Lambang Perjuangan YMTG RA
Masjid Awal Tuan Guru di Lahad Datu adalah lambang perjuangan YMTG RA di Sabah bermula dari semenjak zaman pemerintahan British lagi. Di masjid inilah YMTG RA selalu menunaikan setiap sembahyang fardhu dan sembahyang fardhu Jumaat.
Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku berkenaan dengan masjid ini seperti arahan pemindahan, pembongkaran masjid dan juga peristiwa-peristiwa lain yang membawa kepada muzakarah dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi sehingga kesaat ini, binaan masjid serta tulisan penanda berbentuk arahan/nasihat yang dikarang YMTG RA masih kekal kelihatan.
YMTG RA sama sekali melarang mengutip wang di dalam masjid. Ini merupakan hukum dari ALLAH SWT, termasuk di dalam undang-undang dan peraturan Tuhan. Hari ini kita lihat di kebanyakan masjid membuat kutipan duit. Pasti ada hikmah dan rahsia ALLAH SWT melarang berbuat demikian di dalam masjid kerana ianya membawa maksud tiada urusan dunia di dalam masjid. Seluruh tumpuan haruslah diberikan untuk beribadat semata-mata.
Pastinya banyak lagi rahsia yang perlu diberi penerangan kepada semua umat manusia zaman ini. Ulama perlulah memperjelaskan kepada orang awam larangan ini, agar mereka segera meninggalkan dan yang utama semua pihak masjid perlulah membuat arahan sebagaimana yang telah YMTG RA lakukan.