scholars and security forces of these facts in 2017. Nevertheless, they were silent.
The Messenger of Allah (PBUH) said: "There will always be a group (Thoifah) from my Ummah who fought for the command of Allah. God won them over their enemies. those who let them down or differ from them do not harm them and they will keep adhering to this path until the Day of Judgement and they are above that "(Narrated by Muslim).
Soon Thoifah’s boat from the East will sail to continue the task of YMTG RA. O lovers of truth, O you who want to see Islam as the world religion, O you who longed for justice, peace, prosperity and universal brotherhood based on the love and mercy of Allah SWT, come and join this voyage!
Tuesday, July 2, 2019
Perintis bagi kerajaan langit Imam Al Mahdi RA mulai kurun ke 15 Hijrah
Perintis bagi kerajaan langit Imam Al Mahdi RA mulai kurun ke 15 Hijrah
Sebelum munculnya Imam Al Mahdi RA, akan muncul manusia dari Timur untuk merintis pemerintahan kerajaan langit Imam Al Mahdi RA sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Akan keluar manusia dari Timur untuk merintis bagi Al Mahdi iaitu kerajaannya” (HR Ibnu Majah)
Justeru itu Imam Al Mahdi RA akan dapat menyempurnakan kerajaan langitnya dalam masa yang singkat iaitu 7, 8 atau 9 tahun sehingga Islam sekali lagi menjadi sempurna dengan wujudnya keadilan, kemakmuran sejagat. Proses ini mengikut proses kenabian dan kerasulan dimana para Nabi dan Rasul mulai dari Nabi Adam AS sehingga Nabi Isa AS adalah perintis bagi agama Islam yang mana dengan demikian Nabi SAW dapat menyempurnakan Islam dalam masa yang singkat iaitu 23 tahun. Allah SWT telah melantik para Nabi & Rasul sebagai perintis agama Islam manakala Allah SWT telah memilih Nabi SAW untuk menyempurnakan Agama Islam. Begitu juga Nabi SAW telah melantik YMTG Tuan Hj Ghulam Hassan Ali Akbar Al Haj Al Khatamul Muhammadiyyah Al Bikangi RA secara jaga sebagai perintis kerajaan langit Imam Al Mahdi RA dengan tugas membawa semua umat manusia kembali kepada Allah SWT dengan berpandukan Al-Quran dan juga As-Sunnah Nabi SAW pada tahun 1950 ketika YMTG RA berada di Madinatul Munawwarah pada musim haji. Manakala Nabi SAW telah memilih Imam Al Mahdi RA untuk menyempurnakan kerajaan langit melalui hadis Nabi SAW.
Setelah YMTG RA mengasaskan dan menyempurnakan cara untuk membawa manusia kembali kepada Allah SWT, maka pada tahun 1991 Allah SWT telah memanggilnya pulang ke hadratNya dan beliau dimakamkan di Kampung Bikang, Lahad Datu, Sabah, Malaysia. YMTG RA berasal daripada Pakistan. Oleh kerana dalam hadis tersebut di atas, perintis Kerajaan Langit datang dari Timur maka anak muridnyalah daripada Timur yang akan meneruskan tugasnya. Maka Negara Malaysia akan menjadi pertama kali Negara Islam yang benar-benar melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam dan menjadikannya sebagai perlembagaan Negara berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal sedemikian para muridnya telah memberitahu para pemimpin Islam, Ulama dan pihak keamanan pada tahun 2017. Namun mereka mendiamkan diri.
Nabi SAW telah bersabda :
“Akan senantiasa ada segolongan (Thoifah) dari umatku yang berperang kerana perintah Allah. Mereka dimenangkan Allah atas musuh mereka. Tidak memberi mudharat kepada mereka orang-orang yang menyelisihi mereka, hingga datang hari kiamat dan mereka di atas yang demikian itu” (HR Muslim).
Dalam masa terdekat ini perahu Thoifah dari Timur akan belayar meneruskan tugas YMTG RA.
Wahai para pencinta kebenaran, wahai mereka yang ingin melihat Islam sebagai agama dunia, wahai yang rindukan keadilan, keamanan, kesejahteraan, kemakmuran dan persaudaraan sejagat yang berteraskan kasih sayang dan belas kasihan Allah SWT, marilah sertai pelayaran ini!
BENDERA KEBENARAN ABAD KE 15 BAKAL BERKIBAR MEGAH DISINI
سبحان الله الحمد لله الله أكبر
Saksikanlah wahai sekalian umat manusia kebenaran abad ke 15 pasti akan naik ke kemuncaknya apabila bendera kebenaran abad ke 15 naik berkibar di tiang bendera yang mulia ini.
Janji Allah SWT benar! Apa yang diperkatakan Nabi SAW adalah benar tiada keraguan barang sedikitpun Agama Allah, agama Islam akan menjadi agama dunia, umat manusia bakal menjadi umat yang satu sedikit masa lagi apabila bendera kebenaran berkibar megah di ufuk timur berpusat di daerah pentadbiran ini.
Ketiadaan bendera yang dahulu jadi petanda kebenaran akan naik dari timur kerana telah dikosongkan seminggu untuk membenarkan bendera kebenaran abad ke 15 naik dengan amannya. Perancangan Allah maha tepat!
Bersedialah wahai semua pencinta perjuangan kebenaran abad ke 15. Bertasbihlah bergembiralah masa kita sudah sampai!!
SAKSIKANLAH!
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
Saturday, March 2, 2019
Siapakah Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah?
Thursday, February 28, 2019
Bahagin 3 - Sempena Memperingati Haul YMTG RA ke 29 pada 1 Rejab 1440🌹🌹
Masjid Awal Tuan Guru di Lahad Datu adalah lambang perjuangan YMTG RA di Sabah bermula dari semenjak zaman pemerintahan British lagi. Di masjid inilah YMTG RA selalu menunaikan setiap sembahyang fardhu dan sembahyang fardhu Jumaat.
Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku berkenaan dengan masjid ini seperti arahan pemindahan, pembongkaran masjid dan juga peristiwa-peristiwa lain yang membawa kepada muzakarah dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi sehingga kesaat ini, binaan masjid serta tulisan penanda berbentuk arahan/nasihat yang dikarang YMTG RA masih kekal kelihatan.
YMTG RA sama sekali melarang mengutip wang di dalam masjid. Ini merupakan hukum dari ALLAH SWT, termasuk di dalam undang-undang dan peraturan Tuhan. Hari ini kita lihat di kebanyakan masjid membuat kutipan duit. Pasti ada hikmah dan rahsia ALLAH SWT melarang berbuat demikian di dalam masjid kerana ianya membawa maksud tiada urusan dunia di dalam masjid. Seluruh tumpuan haruslah diberikan untuk beribadat semata-mata.
Pastinya banyak lagi rahsia yang perlu diberi penerangan kepada semua umat manusia zaman ini. Ulama perlulah memperjelaskan kepada orang awam larangan ini, agar mereka segera meninggalkan dan yang utama semua pihak masjid perlulah membuat arahan sebagaimana yang telah YMTG RA lakukan.
Bahagian 2 - Sempena Memperingati Haul YMTG RA ke 29 pada 1 Rejab 1440🌹🌹
Sempena Memperingati hari haul YMTG RA ke 29_1 Rejab 1440🌹
Thursday, June 14, 2018
ISLAM PASTI DIMENANGKAN MENGATASI AGAMA LAIN oleh Saudara Azman Husin Babusalam
Islam akan dimenangkan mengatasi agama yang lain. Islam pasti menjadi agama dunia di kurun ke-15. Ini kata Tuhan bukan kata kita manusia....Shawal akan disambut dgn takbir kebenaran!
Thursday, April 12, 2018
Salam Israk Mikraj 1439. Rahsia peristiwa israk mikraj..
Malam ini Jumaat malam Sabtu adalah malam Israk Mikraj. Selamat menyambut hari kebesaran Islam ini kepada semua. Sedikit kefahaman tentang peristiwa mulia ini....
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, kita umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi ﷺ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:
1. Israk yakni perjalanan Nabi ﷺ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi ﷺ ini telah diabadikan oleh Allah SWTdi dalam Al-Quran:
Firman Allah
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah ﷺ hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda ﷺ sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi ﷺ bukannya roh sahaja.
Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan “asra bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi ﷺ yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja.
Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra bi rohi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi ﷺ dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah Rasulullah ﷺ menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan Baginda ﷺ. Fitnah terhadap Baginda ﷺ bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda ﷺ, maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi ﷺ lalu beliau dengan tegas menyatakan :
“Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan Rasulullah ﷺ. Jika baginda ﷺmengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.”
Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Nabi ﷺ berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
A. Sebelum Israk dan Mikraj
Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi ﷺ mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ﷺ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ﷺ. Setelah itu, dada Baginda ﷺ dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
B. Semasa Israk
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi ﷺdiiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ﷺ telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.
Di antara tempat² berkenaan adalah:
1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah SWT;
3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);
Peristiwa Ajaib
Dalam perjalanan itu juga Nabi ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.
Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah SWT (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ﷺ memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi ﷺ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Nabi ﷺ terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ﷺ membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”
C. Semasa Mikraj
(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SWT):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi h ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Di Tangga Pertama:
Nabi ﷺ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Di Tangga Kedua:
Nabi ﷺ. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
3. Di Tangga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
4. Di Tangga Keempat:
Naik tangga langit keempat. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris A.S.
5. Di Tangga Kelima:
Naik tangga langit kelima. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Di Tangga Keenam:
Naik tangga langit keenam. Nabi ﷺ bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Di Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ﷺ.
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah SWT pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:
لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
سُبْحَانَ اللّهِ ، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ ، وَلاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”
Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).
8. Di Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ﷺ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
9. Di Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺmasuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Di Tangga Kesepuluh:
Rasulullah ﷺ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah SWT dan, Rasul-Nya:
Allah SWT: “Ya !”
Nabi ﷺ: “Labbaika.”
Allah SWT: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”
Nabi ﷺ : “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”
Allah SWT: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”
D. Selesai Munajat
Selepas selesai munajat, Nabi ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah سبحانه وتعالى perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
E. Selepas Mikraj
Nabi ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Penutup
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang² kafir di zaman Nabi ﷺ langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi ﷺ sebaik Baginda bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Friday, April 6, 2018
Pemerintahan kurun ke 15 mengikut hadis fasa ke 5
Sibuklah mereka dengan perkara yang sia-sia, nampak saja perbuatan mereka seperti kuat dan kukuh namun mereka tidak ubah seperti sarang laba-laba.
Jangan kita terpedaya akan sesuatu yang menipudayakan. Kuatkan pendirian kita akan kebangkitan kebenaran abad ke 15 seperti mengengam bara api sebagaimana hadis NABI SAW.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
“Akan datang suatu zaman dimana orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi)
Surah Al Ankabut Ayat 41-50
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِاتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
41. Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba bila mereka mengetahui.
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ مِن شَيْءٍ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
42. Sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang mereka seru selain Allah. Dan Dia Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
Kerana janji Allah SWT benar!
JANJI ALLAH MELANTIK KHALIFAH UTK MEMERINTAH BUMI INI.
Qur'an: An-Nur (24:55)
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Tuesday, March 13, 2018
Kuasa Biru Kuasa Laut
KUASA BIRU KUASA LAUT
Genap sudah satu tahun hari ini (13 Mac 2018) bagi arahan, amaran serta peringatan tentang kebenaran di Kurun ke 15 yang telah diberikan kepada para pemimpin umat Islam di negara ini, namun mereka tidak menghiraukannya.
Maka tidak lama lagi dunia akan menyaksikan munculnya kuasa laut bagaikan tsunami yang menguasai Nusantara dan Tanah Melayu.
Surah As-Sajdah ayat 22:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا ۚ إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang berdosa.
Sunday, February 4, 2018
konsep kasih sayang dalam Islam
Konsep kasih sayang dalam Islam ialah segala tidak tunduk dan Perbuatan seseorang atas dirinya, keluarganya, orang lain atau makhluk lain yang menyebabkan dia dan mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah Taala di dunia dan akhirat iaitu selamat di dunia dan akhirat.
Bukti yang menunjukkan agama Islam itu agama belas kasihan dan kasih sayang :-
1. Tiada paksaan dalam agama kerana Allah Taala mahu hamba-hambaNya dengan rela hati taat beribadat dan menyembahNya.
2. Semua dalam agama itu mudah dilakukan dan ada keringanan dalam keadaan dan hal tertentu.
3. Agama menjaga :-
a) jiwa manusia iaitu jgn ada org yg dianiaya, dibunuh atau dizalimi;
b) akal, keturunan, harta (juga termasuk maruah org);
4. Agama Islam Itu mempunyai undang2 dan Peraturan yg tetap (fix) dan yg boleh berubah (flexible) mengikut kesesuaian situasi dan kondisi.
Sekian mudah-mudahan membawa manfaat.
Friday, January 12, 2018
Pengalaman bersama Yang Mulia Hajjah Asna Alhassaniyyah
Sepanjang bersama Yang Mulia Kakak Hajjah Asna Alhassaniyyah, beliau tidak putus menasihati tentang kebaikan. Diantara perkara-perkara yang sering dinasihati terutama untuk para wanita abad ini ...
1. Sebelum memulakan penghidupan didunia ini bagus minta doa ulama benar seperti kelahiran anak, mula belajar, mula berkahwin etc;
2. Apabila menghadapi masalah dunia maka terus menghadap tuhan. Sembahyang taubat dan hajat kemudian berdoa dan selepas itu tunggu pertolongan tuhan;
3. Banyakkan doa kerana doa adalah komunikasi kita dengan tuhan. Mulakan sesuatu dgn بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ hidup jadi barokah, hati rasa tenang dan jika jiwa kacau dengan pelbagai kemelut hidup bacalah قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌ berulang-ulang kali sehingga hilang resah gelisah dijiwa;
3. Tuhan sayang para perempuan itu sebab doa perempuan 1 kali tuhan angkat lain hal para laki-laki 3 kali doa baru diangkat. Banyakkan berdoa. Sembahyang itu sendiri adalah doa jadi banyakkan sabar & sembahyang. Tuhan pasti tolong;
4. Harus ingat musuh kita satu sahaja iaitu iblis. Dia yang rosakkan Nabi Allah Adam AS dan Siti Hawa AS sehingga tercampak ke dunia. Oleh itu banyakan baca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Kerja ia sangat halus masuk ke dalam hati orang bikin gaduh anak beranak & adik beradik. Bikin runtuh rumahtangga, rosak satu negara, satu dunia perang sana sini dan ramai yang mati. Kita tidak kenal ia. Orang yang sangat kenal ia ialah para nabi2 dan pewaris2 nabi.
Oleh itu YM Kakak berkata alamat jelas orang masuk iblis cari pasal cari gaduh. Bagus diam dan sabar....
Dalam masalah dunia kita memang tak nampak kerja halus licik dia sebab itu kita kena minta nasihat orang yang kenal sama tuhan berupa tok2 guru & wali2 Allah agar laluan ia akan terhalang. Paling bahaya ia masuk dalam hati pemimpin dan ulama. Iblis berjaya sebab pemimpin dan ulama membelakangi undang2 dan peraturan tuhan.
Orang baik dia kata sesat, yang jelas dalam kesesatan mereka diamkan. Umat rosak sana sini termasuk anak-anak muda. Kita ini pun terkena tempias dari kejahatan pemimpin dan ulama jahat zaman ini.
5. Tiada yang dapat megubah hati manusia melainkan Allah SWT jua. Tuhan boleh pusingkan hati manusia. Mudah sahaja bagi tuhan sebab Tuhan Pencipta kita dan alam ini. Hati manusia tuhan gengam. Doalah dengan mana-mana doa yang kamu tahu yang penting mesti ikhlas doa dengan tuhan;
6. Banyak bersyukur dalam hidup. Cara bersyukur yang terbaik ialah sedekah terutama bagi orang makan kerana sejemput makanan untuk orang buat hindar dari azab api neraka;
7. Ujian hidup memang ada. Banyakkan berdoa. Doa mesti ikut niat untuk apa? kalau mahu kaya tuhan bagi kaya tetapi tidak barokah jika kaya diminta bukan untuk Agama. Mesti doa untuk agama kerana ia sampai keakhirat.
Sekian pengkongsian kali ini. Mudah-mudahan bermanfaat.
catatan Hajjah Noor Sham
Wednesday, January 10, 2018
Adakah hidup sesudah mati? Dan apa itu ilmu?
Pengajian bersama YM Tuan Guru Haji Abdul Rahim Alhassaniyyah pada 10 Januari 2018.
Adakah hidup sesudah mati?
Tidur itu adalah saudara mati
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.
-Sura Az-Zumar, Ayah 42
YMTG RA telah ditugaskan oleh Nabi SAW untuk membawa manusia kembali kepada Allah Taala dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Berapa jauhkah kita kepada Allah Taala dan berapa dekat pula kita dengan Allah Taala? Tiada jarak yang dapat mengukur akan jarak. Itu kerana Allah Taala tidak tertakluk kepada jarak yang diciptaNya. Allah Taala memberitahu Dia sangat dekat kepada kita.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
-Sura Qaf, Ayah 16
Tetapi di zaman ini bukan sahaja orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri sudah jauh dari Allah Taala dan yang sangat malang dikalangan ulama sendiri pun sudah jauh dari Allah Taala.
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
-Sura Al-Hadid, Ayah 16
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Akan datang suatu masa yang menimpa manusia; tidak ada Islam kecuali tinggal namanya sahaja, tidak ada al Quran kecuali tinggal tulisannya sahaja, masjid-masjid mewah tetapi kosong daripada petunjuk serta ulamanya adalah orang yang paling jahat yang berada di bawah langit….”(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Ingatlah untuk layak mengajar dan membawa manusia kepada Allah Taala hendaklah dia telah sampai kepada Allah Taala.
Apakah itu ilmu?
Ilmu adalah himpunan maklumat yang sama yang Allah Taala letakkan pada makhlukNya (ciptaanNya). Dari ilmu Allah Taala, Allah letak ilmuNya itu pada makhlukNya dalam bentuk maklumat. Kemudian manusia mengkaji dan mengali maklumat dari makhlukNya itu membentuk ilmu pada tahap yang Allah anugerah kepada manusia. Kerana maklumat yang Allah Taala zahirkan pada makhlukNya yg dapat manusia kaji dan gali sampai habis pun masih tidak dapat mengambilkan maklumat itu kepada Ilmu Allah Taala yg asal kerana tiada yg dapat mengenal ilmu zahir dan ilmu batin pada sesuatu makhluk melainkan apa yg Allah izinkan yg diberiNya melalui ilham kpd fikiran manusia.
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,
-Sura An-Nahl, Ayah 43
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.
-Sura Al-Anbiya', Ayah 7
Dalam ayat2 ini Allah menyuruh kalau kita tidak tahu hendaklah bertanya daripada org yang berilmu kerana ilmu tertentu Allah Taala telah mengilhamkan ilmu itu kepada seseorang manakala Al-Quran tidak mengajar ilmu tetapi Al-Quran bertujuan utk membina dan mengukuhkan iman seseorang. Contoh ilmu mengenai langit, planet2 , cakerawala dan yg berkaitan dengannya, Allah Taala ilhamkan kpd org2 kafir dan apabila mereka merujuk Al- Quran mereka akan membenarkan Al-Quran kerana maklumat yg mereka kaji itu Allah telah letakkan maklumatnya dalam Al Quran, maka dengan itu mereka akan beriman dengan Al-Quran lalu beriman kpd Allah Taala.
Maka tidak boleh kita katakan "semua ilmu yg kamu ada ini sudah Tuhan beritahu 1400 yg lalu kerana semua ada di dalam Al-Quran". Ini salah kerana sebelum Al Quran ada memang sudah ada ilmu dan semua ilmu itu dari Allah Taala maka tidak perlulah kita banding-bandingkan ilmu itu kerana semua ilmu Itu hanya dari satu sumber iaitu dari Allah Taala.
catatan Dr Hadi Hasan
Thursday, January 4, 2018
Wasilah (Guru Mursyid) dan ilmu laduni
PENGAJIAN ALQURAN BERSAMA YMTGURU HAJI ABDUL RAHIM ALHASSANIYYAH 2 JANUARI 2018
بسم الله الرحمن الر حيم
إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ ﴿28﴾
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ﴾28﴿ Faatir
رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ ﴿8﴾
Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. ﴾8﴿ Al Bayyinah.
Yang takut pada Allah di antara hambaNya adalah orang yang berilmu.
Para Sahabat, para Wali Allah mendapat keredhaan Allah
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿100﴾
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. ﴾100﴿ At Taubah
Siapa-siapa yang ikut jejak langkah para Sahabat mereka mendapat keredhaan Allah. Para Wali, Tabiin dan Ulama Mujtahidin juga boleh disebut dengan RA.
Jenis-jenis ulama:-
وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ
Orang-orang yang berilmu (yang menegakkan keadilan) Ali Imran ayat 18
أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Orang-orang yang diberi ilmu Al Mujadilah ayat 11
Orang-orang yang diberi ilmu lebih tinggi maqamnya dari orang-orang yang berilmu.
Orang-orang yang berilmu ada syaratnya yakni mereka perlu menegakkan keadilan iaitu mereka mesti ikut perintah Tuhan pada dirinya, keluarganya, kaum kerabat, masyarakat, negara dan antarabangsa
Orang yang berilmu semata-mata tapi tak tegakkan keadilan tidak kenal Tuhan.
Rujuk ayat 28 Surah Fatir..ulama yng takut pada Tuhan mesti kenal Tuhan. Orang yang tidak takut pada Tuhan tidak akan diberi ilmu lansung dariNya. (Ilmu Laduni)
Kebanyakan ulama ilmu semata-mata, dia tidak tegakkan keadilan.
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا ﴿39﴾
(yaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. ﴾39﴿ Al Ahzab
Orang-orang yang takut kepada Allah dan tidak takut pada selain dari Allah akan berjaya misi dakwahnya.
World population 7.6 billion. Orang Islam hanya 1.7 billion. 5.9 billion bukan Islam. Dalam 1.7 billion orang Islam pun ada wahabbi, syiah, dll
Nampaknya ulama-ulama tidak berjaya sebarkan Islam walaupun ia agama yang benar.
Masalahnya kita takut pada selain dari Tuhan bila berdakwah. Ulama yang tak kenal Tuhan, jauh dari Tuhan.
Ada juga ustaz-ustaz yang nak bawa kenal undang-undang Tuhan tapi mereka gagal sebab tak kenal Tuhan
Kenapa ulama-ulama tak kenal Tuhan? Sebab mereka tak ada wasilah (Guru Mursyid)
Kita umat Islam telah mengecewakan Nabi SAW. Bolehkah kita berbangga bila kita katakan yang kita umat Nabi SAW?
Ilmu Laduni...
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿269﴾
Allah menganugerahkan Al Hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). ﴾269﴿ Al Baqarah
Al Hikmah - wisdom behind something
Orang2 yang dikehendaki-Nya - orang2 yang kenal Tuhan.
Al Hikmah - faham apa yang disebaliknya.
IKIM itu salah. Tidak ada yang boleh beri kefahaman selain Allah.
Ilmu boleh dipelajari, hikmah/kefahaman tidak dapat dipelajari
Yang tersurat boleh dipelajari, yang tersirat tidak boleh dipelajari ianya terus dari Tuhan.
Thoifatul Ilmu hikmah itulah ilmu Laduni.
Ayat2 berikut adalah dari Surah Al Kahfi..
فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا ﴿65﴾
Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. ﴾65﴿
فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا ۖ قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا ﴿71﴾
Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhr melobanginya. Musa berkata: "Mengapa kamu melobangi perahu itu akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?" Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar. ﴾71﴿
!: فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُّكْرًا ﴿74﴾
Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidhr membunuhnya. Mustafa berkata: "Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar". ﴾74﴿
[1/2, أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا ﴿79﴾
Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. ﴾79﴿
وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا ﴿80﴾
Dan adapun anak muda itu, maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. ﴾80﴿
فَأَرَدْنَا أَن يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِّنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا ﴿81﴾
Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya). ﴾81﴿
Orang yang dapat ilmu Laduni itu mendapat anugerah paling tinggi.
Nabi Khidir AS adalah Guru para Wali.
Catatan: Bass Ismail



