Riwayat YMTG RA secara ringkas dari kitab Riwayat YMTGRA yang dikarang oleh YMTG Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah
THOIFATUL HASSANIYYAH
- Home
- AlQuran & AsSunnah
- Allah's Religion
- Agama Allah
- Ajaran & Amalan
- Riwayat YMTGRA
- Keramat YMTG RA
- Tasawwuf
- Program
- kebenaran abad ke 15
- Zikir dan Doa
- YM Tuan Guru's Crystal Quotes
- Books Published
- Talks & DVDs
- FB Members' Postings
- good quotes
- memories captured
- flyers
- Sufi Talks
- Kisah Wali
- Hobby-Plant
- Recipe-food for faith
- Isu Semasa
- Others
Saturday, June 11, 2016
Ringkasan Riwayat YMTG RA
Untuk tatapan semua ini adalah ringkasan Riwayat Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Ali Akbar AlHaj AlGhouse AlBikangi RA dipetik dari kitab Riwayat YMTG RA yang dikarang Yang Mulia Tuan Guru Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah.
PEMBUKAAN Kitab Keramat YMTG RA yang dikarang YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah
Pembukaan
Siapakah Sebenarnya Yang Mulia Tuan Guru Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haj Al-Ghaus, Al-Bikangi RA itu?
Saya tidak berkata bahawa YM Tuan Guru RA itu seorang Wali Allah yang mempunyai martabat yang tinggi disebabkan hanya kenyataan orang lain atau dengan peristiwa-peristiwa luarbiasa yang berlaku ke atas beliau. Tetapi saya berkata bahawa YM Tuan Guru RA seorang Wali Allah yang mempunyai makam yang tinggi di sisi Allah SWT berdasarkan tiga perkara yang berlaku keatas saya:-
1. Pada tahun 1978, iaitu kali pertama saya berjumpa dengan YM Tuan Guru RA setelah beliau balik dari Pakistan. Ketika itu saya telah bersembahyang fardhu Zohor berjemaah di Masjid Lama Bandar Lahad Datu. Tiba-tiba selepas kami selesai menunaikan sembahyang datanglah YM Tuan Guru RA bersama kawannya singgah di masjid untuk menunaikan fardhu Zohor.
Maka ketika saya mencium tangan YM Tuan Guru RA beliau lalu menyebut nama saya sedangkan saya belum pernah berjumpa dengan beliau dan beliau pun tidak tahu siapa nama saya.
Maka yakinlah saya bahawa YM Tuan Guru RA adalah seorang Wali Allah, kerana hanya seorang Wali Allah sahaja yang mengetahui rahsia nama orang yang belum dikenali seperti yang berlaku ke atas Saidi Ibrahim Al-Khawas RA.
Satu ketika Saidi Ibrahim Al-Khawas RA telah melintasi sebuah hutan. Tiba-tiba di hutan itu beliau terjumpa seorang pemuda yang belum lagi tumbuh janggutnya. Beliau lalu memberi salam kepada pemuda tersebut.
Pemuda itu menjawab, “Selamat sejahtera atas engkau wahai Ibrahim.” Lalu Saidi Ibrahim Al-Khawas RA bertanya, “Bagaimana tuan tahu namaku padahal belum pernah kita berjumpa?”
Pemuda itu menjawab, “Wahai Ibrahim, kalau seseorang telah kenal Allah SWT tiada lagi ghaib baginya. Tiada lagi rahsia. Semua baginya adalah jelas.”
Ini bererti tiada lagi rahsia bagi Wali Allah SWT. Mereka akan tahu nama orang yang belum mereka jumpa dan kenal.
2. Pada tahun 1980, saya mengunjungi YM Tuan Guru RA di kediamannya di Kampung Bikang. Saya telah bermalam di rumah beliau. Pada esok paginya saya ingin bertanya kepada YM Tuan Guru RA tentang amalan zikir dalam Thariqat beliau. Sebelum dapat berkata-kata, YM Tuan Guru RA terlebih dahulu telah membaca isi kandungan hati saya.
Beliau lalu berkata, “Tuan akan dapat apa yang tuan citacitakan tetapi tunggu masanya.”
Ini bererti YM Tuan Guru RA adalah seorang Wali Allah kerana hanya seorang Wali Allah sahaja yang dapat membaca hati manusia.
3. Pada 10 Januari 1984, semasa Yang Mulia Tuan Guru RA menghantar kami ke surau Kampung Bulus, Lahad Datu untuk beriktikaf, beliau berkata kepada saya: "Peguam ada minta sama Tuhan supaya dapat ujian seperti saya tentang masjid Bandar Lahad Datu. Doa peguam telah Tuhan makbulkan.” Saya berasa hairan. Ini adalah kerana saya tidak pernah memberitahu kepada YM Tuan Guru RA tentang permintaan saya itu. Bagaimana beliau mengetahui tentang doa saya dan bagaimana pula Yang Mulia Tuan Guru RA tahu bahawa doa saya telah dimakbulkan Tuhan?
Kesimpulannya, ini menunjukkan bahawa Yang Mulia Tuan Guru RA merupakan seorang Wali Allah yang mempunyai makamnya yang sangat tinggi di sisi Allah SWT, kerana hanyasanya Wali yang mempunyai makam yang sedemikian dapat mengetahui tentang perkara ghaib.
Kata Yang Mulia Guru RA itu benar-benar menjadi kenyataan. Selepas 10 tahun iaitu pada awal tahun 1994, saya berserta khatib-khatib dan bilal-bilal lantikan Yang Mulia Tuan Guru RA telah diberhentikan dari bertugas di masjid Bandar Lahad Datu. Kami juga tidak dibenarkan masuk ke masjid Bandar Lahad Datu selama-lamanya.
InsyAllah kami akan kembali bertugas di masjid Bandar Lahad Datu, suatu hari nanti sebagaimana halnya dengan Yang Mulia Tuan Guru RA. Beliau telah dihalau ke Pakistan kerana mempertahankan masjid Bandar Lahad Datu, akan tetapi beliau akhirnya dapat kembali juga.
Maka dengan tiga (3) dalil di atas yakinlah saya bahawa YM Tuan Guru RA adalah seorang Wali Allah yang agung. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mendekati YM Tuan Guru RA untuk menyelami rahsia kewaliannya. Untuk tujuan tersebut pada tahun 1982, saya pun berhenti bekerja.
Saya tahu bahawa sesetengah Wali Allah mempunyai perjalanannya sendiri yang telah menyampaikannya kepada Allah SWT. Setiap perkataan, perbuatan dan gerak-geri YM Tuan Guru RA saya teliti. Untuk itu saya sentiasa mengunjungi beliau di kediamannya di Kampung Bikang, Lahad Datu. Dalam setiap perjalanan beliau saya selalu berada di sisinya. Maka untuk mengenali YM Tuan Guru RA dengan lebih dekat lagi saya meminta izin dari beliau untuk tinggal di sebuah rumah kosong kepunyaan menantunya yang berdekatan dengan rumah beliau.
Alhamdulillah, YM Tuan Guru RA merestui permintaan itu. Maka kami sekeluarga pun menetap di rumah itu selama satu tahun.
Hasil daripada pergaulan serta pendekatan kepada YM Tuan Guru RA itu, maka saya membuat kesimpulan bahawa YM Tuan Guru RA itu adalah seorang Wali Allah yang sangat tinggi darjatnya di sisi Allah SWT serta disayangi oleh Nabi SAW. Selain tiga yang di atas ada tujuh alasan lagi yang menyebabkan saya berkata demikian:
1. Sejak kecil lagi YM Tuan Guru RA telah mendapat pimpinan, taufik serta hidayah dari Allah SWT sehingga beliau jelas kelihatan berbeza sekali dengan budak-budak sebaya dengannya samada dari segi ibadat mahupun akhlak. Diri beliau sentiasa dihiasi oleh berbagai-bagai ibadat serta akhlak yang mulia. Beliau telah berpuasa selama 30 tahun berturutturut dan melakukan uzlah atau pengasingan diri dari masyarakat umum di masjid-masjid terpencil, gua-gua, hutan rimba dan padang pasir selama 12 tahun.
Keistimewaan ini jarang diperolehi kecuali seorang Wali yang besar pangkatnya di sisi Allah SWT.
2. YM Tuan Guru RA telah bermimpi satu malam. Dalam mimpi itu YM Tuan Guru RA telah dipersilakan naik ke atas puncak gunung untuk membaca Al-Quran dan memberi nasihat kepada orang ramai yang berada di bawah kaki gunung itu. Dengan itu beliau yakin bahawa beliau telah diwakilkan oleh Allah SWT untuk menyampaikan kebenaran kepada seluruh umat manusia.
Pada tahun 1950, ketika beliau menziarahi makam Nabi SAW, Baginda keluar dari makamnya lalu memberi beliau sebuah AlQuran. Tentang ini YM Tuan Guru RA menceritakan:
“Satu ketika dalam tahun 1950, saya telah menghantar orang naik haji. Saya berasa sedih hati kerana teringin hendak menunaikan fardhu haji. Pada malamnya selepas sembahyang Isyak saya tidak terus balik ke rumah tetapi saya berfikir bagaimana hendak naik haji. Saya tidak ada wang ketika itu. Saya pun terfikir hendak pinjam wang dari kawan-kawan saya yang kaya. Saya terfikir lagi, tidak baik meminjam wang bimbang nanti tidak terbayar.
Lalu saya berkata kepada Allah SWT:
‘Ya Allah! Kesemua manusia di muka bumi in adalah ciptaanMu. Semua manusia datang dari perut ibu tanpa pakaian, wang dan pangkat. Engkau juga yang memberikan semuanya. Ya Allah! Saya mahu ziarah Baitullah dan Makam Nabi SAW. Hantarkanlah saya ke sana.’
Sedang saya berfikir-fikir, tiba-tiba saya tertidur lalu bermimpi. Dalam mimpi itu, saya berjumpa empat orang ahli ibadat lalu saya teringat pesan Nabi SAW,
‘Apabila berjumpa dengan orang ibadat, mintalah dia mendoakan kamu.’
Saya pun meminta mereka mendoakan saya agar saya dapat naik haji. Salah seorang di antara mereka lalu bertanya, ‘Mahu naik haji?’ Saya jawab, ‘Ya.’
Orang itu tidak berdoa tetapi membawa saya ke satu tempat. Apabila ia sampai ke tempat itu, saya pun disuruh mengambil wudhu dari mata air. Setelah saya berwudhu, orang itu pun bertanya, ‘Kau tahu air ini?’ Saya menjawab bahawa saya tidak tahu, lalu ia memberitahu saya bahawa itulah air ZamZam.
Rupa-rupanya saya sudah sampai di Mekkah. Kami pun mengerjakan sembahyang. Di antara empat orang itu, seorang sahaja yang bercakap dan dialah yang jadi imam. selepas sembahyang dia pun bertanya kalau saya mahu ke Madinah. Kata saya, ‘Ya.’ Kami pun berangkat.
Apabila telah sampai ke Madinah, saya dibawa menziarahi makam Nabi SAW. Saya berdiri tidak betul di hadapan makam Nabi SAW lalu orang itu memperbetulkan saya. Kemudian saya keluar mencari kitab-kitab.
Tiba-tiba keluar seseorang dari makam itu lalu memberikan saya Al-Quran dengan katanya, ‘Jangan cari kitab-kitab lain, tetapi cukuplah Al-Quran sahaja yang kau bawa dari sini.’ Rupa-rupanya itulah Nabi SAW. Kemudian seorang ahli ibadat pula memberikan saya dua ratus riyal.
Keesokan harinya saya memberitahu isteri saya bahawa saya akan naik haji. Isteri saya berasa hairan kerana di rumah hanya ada $30.00. Tidak lama kemudian kerajaan menyuruh saya naik haji. Paspot dan perbelanjaan saya mereka telah atur. Maka dengan itu saya pun bertolaklah ke Mekkah. Setelah sampai ke Jeddah, ada orang dari Madinah memberikan saya dua ratus rial. Dari Madinah saya juga dapat sebuah Al-Quran sebagaimana yang saya mimpikan.”
“Janganlah cari kitab lain tetapi bawalah manusia kembali kepada Allah SWT berpandukan Al-Quran”.
Inilah kata-kata Rasulullah SAW kepada YMTG RA tatkala menyerahkan kitab Al-Quran kepada beliau.
Saya telah meminta izin dari YM Tuan Guru RA untuk melihat Al-Quran itu. Alhamdulillah, beliau memperkenankan permintaan itu. Saya pegang Al-Quran itu, membaca beberapa ayat darinya kemudian saya menciumnya sebagai mengambil berkat dari bekas tangan YM Nabi SAW itu.
Hanya Wali yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah SWT sahajalah yang mendapat keistimewaan ini dan seterusnya mendapat tauliah atau ijazah dari Nabi SAW untuk mengajak umat manusia kembali kepada Allah SWT dengan berpandukan keseluruhan Al-Quran bukan hanya sekadar kumpulan zikir atau beberapa wirid seperti yang berlaku ke atas Wali-wali yang lain yang penerimaannya secara jaga (yaqazah).
Dengan ini saya yakin bahawa YM Tuan Guru RA adalah penegak kebenaran yang mendapat restu dari Nabi SAW di zaman ini. Sebelum YM Tuan Guru RA wafat beliau telah mengirim beberapa risalah ke seluruh dunia menasihati ketuaketua negara serta orang ramai agar bertaubat dari segala kesalahan dan kembali kepada Agama Islam, agama yang benar di sisi Allah SWT, kembali mentaati Allah SWT dan RasulNya SAW. Risalah-risalah ini adalah sebagai ganti diri YM Tuan Guru RA kerana beliau tidak lagi mampu mengelilingi dunia kerana sangat uzur.
Saya yakin ajaran YM Tuan Guru RA suatu masa nanti akan menjadi amalan orang ramai di setiap rantau dia sampai.
3. Di kediaman YM Tuan Guru RA ada sebuah bilik khas dihiasi oleh permaidani merah. Pintu bilik ini sentiasa tertutup. Tiada seorang pun dibenarkan masuk ke dalamnya. YM Tuan Guru RA juga tidak menggunakannya sebagai tempat sembahyang. Bilik ini penuh dengan rahsia yang tidak diketahui oleh orang ramai. Apakah rahsia bilik ini?
YM Tuan Guru RA menggunakan bilik ini sebagai tempat bermesyuarat para Wali Allah yang datang dari pelbagai tempat di seluruh dunia.
Mesyuarat ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Tetapi anak-anak beliau pernah melihat seorang lelaki tampan yang mereka tidak kenali berada di ruang tamu. Apabila mereka memberitahu YM Tuan Guru RA, beliau menjawab bahawa orang-orang itu ingin berjumpa dengannya. Ketika YM Tuan Guru RA wafat ramai para Wali Allah datang menziarahinya buat kali terakhir di dunia yang fana ini. Hanya Wali yang besar pangkatnya di sisi Allah SWT sahaja yang boleh mengendalikan mesyuarat para Wali Allah serta dikunjungi mereka ketika wafatnya.
4. YM Tuan Guru RA disayangi oleh Nabi SAW. Beliau kerap kali berjumpa dengan Nabi SAW. Dalam mimpi-mimpinya itu beliau menghadapkan segala kemusykilannya kepada Nabi SAW.
Bahkan kadang-kadang YM Tuan Guru RA berjumpa secara jaga untuk tujuan tertentu seperti yang berlaku pada tahun 1950, di mana beliau menerima Al-Quran daripada tangan Nabi SAW sendiri.
Di antaranya juga seperti yang diceritakan oleh isteri Haji Usman Suing, Puan Hajjah Zainab. Katanya:
“Suami saya sering berdampingan dengan YM Tuan Guru RA. Pada suatu hari dia menceritakan kepada saya suatu cerita yang disuruh rahsiakan dari pengetahuan orang lain. Menurutnya YM Tuan Guru RA baru sahaja berjumpa (yaqazah) dengan Nabi Muhammad SAW di Madinah. Pada masa itu Baginda SAW sedang duduk di atas sebuah kerusi. Setelah selesai perjumpaan itu YM Tuan Guru RA telah bersalaman dan mencium tangan Rasulullah SAW. Setelah 3 hari beliau balik, tangan YM Tuan Guru RA masih lagi berbau harum. YM Tuan Guru RA menceritakan kisah ini pada suami saya dan menyuruhnya mencium tangan beliau untuk mengambil berkat Nabi SAW. Suami saya berkata bau wangi tangan YM Tuan Guru RA begitu harum dan menusuk kalbu.”
Pernah satu hari beliau memberitahu anak-anaknya bahawa dia baru sahaja kembali dari Kota Suci Madinah. Kata beliau kalaulah kerana tidak sayangkan umat Islam, beliau tidak akan kembali ke Kampung Bikang tetapi akan menetap di Kota Suci itu, berjiran dangan Nabi SAW. Tetapi semuanya ini YM Tuan Guru RA rahsiakan dari pengetahuan orang ramai yang tidak dapat memahami hakikatnya, takut akan menjadi fitnah.
Saya nyatakan rahsia ini kepada orang ramai untuk membuktikan siapa YM Tuan Guru RA sebenarnya.
Tidak ada kemustahilan atau kesesatan dalam perkara ini kerana Wali-wali dahulukala telah berjumpa dengan Nabi SAW secara jaga seperti yang berlaku ke atas Sultan Arifinbillah Saidi Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani RA, Syeikh Ahmad Ar-Rifani RA, Syeikh Abul Hassan Al-Khirqani RA dan ramai lagi. Ini adalah semata-mata kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada mereka kerana mereka telah mencintai Allah SWT dan RasulNya SAW dengan jiwa dan raga mereka.
5. Sepanjang pergaulan dengan YM Tuan Guru RA saya dapati pada diri beliau itu sifat-sifat terpuji, sifat-sifat mulia yang tersebut di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW yang diterangkan dengan cara terperinci di dalam kitab-kitab Tasawwuf.
Sifat utama bagi para Wali Allah itu ialah mereka adalah orang -orang yang beriman serta bertaqwa kepada Allah SWT. Mereka sangat berpegang teguh dengan hukum-hukum Allah SWT serta mencontohi Nabi SAW dalam segala hal. Para Wali Allah tidak berasa susah hati terhadap hal-hal keduniaan kerana hati mereka telah kosong daripadanya.
Mereka yakin sesungguhnya dengan perjanjian Allah SWT dan RasulNya SAW. Mereka tidak berganjak dalam menegakkan kebenaran walaupun berhadapan dengan pemerintah dan mereka tetap membanteras kezaliman. Mereka berasa belas kasihan bukan sahaja terhadap setiap Muslim bahkan kepada seluruh umat manusia. Biarlah jiwa mereka berasa sengsara asalkan manusia selamat dari bahaya dunia dan akhirat. Sebab itulah orang-orang yang tidak ikut nasihat atau menentang mereka akan sial dunia dan akhirat.
Penglihatan mereka itu tepat kerana mereka melihat dengan pancaran cahaya ketuhanan bukan dengan pancaran cahaya matahari. Sebab itulah apabila mereka berkata perkara itu baik, maka baiklah di sisi Allah SWT dan apabila mereka berkata perkara itu jahat, maka jahatlah di sisi Allah SWT. Dengan kurnia Allah SWT mereka dapat membaca hati manusia dan mengetahui samada orang itu jahat atau baik. Bahkan mereka tahu dosa yang dilakukan oleh setiap orang yang berhadapan dengan mereka.
Bagi mereka tiada lagi ghaib. Semuanya terang-benderang. Mereka bergerak dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat. Mereka tidak lagi memerlukan masa dan jarak. Tidaklah dijadikan oleh Allah SWT WaliNya kecuali atas sifat murah hati dan budi pekerti yang baik. Hati mereka bersih dari syirik dan buruk sangka terhadap orang Islam. Mereka pemalu. Tidak mahu bercakap yang tidak senonoh atau siasia. Mereka sangat merendah diri di hadapan orang ramai. Allah SWT menyimpan di lidah mereka “syifah” atau penawar sehingga penyakit yang tidak dapat diubati doktor, mereka dapat sembuhkan. Bahkan mereka dapat mengubati penyakit batin. Ini yang terpenting.
Mereka dikasihi oleh para makhluk di langit dan di bumi. Apabila mereka meminta, Allah SWT akan kabulkan, dan apabila minta perlindungan, Allah SWT akan melindungi mereka. Siapa yang memusuhi mereka, Allah SWT isytiharkan perang ke atas mereka.
Semua sifat-sifat yang tersebut itu terdapat pada diri YM Tuan Guru RA.
6. YM Tuan Guru RA berada di tengah-tengah masyarakat dalam usahanya membimbing mereka ke jalan yang benar.
Selepas tamat melakukan beberapa tahun pengasingan diri dari masyarakat umum dengan cara beriktikaf, berkhalwat atau beruzlah di tempat-tempat yang sunyi lagi terpencil, maka Allah SWT akhirnya menempatkan beliau hidup di tengah-tengah masyarakat umum untuk membimbing mereka ke jalan yang benar.
YM Tuan Guru RA tidak lagi dapat dipengaruhi oleh orang ramai bahkan beliaulah yang mempengaruhi mereka. Jasad beliau bersama manusia tetapi hatinya sentiasa bersama Allah SWT. Beliau berkhalwat dalam keramaian. Makhluk tidak dapat lagi menghijabkan beliau dari Allah SWT.
YM Tuan Guru RA ibarat seorang yang masuk ke dalam kegelapan dengan membawa cahaya terang sehingga hilanglah kegelapan itu. YM Tuan Guru RA berjuang menegakkan kebenaran di tengah-tengah masyarakat tanpa segan dan takut kepada sesiapapun. Beliau selalu berkata:
“Demi mempertahankan kebenaran Agama Islam saya berani berhadapan dengan seluruh kerajaan di dunia ini. Saya seorang diri di sebelah, mereka semua di sebelah. Pasti saya akan lawan.”
Inilah sifat seorang Wali Allah yang menjadi pewaris risalah Nabi SAW.
7. YM Tuan Guru RA pernah memberitahu saya bahawa Allah SWT telah menyerahkan Negara Malaysia untuk ditadbir khususnya dan amnya seluruh dunia. Sebab itulah beliau berani mengutus beberapa risalah ke seluruh dunia tanpa dapat dihalang oleh sesiapapun.
Itulah bukti-bukti bagi saya mengatakan YM Tuan Guru RA adalah seorang Wali Allah yang agung sangat tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Bahkan ia adalah Mujadid pada kurun ini sepertimana yang saya nyatakan dalam kitab “RIWAYAT HIDUP (MANAQIB AL KUBRA) YANG MULIA TUAN GURU TUAN HAJI GHULAM HASSAN ALI AKBAR AL-HAJ ALGHAUS, AL-BIKANGI RA” dan “AJARAN DAN AMALAN YANG MULIA TUAN GURU TUAN HAJI GHULAM HASSAN ALI AKBAR AL-HAJ AL-GHAUS, AL-BIKANGI RA.”
Itulah pandangan saya terhadap YM Tuan Guru RA sepanjang pengetahuan saya.
Sekarang tibalah giliran anda pula membuat penilaian sendiri siapa sebenarnya YM Tuan Guru RA itu dengan membaca keramat-keramat beliau yang seterusnya.
![]() |
| YMTG Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah menjunjung AlQuran anugerah Rasulullah SAW kepada YMGA RA secara "yaqazah" ketika ziarah YMTG ke Makam Rasulullah SAW di Masjidil Nabawi, Medina |
Friday, June 10, 2016
Sekitar majlis Haul YMTGURU RA
Majlis haul YMTGURU RA yang ke 25 telah diadakan dikediaman beliau di Kg Bikang, Lahad Datu Semporna pada 24 April 2016.
Orang ramai telah dijemput ke majlis ini. Banner/sepanduk jemputan telah dipasang sekitar daerah Semporna, Lahad Datu dan beberapa kawasan daerah di negeri Sabah. Melalui media social telah diwar-warkan jemputan ini. Alhamdulillah majlis telah dihadiri lebih kurang 3000 orang sekitar daerah Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
2 sesi ucapan oleh YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyah, pewaris YMTG RA telah diadakan di sebelah pagi dan berhenti berehat waktu zohor dan bersambung ke sebelah petang. Alhamdulillah orang ramai tidak berganjak untuk sama-sama mendengar nasihat dari YMTG.
Majlis gilang gemilang ini telah di usahakan oleh ahli keluarga YMTGURU Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA yang diketuali anak-anaknya sendiri iaitu Haji Abdul Hakim Bin YMTG Haji Ghulam Hassan ALBIKANGI RA dan Haji Abdul Halim AsSidek Bin YMTG Haji Ghulam Hassan AlBikangi RA. Kami melihat kesungguhan dan kebaikan semua ahli keluarga YMTGURU RA ini dari anak yg kecil sehingga yang besar sama-sama membantu meraikan tetamu. Amat terharu mereka bersusah payah menghidangkan makanan dari pagi sehingga ke petang seolah-olah kami ini berada di kursus yg biasa diadakan syarikat luar. Pendek kata suasana sangat indah harmoni. Disinii tua muda lelaki perempuan duduk asyik mendengar nasihat kemudian solat zohor dan asar berjemaah. Makanan pula enak2 belaka :) Tidak ketinggalan juga kami menziarahi MAKAM YMTGURU RA yang berdekatan dengan kediaman sebelah Masjid Bikang.
Di majlis tersebut juga diadakan khemah jualan kitab-kitab YMTG RA dan pada hari tersebut secretariat kitab telah membuka jualan istimewa potongan 50% kepada pembeli. Flyers dan pamphlet berkenaan YMTGURU RA telah diedarkan secara percuma kepada hadirin.
Syukur Alhamdulillah tiada kata yang dpt diukirkan betapa sedapnya menguruskan dan menghadirikan diri ke majlis yang sangat berkat ini.
Harapan kami dari team Annisa tidak rugi nya kita terjun membantu kerja2 kebajikan demi utk Agama Allah terutamanya menolong membangunkan AgamaNya di bawah bimbingan Guru Mursyid.
Mudah-mudahan cita-cita murni guru kami agar islam naik dan manusia selamat dunia akhirat menjadi realiti sedikit masa lagi. Agama Allah hak mutlak Allah Taala. Tentunya kebenaran islam pasti akan naik tepat pada masanya sebagaimana yang Allah janjikan didalam hadis Rasulullah SAW segalanya atas kehendakNya jua kami hanya dapat bersyukur kerana berada di tengah-tengah misi kebenaran ini. Alhamdulillah aminnn

![]() |
| Menziarahi Makam YMTG RA sebelah petang selepas asar |
![]() |
| YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah di pentas utama bersama jemaah |
![]() |
| Di booth jualan kitab-kitab dan flyers untuk diberi percuma |
![]() |
| Hadirin tekun mendengar ceramah oleh YMTG Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah |
PENDAHULUAN KATA KITAB KERAMAT karangan YMTG Haji Abdul Rahim AlHassaniyyah
Pendahuluan kata dari kitab keramat YMTG RA yang dikarang oleh YMG Guru Abdul Rahim Al-Hassaniyah.
Segala puji-pujian bagi Allah SWT yang telah menghias hati para kekasihNya dengan perhiasan Agama dan menerangi hati -hati mereka kerana sayang kepada mereka dengan cahaya iman, dengan semata-mata kurnia dan kemurahanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Nabi Muhammad SAW yang telah diutus oleh Allah SWT sebagai rahmat bagi sekalian alam yang telah mengeluarkan umat manusia daripada kegelapan, kesesatan dan syirik, kepada cahaya terang benderang iaitu cahaya Tauhid dan Iman. Begitu juga ke atas keluarga dan para Sahabatnya yang diibaratkan sebagai bintang-bintang di langit. Siapa yang mengikuti mereka akan mendapat hidayah dari Allah SWT.
Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah diperkenankan untuk menyiapkan Buku Bahagian 2 tentang keramat YM Tuan Guru RA ini. Dengan pertolongan serta taufik dan hidayahNya sahajalah segala sesuatu itu dapat dilaksanakan.
Buku Manaqib Al-Kubra YM Tuan Guru Bahagian 1 telahpun selesai dan kini disusuli pula dengan Buku Bahagian 2 mengenai keramat YM Tuan Guru RA untuk melengkapi riwayat hidup YM Tuan Guru, sebagaimana yang telah dijanjikan. Dengan ini mudah-mudahan para pembaca dapat memahami siapa sebenarnya YM Tuan Guru Tuan Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Haj Al-Ghaus, Al-Bikangi RA.
Saya telah menumpukan masa, tenaga dan daya fikiran untuk menyelami rahsia YM Tuan Guru RA terutamanya tentang keistimewaan-keistimewaannya atau keramatnya sebagai seorang Wali Allah. Alhamdulillah hasil daripada pengorbanan itu, saya telah menyaksikan sendiri keramat itu berlaku pada diri YM Tuan Guru RA. Di samping pengalaman itu, saya juga dapat mengumpul beberapa keramat YM Tuan Guru RA dari beliau sendiri dan juga daripada pengikut-pengikut beliau yang bersama-sama berjuang di samping beliau sejak 1950, dan daripada mereka yang bersama beliau sejak 1976. Saya sebutkan nama-nama mereka di sini supaya sesiapa yang ingin mengetahui maklumat lanjut bolehlah berjumpa dan bertanya sendiri kepada mereka.
Banyak lagi keramat beliau yang belum dikumpulkan kerana bagi saya memadailah sebahagian sahaja dibukukan untuk menilai siapa sebenarnya YM Tuan Guru RA ini. Maka semua keramat yang terkandung dalam buku ini adalah benar lagi sahih, yang telah disahkan kebenarannya oleh YM Tuan Guru RA sendiri semasa hayatnya.
Buku ini adalah mengenai keramat seorang Wali Allah. Maka sebelum kita mulai membaca isi kandungan buku ini eloklah kita memahami apa keramat itu sebenarnya, dan apakah tujuannya.
Pada umumnya perkara-perkara luarbiasa yang berlaku dengan izin dan keredhaan Allah SWT itu boleh dikategorikan kepada empat:
1. Mukjizat iaitu yang nyata pada sekalian Nabi yang mursal;
2. Irhas iaitu yang nyata pada sekalian Nabi ketika belum diangkat menjadi Rasul;
3. Keramat iaitu yang nyata pada Aulia Allah;
4. Ma'unah iaitu yang nyata pada orang Soleh.
Keramat adalah perkara yang menyalahi adat atau luarbiasa yang dikurniakan Allah SWT ke atas hamba-hambaNya yang beriman lagi bertaqwa, yang disebut di dalam Al-Quran sebagai Aulia Allah.
Di antara tujuan keramat yang terpenting ialah:
1. Untuk memantapkan keimanan serta keyakinan seorang Wali Allah yang sedang menuju ke tahap yang lebih tinggi lagi dalam makam kewalian yang juga disebut Wali kecil. Wali kecil masih lagi memerlukan bukti yang nyata berlaku di alam musyahadah ini untuk mengukuhkan keimanan serta keyakinan terhadap Allah SWT. Allah SWT memperlihatkan kebesaran-Nya di alam nyata ini kepada WaliNya agar iman dan keyakinannya bertambah teguh dan mantap.
Contohnya:
Satu hari ketika YM Tuan Guru RA beruzlah di Gua Madai, beliau telah jatuh sakit. Beliau teringin sekali makan buah yang masam. Dekat pintu gua itu ada sepohon langsat yang tidak berbuah. Tiba-tiba sahaja pandangan beliau beralih ke pohon langsat itu dan terlihat olehnya beberapa tangkai buah langsat.
Yang anehnya buah itu tumbuh pada ranting yang kering dan mati. Beliau berasa hairan, tiba-tiba terdengar oleh beliau seolah-olah berkata-kata dalam hatinya:
"Wahai hambaKu, kamu mahu buah itu tumbuh di ranting yang hidup tetapi Aku mahu ia tumbuh di ranting yang kering. Lihatlah kebesaranKu."
2. Sebagai bukti kebenaran yang nyata bahawa jalan agama yang dijalani oleh Wali Allah itu benar. Adalah mustahil bagi seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT kalau jalan yang dilaluinya itu tidak benar atau sesat. Allah SWT tidak akan mengangkatnya sebagai kekasihNya kalau dia menderhakai Allah dan RasulNya. Apabila Allah SWT memilih hambaNya sebagai Wali, tentu Dia akan membimbingnya sehingga tidak sesat.
Orang-orang yang menyaksikan keramat Wali Allah itu akan menghormatinya. Dengan demikian orang yang telah mengingkari kebenaran Wali itu atau yang menentangnya akan insaf lalu mengakui kebenaran Wali itu. Orang-orang yang berdosa ketika menyaksikan keramat Wali itu akan menyesal dan bertaubat di hadapannya. Maka dengan demikian nama seorang Wali itu akan mashyur di merata tempat.
3. Sebagai bukti kebenaran Agama Islam yang dianuti oleh Wali Allah SWT. Dalam sejarah para Wali Allah, ramai orang kafir telah memeluk Agama Islam setelah menyaksikan keramat para Wali itu.
4. Sebagai rahmat kepada umat manusia. Dengan perkara -perkara luarbiasa yang Allah SWT kurniakan kepada WaliNya itu maka ramai orang akan memperolehi kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat.
Contohnya:Dengan keramat Wali Allah itu orang-orang yang berhajat akan tertunai hajatnya, orang yang dalam kesulitan akan terlepas dari kesusahannya, orang yang berpenyakit akan sembuh dari penyakitnya, orang yang sesat akan bertaubat dari kesesatannya dan bumi yang kering akan dihujani.
Itulah di antara tujuan keramat para Wali Allah itu.
Kemudian untuk mudah merujuk kepada keramat YM Tuan Guru maka buku ini telah dibahagikan kepada tiga bab:
Bab 1. Sifat-sifat YM Tuan Guru yang menjadi bukti keramat beliau.
Bab 2. Pelbagai keramat yang lain.
Bab 3. Firasat, akibat orang-orang yang tidak mengikut nasihat YM Tuan Guru atau yang menentangnya, serta mimpi dan doa beliau sebagai penutup buku ini.
Maka dengan ini dipersembahkan kepada orang ramai buku Bahagian 2 mengenai keramat YM Tuan Guru ini dengan harapan mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita semuanya terutama bagi mereka yang ingin mendampingi diri kepada Allah SWT. Kepada Allah SWT sahajalah saya serahkan diri dalam segala urusan.
Akhirnya saya pohon kepada Allah SWT agar semua umat manusia selamat dunia dan akhirat.
Aamiin.
Wassalam.
Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah,
Peti Surat 391,
Kampung Babussalam,
91308 Semporna, Sabah.
![]() |
| Peta Gua Madai yang terletak di Kunak diantara Semporna dan Lahad Datu, Sabah |
Sedekah Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT
Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan Al-Mubarak dari An Nisa Team. Semoga kita semua dirahmatiNya sentiasa. Seperti anda semua sedia maklum, bulan yang mulia ini seharusnya kita bersungguh-sungguh melakukan ibadat dengan sebaik mungkin seperti bertarawih, membaca al-quran, banyakkan berzikir dan sebagainya. Namun jangan lah kita lupa kepada mereka yang memerlukan. Sedekah juga merupakan satu bentuk ibadah.
An Nisa Team ingin memaklumkan satu program kutipan rayuan derma telah dilancarkan oleh charity-arm kami iaitu Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Program yang dinamakan "Hulurlah Demi Keberkatan Ramadhan" ini bertujuan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Malaysia, khususnya mereka yang berada di pendalaman Sabah.
Kami lampirkan di sini brochure program yang disebutkan tadi. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera, email atau tinggalkan saja pertanyaan anda di dalam ruangan komen di bawah.
An Nisa Team
annisateam@gmail.com
Salam Ramadhan Al-Mubarak dari An Nisa Team. Semoga kita semua dirahmatiNya sentiasa. Seperti anda semua sedia maklum, bulan yang mulia ini seharusnya kita bersungguh-sungguh melakukan ibadat dengan sebaik mungkin seperti bertarawih, membaca al-quran, banyakkan berzikir dan sebagainya. Namun jangan lah kita lupa kepada mereka yang memerlukan. Sedekah juga merupakan satu bentuk ibadah.
An Nisa Team ingin memaklumkan satu program kutipan rayuan derma telah dilancarkan oleh charity-arm kami iaitu Persatuan Kebajikan An Nisa Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Program yang dinamakan "Hulurlah Demi Keberkatan Ramadhan" ini bertujuan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Malaysia, khususnya mereka yang berada di pendalaman Sabah.
Kami lampirkan di sini brochure program yang disebutkan tadi. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera, email atau tinggalkan saja pertanyaan anda di dalam ruangan komen di bawah.
An Nisa Team
annisateam@gmail.com
Thursday, June 9, 2016
Apakah kasih sayang dalam konsep Agama Allah SWT
Maka apakah kasih sayang yang sebenarnya itu ?
Kasih sayang dan belas kasihan yang sebenarnya adalah berupa segala tindak tanduk dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang ke atas dirinya, keluarga dan orang lain serta makhluk lain yang menyebabkan dirinya dan mereka mendapat rahmat serta keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Maka dengan itu mereka akan selamat di dunia dan di akhirat. Maka tidak boleh tidak untuk melahirkan kasih sayang sejati tindak tanduk dan perbuatan tersebut hendaklah berpandukan Agama Islam kerana sebagaimana telah dijelaskan bahawa undang-undang dan peraturan yang terkandung dalam Agama Islam adalah berteraskan belas kasihan dan kasih sayang.
Tidak dikatakan kasih sayang apabila seorang ayah membela anaknya yang bersalah. Ini kerana perbuatannya itu tidak akan menyebabkan anaknya sedar daripada kesalahannya yang akibatnya dia dan anaknya akan mendapat kemurkaan Allah S.W.T. Mereka tidak akan selamat di dunia dan akhirat dari seksaan Allah S.W.T.
Begitu juga tidak dikatakan kasih sayang kepada umat manusia apabila kita mengiktiraf atau merestui agama yang mereka anuti dengan merayakan sama upacara keagamaan mereka kerana dengan demikian mereka akan yakin bahawa agama mereka itu adalah benar. Dan dengan itu mereka tidak akan memeluk Agama Allah iaitu Agama Islam.
Maka perbuatan kita itu akan menyebabkan kemurkaan Allah berkekalan ke atas mereka dan justeru itu mereka akan mendapat siksa yang berterusan daripada Allah S.W.T di akhirat kelak. Bukan itu sahaja malahan akidah umat Islam yang berbuat demikian akan terjejas dan itu akan mengundang bala dari Allah S.W.T.
Kasih sayang sebenarnya ialah menunjukkan kepada mereka jalan yang lurus dengan mengeluarkan mereka dari kegelapan kesesatan yang mereka sedang berada dalamnya dengan berpandukan suluh petunjuk dari Agama Islam itu sendiri.
Maka untuk dapat memahami apa sebenarnya kasih sayang itu, ia membawa kami kepada menerangkan tentang pengertian “ Rahmat” yang Allah SWT telah tetapkan atas DiriNya Sendiri sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Anaam ayat 54 :
كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلٰٰى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ
“ Tuhan kamu telah menetapkan atas DiriNya rahmat.”
Justeru itu Allah SWT telah mengutus Nabi SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam untuk merealisasikan atau menjadikan rahmat yang Ia tetapkan atas DiriNya Sendiri itu sebagai satu kenyataan yang dapat difahami oleh umat manusia.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Anbia ayat 107 :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“ Dan Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam”.
Pada RAHMAT itu terkandung 2 Sifat Allah SWT iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Pada Allah rahmat itu merupakan sifat di antara sifat-sifatNya yang melazimkan segala nikmat dan kemuliaan.
Sifat Ar-Rahman - nikmat yang melimpah ruah sedangkan makna Ar-Rahim iaitu nikmat yang berkekalan. Sifat Ar-Rahman bersifat umum yang meliputi semua makhuk Allah dalam masalah kemasalatan dan kurniaan Allah kepada mereka, samada orang Islam atau orang yang bukan Islam.
Sifat Ar-Rahim adalah sifat khusus yang hanya meliputi orang yang beriman sahaja yang mana nikmat pemberianNya kepada mereka yang berupa iman, yakin dan makrifat berterusan di dunia dan akhirat.
Pada manusia rahmat iaitu ialah perasaan lemah-lembut, halus dan belas kasihan dalam hati.
Manakala sekalian alam ( al-alamin ) bermaksud :
Alam manusia.
Alam Jin
Alam Haiwan
Alam Tumbuh-tumbuhan.
Alam Jamadat
Alam Jin
Alam Haiwan
Alam Tumbuh-tumbuhan.
Alam Jamadat
FADHILAT MEMAKAI PAKAIAN PUTIH
AJARAN & AMALAN YMTGURU Haji Ghulam Hassan AlBikangi Rahimahullah dalam kitab karangan YMTGURU Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah.
FADHILAT MEMAKAI PAKAIAN PUTIH
FADHILAT MEMAKAI PAKAIAN PUTIH
Pakaian putih elok sekali dipakai ketika mengerjakan sembahyang terutama di masjid. YM Tuan Guru RA menganjurkan para pengikutnya supaya memakai pakaian putih seperti jubah atau gamis dan serban terutama ketika mengerjakan sembahyang. Firman Allah SWT:
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid." (Surah Al-Araf : 31)
Nabi SAW bersabda "Yang terbaik pakaian ziarahmu kepada Allah, pada kubur-kubur
kamu dan masjid-masjid kamu adalah putih." (Riwayat Ibnu Majah RA)
Yang Mulia Tuan Guru RA memilih dan menyukai pakaian berwarna putih. Kata YMTG RA walaupun Nabi SAW telah memakai pakaian lain-lain warna tetapi Nabi SAW hanya menganjurkan umatnya memakai pakaian putih dan menjadikannya kapan bagi orang mati. Pakaian putih melambangkan kesucian, kebersihan atau fitrah manusia.
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid." (Surah Al-Araf : 31)
Nabi SAW bersabda "Yang terbaik pakaian ziarahmu kepada Allah, pada kubur-kubur
kamu dan masjid-masjid kamu adalah putih." (Riwayat Ibnu Majah RA)
Yang Mulia Tuan Guru RA memilih dan menyukai pakaian berwarna putih. Kata YMTG RA walaupun Nabi SAW telah memakai pakaian lain-lain warna tetapi Nabi SAW hanya menganjurkan umatnya memakai pakaian putih dan menjadikannya kapan bagi orang mati. Pakaian putih melambangkan kesucian, kebersihan atau fitrah manusia.
Sebab itu adalah sunat dipakai pakaian putih itu oleh orang yang hidup serta orang yang mati sebagai kapannya.
Sabda Nabi SAW:
“Pakailah olehmu pakaian yang putih, maka sesungguhnya baju putih itu paling suci dan bersih, dan kafankanlah olehmu padanya akan orang-orang mati kamu."
Wednesday, June 8, 2016
Tentang Solat...
Yang
Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan AlBikangi Rahimahullah, telah melazimkan
dirinya memperbanyak sembahyang sunat sejak kecil lagi.Berikut
adalah kelebihan Mengerjakan Sembahyang Sunat sebagaimana di dalam kitab Ajaran
& Amalan beliau tulisan Yang Mulia Guru Haji Abdul Rahim Al Hassaniyyah.
Ketahuilah bahawa sebaik-baik amal perbuatan itu ialah sembahyang. Dua rakaat sembahyang sunat adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Telah banyak yang diriwayatkan dari Nabi SAW mengenai keutamaan sembahyang sunat. Di antaranya kami sebutkan di sini.
Nabi SAW bersabda ertinya “Sembahyang itu adalah sebaik-baik ibadat yang dihantarkan. Barangsiapa yang kuasa memperbanyakkannya, hendaklah diperbanyakkan.“ (HR At-Thabrani)
Dari Abu Umamah RA diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya “Allah SWT tidak memperhatikan sesuatu amal perbuatan hamba yang lebih utama dari dua rakaat sembahyang yang dikerjakannya. Sesungguhnya rahmat selalu ditaburkan di atas kepala hamba itu selama ia sembahyang.“ (HR. Ahmad, Tarmizi dan disahkan oleh Suyuthi)Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak pernah seorang hamba diberi sesuatu di dunia ini yang lebih afdal, lebih baik daripada diizinkan sembahyang dua rakaat."
Imam Malik RA berkata dalam Kitab Muwatha:"Aku menerima berita bahawa Nabi SAW bersabda, "Tetaplah engkau sekalian beristiqamah dan tidak engkau sekalian menghitung kebaikan istiqamah itu. Ketahuilah bahawa sebaik-baik amal perbuatan itu ialah sembahyang dan tidak dapat menjaga wudhunya, kecuali orang-orang yang beriman."
Allah SWT tidak mengizinkan bagi seseorang untuk berbuat sesuatu yang lebih utama dari sembahyang dua rakaat dan sesungguhnya rahmat itu ditaburkan di atas kepala hamba yang sedang sembahyang dan tiada seorang yang akan mendekat kepada Allah SWT dengan sesuatu amal yang lebih utama daripada amal yang diperintahkan (diajarkan) oleh Allah SWT. (HR. Ahmad dan Termizi)
Mughairah bin Syu'bah RA katanya ertinya "Sesungguhnya Rasulullah SAW itu berdiri untuk sembahyang sehingga bengkak kedua betis dan kakinya dan ketika ditegur, beliau menjawab, 'Tidakkah selayaknya saya menjadi seorang hamba yang bersyukur.’ ”
Ketahuilah bahawa sebaik-baik amal perbuatan itu ialah sembahyang. Dua rakaat sembahyang sunat adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Telah banyak yang diriwayatkan dari Nabi SAW mengenai keutamaan sembahyang sunat. Di antaranya kami sebutkan di sini.
Nabi SAW bersabda ertinya “Sembahyang itu adalah sebaik-baik ibadat yang dihantarkan. Barangsiapa yang kuasa memperbanyakkannya, hendaklah diperbanyakkan.“ (HR At-Thabrani)
Dari Abu Umamah RA diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya “Allah SWT tidak memperhatikan sesuatu amal perbuatan hamba yang lebih utama dari dua rakaat sembahyang yang dikerjakannya. Sesungguhnya rahmat selalu ditaburkan di atas kepala hamba itu selama ia sembahyang.“ (HR. Ahmad, Tarmizi dan disahkan oleh Suyuthi)Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak pernah seorang hamba diberi sesuatu di dunia ini yang lebih afdal, lebih baik daripada diizinkan sembahyang dua rakaat."
Imam Malik RA berkata dalam Kitab Muwatha:"Aku menerima berita bahawa Nabi SAW bersabda, "Tetaplah engkau sekalian beristiqamah dan tidak engkau sekalian menghitung kebaikan istiqamah itu. Ketahuilah bahawa sebaik-baik amal perbuatan itu ialah sembahyang dan tidak dapat menjaga wudhunya, kecuali orang-orang yang beriman."
Allah SWT tidak mengizinkan bagi seseorang untuk berbuat sesuatu yang lebih utama dari sembahyang dua rakaat dan sesungguhnya rahmat itu ditaburkan di atas kepala hamba yang sedang sembahyang dan tiada seorang yang akan mendekat kepada Allah SWT dengan sesuatu amal yang lebih utama daripada amal yang diperintahkan (diajarkan) oleh Allah SWT. (HR. Ahmad dan Termizi)
Mughairah bin Syu'bah RA katanya ertinya "Sesungguhnya Rasulullah SAW itu berdiri untuk sembahyang sehingga bengkak kedua betis dan kakinya dan ketika ditegur, beliau menjawab, 'Tidakkah selayaknya saya menjadi seorang hamba yang bersyukur.’ ”
Subscribe to:
Posts (Atom)







































